CARA REFUND BAKI TOUCH ‘N GO (Kad TNG & MyKad)

CARA REFUND BAKI TOUCH ‘N GO (Kad TNG & MyKad)

Sekiranya anda pengguna kad Touch n Go (TnG), mesti anda tertanya-tanya  adakah baki dalam kad anda boleh direfund semula sekiranya kad tersebut hilang, rosak dan sbagainya. Sebenarnya baki dalam kad TnG anda boleh direfund semula. Disini kami kongsikan cara  untuk REFUND BAKI TOUCH ‘N GO anda, semoga membantu.

 

KELAYAKAN UNTUK BUAT REFUND TnG

Pihak Touch n Go atau Plusmiles hanya menetapkan hanya kad tertentu sahaja yang layak untuk mendapat refund iaitu;

  • Kad yang telah tamat tempoh
  • Kad yang tidak sah
  • Kad yang tidak aktif
  • Kad yang rosak / patah
  • Cip kad yang bermasalah

 

SYARAT PEMBAYARAN REFUND TnG

Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke akaun pilihan anda dengan syarat berikut:

  • Pemegang Akaun Malaysia
    • Sila pastikan Nama Pemilik Bank Akaun dan ID Pelanggan sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
    • Pembayaran e-Refund ke Akaun Pihak Ketiga tidak dibenarkan.
  • Pemegang Akaun Asing
    • Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT).
    • Sila pastikan nama Pemegang Akaun bank, Nombor Akaun Bank, Nama Bank, Alamat Bank dan Swift Code sama dengan butiran pemilik kad berdaftar.
    • Pembayaran e-Refund kepada Pemegang Akaun Asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100.
  • Touch ‘n Go eWallet
    • Sila pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon yang didaftar di MyTouchnGo Portal sama dengan butiran di akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.
    • Pembayaran e-Refund ke Touch ‘n Go eWallet hanya buat akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah disahkan.

 

TEMPOH KAD TOUCH ‘N GO MYKAD

Ciri TNG pada MyKad hanya bertahan selama 10 tahun. Jadi, selepas 10 tahun, anda perlu membuat gantian IC baru di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan bayaran RM10.

 

CARA DAFTAR KAD TNG DI PORTAL TOUCH ‘N GO

Untuk membuat tuntutan refund, seharusnya anda perlu mendaftar dengan p[ortal TnG terlebih dahulu dan masukkan no siri kad tersebut. Berikut adalah caranya:

  1. Pastikan anda tahu nombor siri TnG kad tersebut. Ianya ada pada resit setiap kali anda tambah nilai. Jika kad TNG NFC, ia lebih mudah kerana nombor sirinya sudah tercatat pada kad.
  2. Kemudian, daftarkan kad anda di laman TNG di pautan ini – https://tngportal.touchngo.com.my/#registration
  3. Isikan semua maklumat anda seperti diminta dengan lengkap.
    • Card/Device Serial Nomber – No siri kad TnG
      • Gunakan nombor Mfg No pada resit tambah nilai tadi, ia mempunyai 10 angka.
    • Nationality -Identification Nombor
  4. Selesai mencipta akaun, maka log masuk pula. Di sini, anda boleh lihat senarai kad yang telah anda daftarkan bawah nama anda dan boleh lagi kad-kad yang lain.

NOTA: Anda tidak boleh mohon tuntutan semula kredit dalam kad jika tidak mempunyai akaun di portal Touch ‘n Go dan memautkannya.

 

CARA REFUND BAKI TOUCH ‘N GO

Setelah anda daftarkan kad TnG di portal tersebut, berikut adalah cara untuk membuat tuntutan refund iaitu:

  1. Layari pautan e-Refund TnG
  2. Pada paparan utama klik pada Register Here dan anda perlu Login akaun anda
  3. Isikan maklumat diminta. Pada ruangan nombor telefon, jangan guna “+6+” walaupun diberikan contoh sedemikian. Masukkan saja nombor telefon tanpa kod negara contohnya “0121234567”. Teruskan dengan tekan Next.
  4. Seterusnya lengkapkan malumat berikut:
    • Pada Refund Request: Pilih ‘Card Termination’ (hilang atau sudah luput)
    • Pada Reason Code:
      • Pilih Lost – jika kad anda hilang/dicuri.
      • Pilih Expired Card – a kad TNG anda luput
    • Pada Card with Deposit: Pilih No (sekiranya anda tidak bayar deposit pada kad tersebut)
    • Pada Refund Payment Method, anda boleh pilih samada:
      • Akaun bank
      • Akaun TNG eWallet.
  5.  Sebaiknya anda memilih TNG eWallet kerana biasanya hal refund melibatkan bank akan mengambil masa lama. TNG sendiri pastinya akan mengutamakan produknya sendiri, jadi ianya lebih pantas.
  6. Untuk mengetahui nombor akaun TNG eWallet anda, masuk ke aplikasi tersebut, Tekan ‘Edit Info’, jawap soalan keselamatan. Anda akan dapatinya pada ‘Wallet Account No.’ dengan 16 angka.
  7. Selesai tekan Submit, anda akan dipaparkan semula dengan semua info dimasukkkan. Jika anda guna TNG eWallet untuk terima wang refund, jangan khuatir apabila ia memaparkan ‘Bank Name’ TNG e-Wallet’.
  8. Teruskan proses seperti biasa seperti memasukkan CAPTCHA. Tekan ‘Submit’. Jika selesai, ia akan membawa ke halaman utama tanpa sebarang pemberitahuan bahawa permohonan anda sedang diproses.
  9. Anda akan terima e-mel mengesahkan permohonan refund ini. Anda akan terima wang semula dalam masa 30 hari, menurut Touch ‘n Go.

 

TEMPOH REFUND BAKI TOUCH ‘N GO

Permintaan bayaran balik akan diproses dalam masa (14 hingga 30) hari dari tarikh penyerahan.

 

BAGAIMANA JIKA DUIT REFUND TNG TIDAK MASUK

Jika anda masih tidak menerima refund selepas 30 hari, hubungi semula pihak Touch ‘n Go. Salah satu caranya melalui fungsi chat di laman web Touch ‘n Go. Selain itu, anda juga boleh ke kedai mereka di NU Sentral dan Bangsar South.

Ketahui juga CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet 

9 Comments

  1. saya ingin memohon refund kad T&G yang telah expired tetapi masih mempunyai baki. Apabila saya ingin membuat pendaftaran di portal plusmiles, ia menyatakan bahawa kad ini telah didaftarkan atas nama orang lain. saya tidak faham dan tidak dapat menyemak nama siapa yang dimaksudkannya. Apa yang saya harus lakukan?
    Mohon bantuan segera. Terima kasih.

  2. SAYA INGIN MEMOHON REFUND T& G MELALUI KAD PENGENALAN CIP YG TELAH ROSAK TETAPI MASIH MEMPUNYAI BAKI. APA YANG SAYA PERLU LAKUKAN? MOHON BANTUAN TERIMA KASIH

  3. Refund dah lebih 30 hari tp tak dapat jugak.sekarang mmg musim tak pulang duit org ke.kwsp pon same kje mcm nk mti hujung2 duit sendiri pon tak boleh nk amik.org yg tak de kaitan plak tentukn duit kite bole ke tak bole.skrg tng plak.refund duit kite sendiri pon kena tgu 30hari.dah tgu 30 hari pon msih tak dapat.time nk refund kena tggu 30 hari..soalan sy pd pengurusan touch n go boleh tak kalau sy pegi beli topup touch n go then sy ckp pd cashier tu sy akan bayar duit topup ni yg sy beli ni dlm mase 30 hari.?boleh tak..adil tak utk kami.?

    • Saya sokong komen anda..Saya pun tak dapat refund duit lagi dari touch n go ni..Bila tanya balik akan refund 7hari ke 14 hari. Sampai sudah tak duit tak masuk2 lagi..

    • Saya sudah membuat refund sebulan lepas Yang lalu..sehingga kini masih xmasuk lagi duitnya..nak check status error..sy top-up guna online..tp xmsuk pn dlm touch n go..dh le xlh top-up sket2..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *