REFUND LHDN(Tempoh Pulangan Cukai Lambat Cepat)

REFUND LHDN(Semak Status Tempoh Pulangan Cukai Lambat Cepat)

Kepada pembayar cukai yang telah membuat lebihan bayaran cukai boleh, anda boleh mendapat  kembali bayaran balik cukai terlebih bayar daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Disini kami akan kongsikan kepada and acara untuk dapatkan refund daripada LHDN, semoga membantu.

KENAPA PERLU REFUND LHDN

Bayaran lebihan balik ini akan terjadi apabila situasi seperti berikut:

  • Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,
  • Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau
  • Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.

PANDUAN PERMOHONAN REFUN D LHDN

Untuk membuat permohonan pembayaran balik ini, berikut adalah merupakan beberapa panduan yang anda harus ikuti untuk melancarkan urusan anda iaitu:

  • Prosedur pembayaran balik ini tertakluk kepada maklumat yang betul dan lengkap yang dilaporkan dalam Borang Nyata serta pengemukaan dokumen sokongan jika diperlukan bagi semakan.
  • Semasa isi e-filing secara online, pastikan semua maklumat dikemaskini. Antara maklumat penting yang diperlukan untuk mempercepatkan proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nombor akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pendaftaran syarikat (bagi pembayar cukai kategori syarikat).
  • Jangan tersilap masukkan amaun dekat bahagian pelepasan cukai, berkemungkinan nanti LHDN akan menghantar surat audit.
  • Laporkan semua jenis pendapatan yang kita terima. Contohnya jika ada terima pendapatan sewa atau komisen dan sebagainya

CARA PERMOHONAN REFUND LHDN

Untuk membuat permohonan pembayaran bayaran balik lebihan cukai LHDN ini, terdapat dua kaedah seperti berikut:

  1. Secara online
    • Layari pautan e-filing
    • Log masuk ke akaun anda
    • Isikan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dengan lengkap untuk membuat permohonan tuntutan bayaran balik hingga selesai
  2. Secara Serahan Tangan atau Pos
    • Muat turun Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
    • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengap
    • Hantarkan atau poskan ke cawangan LHDN berdekatan

TEMPOH REFUND LHDN

Piagam Pelanggan LHDNM menetapkan tempoh bayaran balik lebihan cukai ialah :

  • 30 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara e-Filing
  • 90 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara pos atau serahan tangan

CARA PEMBAYARAN REFUND LHDN

Pelaksanaan kaedah pembayaran balik lebihan bayaran cukai melalui kaedah:

  • Pindahan Dana Secara Elektronik (Electronic Fund Transfer @ EFT) oleh LHDNM memungkinkan masa pemprosesan bayaran balik lebihan cukai dipendekkan kurang daripada 30 hari bekerja seperti yang terkandung di dalam piagam pelanggan LHDNM.
  • Semua proses berkaitan akan dilakukan secara dalam talian (online) dan seterusnya bayaran balik tersebut terus dikreditkan ke akaun bank pembayar cukai seperti yang diisytiharkan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

BAGAIMANA SEKIRANYA MASIH BELUM TERIMA REFUND LHDN

Pembayar cukai dinasihatkan untuk menghubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai mereka sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas berhubung lebihan bayaran cukai SELEPAS tempoh yang dinyatakan di atas seperti berrikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai refund LHDN, anda boleh melayari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “REFUND LHDN(Tempoh Pulangan Cukai Lambat Cepat)”

  1. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada kerajaan terutama pada kerja menteri sarawak kerana members bantuan

    Balas

Leave a Comment