REFUND ROADTAX CANCELLATION FORM(Permohonan Batalkan Road Tax & Tuntut Refund)

Utama / REFUND ROADTAX / REFUND ROADTAX CANCELLATION FORM(Permohonan Batalkan Road Tax & Tuntut Refund)

REFUND ROADTAX CANCELLATION FORM(Permohonan Batalkan Road Tax & Tuntut Refund)

Adakah anda pernah mengetahu bahawa cukai jalan anda boleh dibuat tuntutan kembali setelah dibuat pembatalan cukai jalan tersebut? Disini kami akan kongsikan cara permohonan Refund Roadtax cancelation dengan mengisi boring permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU ROADTAX

Cukai jalan atau lebih tepat dikenali sebagai LKM ataupun road tax adalah bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas pemilik kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah

 

PUNCA BATALKAN ROADTAX KENDERAAN

Berikut adalah merupakan antara beberapa punca yang akan menyebabkan anda membatalkan roadtax kenderaan anda iaitu:

  • Ingin menjual kenderaan sedia ada tersebut
  • Ingin menukar jenis atau syarikat insurans
  • Ingin lupuskan kenderaan tersebut yang LKM masih sah.
  • Kenderaan total lost
  • Kenderaan untuk diuraikan (jadi spare part).

 

KADAR MINIMUM REFUND ROADTAX

Hanya kadar lebihan melebihi RM5.oo sahaja boleh dituntut kembali

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan beberapa dokumen yang perlu anda sediakan untuk membatalkan road tax kenderaa iaitu:

  • Borang Pembatalan dan Permohonan Pulangan Balik Hasil LKM (borang JPJK6)
  • Sediakan salinan kad pengenalan pemilik kenderaan asal
  • Geran kenderaan original
  • Kunjungi bank untuk mengambil penyata bank dengan pengesahan cop pegawai bank
  • Cabut Roadtax kenderaan anda untuk dibawa

 

CARA PERMOHONAN REFUND ROADTAX CANCELLATION

Berikut adalah merupakan permohonan pembatalan cukai jalan kenderaan anda itu:

  1. Muat turun borang JPJK6 dan isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  2. Pergi ke pejabat cawangan JPJ berhampiran dengan anda bersama dokumen yang diperlukan.
  3. Ambil nombor dan tunggu giliran anda dipanggil.
  4. Apabila giliran anda dipanggil, maklumkan kepada pegawai bertugas tersebut tujuan anda datang iaitu untuk pembatalan LKM.
  5. Pegawai tersebut akan memberikan surat permohonan pembatalan cukai jalan, dan anda perlu lengkapkan surat tersebut
  6. Permohonan anda akan diproses dan anda akan dikembalikan Kad Pendaftaran Kenderaan dan juga satu surat pengesahan mengenai pembatalan LKM serta juga jumlah bayaran lebihan yang boleh dituntut

NOTA: Proses ini juga boleh dilakukan oleh wakil sahaja sekiranya pemilik tiada masa untuk ke JPJ untuk berurusan.

 

TEMPOH MASA REFUND ROADTAX

Wang refund akan diproses dalam masa lebih kurang 1 bulan dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Refund Roadtax Cancellation, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *