CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO /PLUSMILES

CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO /PLUSMILES

REFUND BAKI TOUCH 'N GO PLUSMILES

Sekiranya anda pengguna kad Touch n Go (TnG) atau Plusmiles, mesti anda tertanya-tanya  adakah baki dalam kad anda boleh direfund semula sekiranya kad tersebut hilang rosak dan sbagainya.

Sebenarnya baki dalam kad TnG atau Plusmiles anda boleh direfund semula. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara  untuk REFUND BAKI TOUCH ‘N GO /PLUSMILES anda, semoga membantu.

Ketahui juga CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet 

 

KELAYAKAN UNTUK BUAT REFUND

 

Sebelum anda hendak dapatkan refund baki dalam kad TnG atau Plusmiles, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Yang pertama ialah pihak Touch n Go atau Plusmiles hanya menetapkan hanya kad tertentu sahaja yang layak untuk mendapat refund iaitu ;

  • Kad yang telah tamat tempoh
  • Kad yang tidak sah
  • Kad yang tidak aktif
  • Kad yang rosak / patah
  • Cip kad yang bermasalah
  • IC kad yang diketahui no siri cip TnG

 

Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:

  1. Pemegang Akaun Malaysia
    1. Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
    2. Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
  2. Pemegang Akaun Asing
    1. Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
    2. Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
    3. Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
  3. Touch ‘n Go eWallet
    1. Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
    2. Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.

Baca juga CARA GUNA MYKAD SEBAGAI TOUCH ‘N GO

 

CARA REFUND BAKI KAD TnG/PLUSMILES

Untuk membuat refund baki kad TnG/Plusmiles. Untuk langkah pertama anda dikendaki untuk daftarkan kad anda ke dalam portal TnG, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan portal TnG: https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/register/card.do?execution=e2s1
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti:\
    1. Card/Device Serial Nomber – No siri kad TnG
    2. Nationality –
    3. Identification Nombor
  3. Kemudian tekan Proced
  4. Setelah pendaftaran anda selesai, anda boleh tambah maklumat Kad TnG yang lain seperti Kad Pengenalan/Plus Miles dalam portal TnG.

 

Setelah anda selesai masukkan maklumat kad TnG dalam portal Tng, berikut adalah cara untuk membuat refund duit dalam kad TnG anda:

  1. Layari pautan https://www.touchngo.com.my/customer-service/erefund
  2. Klik pada Touch n Go Card Related Charges
  3. Scroll ke bawah sehingan jumpa “Tekan sini untuk memulakan permohonan e-Refund anda”. Klik pada Tekan Sini.
  4. Pada paparan seterusnya, alengkapkan maklumat berikut:
    1. Card Serial Nomber (MFG No.) – Masukkan No siri kad TnGyang anda ingin refund (kad yang telah anda daftar di portal TnG sama ada kad TnG, Kad Pengenalan atau Plusmiles)
    2. ID Type – masukkan Jenis ID anda (Kad pengenalan/Passport)
    3. ID No – masukkan no pengenalan anda
    4. Seterusnya tekan Next
  5. Kemudian lengkapkan butiran peribadi anda, tekan Next
  6. Pada bahagian seterusnya:
    1. Refund Request: sebab ingin membuat refund
    2. Reason Code: pilih sebab anda
    3. Refund Payment Method: Anda boleh pilih sama ada Akaun Bank Atau e-Wallet
    4. Lengkapkan maklumat diperlukan dan tekan Submit
  7. Pastikan maklumat anda tepat, masukkan catcha yang tertera dan tekan Submit
  8. Print maklumat transaksi refund anda untuk rujukan.
  9. Permohonan e-Refund kad Touch ‘n Go anda akan diproses dalam tempoh (30) hari bermula daripada tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara renew kad Touch n Go, anda boleh hubungi:

5 thoughts on “CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO /PLUSMILES”

  1. saya ingin memohon refund kad T&G yang telah expired tetapi masih mempunyai baki. Apabila saya ingin membuat pendaftaran di portal plusmiles, ia menyatakan bahawa kad ini telah didaftarkan atas nama orang lain. saya tidak faham dan tidak dapat menyemak nama siapa yang dimaksudkannya. Apa yang saya harus lakukan?
    Mohon bantuan segera. Terima kasih.

    Balas
  2. SAYA INGIN MEMOHON REFUND T& G MELALUI KAD PENGENALAN CIP YG TELAH ROSAK TETAPI MASIH MEMPUNYAI BAKI. APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN? MOHON BANTUAN TERIMA KASIH

    Balas

Leave a Comment