Skip to content
SemakanStatus
  • Utama
  • Hubungi
REGISTER MAE MAYBANK

Utama / MAE MAYBANK / REGISTER MAE MAYBANK (Cara Daftar & Aktifkan Online)

REGISTER MAE MAYBANK (Cara Daftar & Aktifkan Online)

9 Ogos, 20229 Ogos, 2022 by Farid

REGISTER MAE MAYBANK (Cara Daftar & Aktifkan Online)

REGISTER MAE MAYBANK

Pernahkan anda mendengar tentang MAE MAYBANK? dan sudahkan anda REGISTER MAE MAYBANK dan LOGIN MAE MAYBANK 

anda boleh klik  MAE MAYBANK untuk mengetahu lebih lanjut

Untuk pengetahuan anda semua, Maybank telah melancarkan satu sistem servis e-wallet yang diberi nama MAE yang merupakan akronim daripada “Maybank Anytime, Everywhere”. MAE dibuka juga untuk kegunaan pelanggan yang tidak menggunakan Maybank. Seperti aplikasi e wallet yang lain sepeti boost, TnG e wallet, MAE MAYBANK merupakan salah satu daripada aplikasi yang berfungsi seperti aplikasi yang disenaraikan tersebut.

MAE ni merupakan servis yang disedikan daripada pihak Maybank untuk memudahkan kita membuat pelbagai bayaran seperti bayar bil utiliti, hantar duit dengan cepat, topup prepaid, shopping online dan bermacam-macam urusan lagi. Oleh itu, kami akan kongsikan cara REGISTER MAE MAYBANK.

 

CARA DAFTAR & AKTIFKAN ONLINE MAE MAYBANK

Sebelum memulakan langkah kehadapan, anda mestilah install atau mengemaskini aplikasi Maybank ke peranti anda .

Namun jika anda hanya melakukan transaksi Maybank menggunakan aplikasi maybank anda secara atas talian, ianya tidak menjadi masalah kerana aplikasi tersebut telah sedia ada di peranti anda. Betul kan?

Oleh itu, kami akan kongsikan Langkah-langkah untuk anda mendaftar akaun anda dengan MAE.

Anda boleh ikuti Langkah yang kami kongsikan ini secara step by step

Ayuh, apa tunggu lagi.

 

1. Pertama sekali anda perlu ke ruang aplikasi Google Play Store (untuk pengguna Android) atau aplikasi Apple App Store (untuk pengguna iPhone), dan anda hanya perlu menaip MAE di bahagian kolum search

2. Setelah anda membuat carian dan menjumpai aplikasi MAE tersebut anda perlu tekan butang install dan tunggu sehingga pemasangan aplikasi tersebut selesai di peranti anda. Jika kebolehan data dan internet anda lancar, maka proses ini akan berlaku dengan pantas.

3. setelah pemasangan aplikasi tersebut selesai, anda perlu klik butang open untuk membuka aplikasi MAE di peranti anda

4. Setelah anda membuka aplikasi MAE tersebut anda akan di bawa ke paparan skrin pertama dan anda hanya perlu klik butang berwarna kuning yang tertera Next untuk ke paparan skrin seterusnya.

5. Anda perlu menekan butang kuning tersebut yang menandakan bahawa anda bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak maybank apabila anda pertama kali ingin menggunakan aplikasi MAE.

6. Setelah itu anda akan di bawa ke paparan sreen utama aplikasi MAE dan anda harus klik butang di bahagian paling kanan atas anda yang tertera Set Up Wallet untuk anda pergi ke langkah-langkah dan buat pendaftaran Maybank MAE yang seterusnya

7. Sebagai maklumatanda, jika anda sudah mempunyai akaun perbankan secara atas talian anda hanya perlu menekan butang di sebelah kiri anda yang tertera Existing M2U/MAE user dan hanya perlu menyambungkan akaun bank anda dengan akaun e-wallet MAE MAYBANK anda. Namun jika anda tidak pernah mempunyai akaun perbankan anda sendiri anda klik pada bahagian kanan di mana anda akan membuat permohonan untuk mempunyai akaun MAE e-wallet anda sendiri.

8. Seterusnya, anda akan di bawa ke paparan dan apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan nama akaun pengguna perbankan atas talian anda (username anda). Nama pengguna anda mestilah sama seperti nama yang digunakan pada akaun bank anda dimana anda gunakan untuk melakukan transaksi perbankan atas talian .

9. Untuk mengelakan sebarang ralat dan kesilapan, anda perlu menyemak nama pengguna anda dengan gambar profil akaun perbankan anda dan frasa keselamatan yang anda gunakan, dan pastikan semua maklumat anda betul.

10. Jika maklumat anda salah anda tidak perlu panik. Anda hanya perlu tekan back dan masukkan semula nama pengguna yang betul sehingga anda jumpa maklumat akaun bank anda dan semua maklumat anda betul. Setelah selesai dan semua maklumat anda masukan tersebut telah betul, anda hanya perlu memasukkan kata laluan akaun bank anda untuk ke langkah seterusnya

11. Untuk langkah dan cara daftar MAE Maybank yang seterusnya, anda perlu mewujudkan sendiri 6 digit nombor pin anda dan pin tersebut akan anda gunakan setiap kali anda ingin log masuk ke aplikasi MAE anda. Tujuan no unik ini dicipta adalah untuk tujuan keselamatan. Anda hanya perlu masukkan 6 angka digit unik yang senang untuk anda tidak mudah lupa. Disarankan anda membuat catatan no unik tersebut pada buku catatan untuk mengelakan anda terlupa.

12. Selepas selesai Langkah mencipta no unik, anda perlu memasukkan semula nombor pin anda yang anda cipta sebentar tadi. Anda hanya perlu memasukkan semula nombor pin anda. Anda tidak perlu mencipta nombior pin yang baru. Pastikan nombor pin yang anda masukkan adalah sama seperti yang anda tetapkan seperti paparan sebelum ini.

13. Anda harus menyemak nombor telefon yang anda gunakan untuk akaun bank anda dan jika maklumat nombor telefon anda adalah betul, anda hanya klik butang kuning tersebut untuk ke paparan skrin seterusnya.

14. Maklumat nombor telefon anda akan digunakan oleh pihak bank untuk menghantar SMS verifikasi akaun MAE kepada anda

15. Pihak maybank akan menghantar SMS kepada telefon pintar anda. Anda hanya perlu buka SMS tersebut dan akan terdapat 6 digit kod unik dan anda perlu memasukkan kod tersebut ke ruangan kosong yang disediakan untuk anda meneruskan ke paparan berikutnya

16. Setelah selesai, anda akan dibawa ke paparan berikutnya dan tugas anda adalah memasukkan nama pengguna akaun MAE anda. Nama pengguna akaun MAE anda terserah kepada anda.

17. Langkah seterusnya anda perlu memilih dari salah satu pilihan di bawah. Jika anda memilih MAE walaupun baki MAE anda adalah kosong, tidak mengapa kerana anda boleh menambah masuk wang dari akaun anda atau topup seberapa jumlah yang anda inginkan untuk kegunaan e-wallet anda.

18. Jika anda membuat pilihan dan memilih Personal Saver Account anda, segala perbelanjaan yang dibuat menggunakan e-wallet anda akan ditolak daripada jumlah wang anda yang berada di dalam akaun bank Personal Savings anda

19. Setelah memilih pilihan anda, anda telah lengkap menyelesaikan pendaftaran akaun MAE (e-wallet) anda, dan anda hanya perlu klik butang Done

20. Pendaftaran Maybank MAE anda sudah selesai. Paparan skrin aplikasi MAE anda terdapat maklumat mengenai nama pengguna anda, berapa jumlah baki wang anda, dan segala aktiviti transaksi bank anda

 

 

Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan, anda boleh menghubungi

Customer Care Hotline:

1-300 88 6688 (Malaysia)

+603-7844 3696 (Overseas)

Email: [email protected]

 

Categories MAE MAYBANK Tags aktifkan online, Apple App, cara daftar, CARA DAFTAR & AKTIFKAN ONLINE MAE MAYBANK, e-wallet, Everywhere, Existing M2U/MAE user, Google Play Store, Maybank Anytime, Personal Saver Account, REGISTER MAE MAYBANK, servis e-wallet, Set Up Wallet
PTPTN ONLINE(Semakan Baki & Bayaran Balik)
E-INSOLVENSI:SEMAKAN STATUS KEBANKRAPAN INDIVIDU & PENGGULUNGAN SYARIKAT

9 thoughts on “REGISTER MAE MAYBANK (Cara Daftar & Aktifkan Online)”

  1. Pingback: LOGIN MAE MAYBANK : CARA GUNA MAYBANK MAE - SemakanStatus
  2. Pingback: CARA GUNA DuitNow : SENARAI BANK, CARA DAFTAR DAN CARA MENGGUNAKAN DUITNOW - SemakanStatus
  3. Pingback: CARA MAIN KUTU MAYBANK : CARA CREATE GOAL DAN SIMPANAN DUIT - SemakanStatus
  4. Pingback: REGISTER SECURE2U MAYBANK:CARA DAFTAR DI APLIKASI MAYBANK2U MY - SemakanStatus
  5. Pingback: CARA TRANSFER DUIT MAE MAYBANK2U(INSTANT TRANFER & DUIT NOW) - SemakanStatus
  6. MARSELUS JEKES
    7 Oktober, 2021 at 12:04 AM

    CHEAK NO.AKAUN HONGLEONG BANK

    Balas
  7. Pingback: CARA MOHON KAD DEBIT MAE (Apply Card Online) - SemakanStatus
  8. Pingback: CARA REGISTER BIGPAY AIRASIA (Download Dulu Apply & Daftar Online) - SemakanStatus
  9. Pingback: LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch 'n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa) - SemakanStatus

Leave a Comment Batal balasan

Kiriman Terkini

  • eBANKER PRO BANK ISLAM(Cara Login, Daftar & Pemindahan Wang)
  • REGISTER LOGIN MyASNB(SEMAKAN PENYATA AKAUN ASB ONLINE)
  • PERMOHONAN SPIM TEKUN NASIONAL(Pembiayaan Mikro & Informal Sehingga RM10000)
  • DOKUMEN SSM HILANG (Cara Dapatkan Semula MyData SSM)
  • SENARAI KOS RAWATAN PENYAKIT DI MALAYSIA (HARGA TERKINI)

Ulasan Terkini

  • PLK KKM 2023(Permohonan  Program Latihan Kepakaran Pegawai Perubatan/Pergigian) - SemakanStatus pada SEMAKAN NO PENDAFTARAN PRODUK/UBAT KKM:CHECK STATUS ONLINE(KOD RUJUKAN PRODUK)
  • PERMOHONAN BANTUAN HARI RAYA i-FITRI 2023(RM250 Hingga RM400 Untuk Rakyat Terengganu) - SemakanStatus pada RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
  • CARA TUKAR NAMA KERETA DI JPJ(TUKAR HAK MILIK KENDERAAN) - SemakanStatus pada TEMUJANJI ONLINE JPJ(STO JPJ):CARA BUAT JANJI TEMU JPJ NEGERI/CAWANGAN
  • eBANKER PRO BANK ISLAM(Cara Login, Daftar & Pemindahan Wang) - SemakanStatus pada TUKAR NO BANK ISLAM (CARA UPDATE NOMBOR TELEFON TAC DAN BUAT KEMASKINI)
  • Anna Sakinah Nayar pada CARA DAFTAR BORANG PERKAHWINAN JPN ONLINE(JPN Marriage Registration)

Copyright © 2023 | All Rights Reserved