REKOD JENAYAH KDN POLIS PENJARA(Cara Semak Guna IC Contoh Surat Permohonan)

REKOD JENAYAH KDN POLIS PENJARA(Cara Semak Guna IC Contoh Surat Permohonan)

Kepada anda yang telah mendapat tawaran kerja atau sedang mencari pekerjaan, sudah tentunya ada di antara majikan yang ingin mendapatkan pengesahan rekod jenayah. Bagaimana cara untuk dapatkan pengesahan rekod ini? Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

KENAPA PERLU DAPATKAN PENGESAHAN REKOD JENAYAH?

Rekod janayah boleh memberi kesan besar kepada pesalah. Semasa anda memohon pekerjaan, kadangkala VOG (Sijil Tingkah Laku) diminta. Ini adalah pernyataan yang menunjukkan bahawa tingkah laku anda tidak menjadi keberatan terhadap pelaksanaan tugas atau kedudukan tertentu dalam masyarakat. Rekod janayah mungkin bermaksud bahawa anda tidak menerima VOG. Sekiranya anda tidak lagi dibenarkan mempraktikkan beberapa profesion, seperti peguam cara, guru atau bailif. Kadang kala visa atau izin tinggal boleh ditolak.

CARA SEMAK REKOD JENAYAH GUNA IC

Untuk makluman anda, perkhidmatan untuk menyemak rekod janayah guna IC hanya boleh dilakukan melalui Chief Government Security Officer (CGSO) bagi jenis permohonan berikut sahaja iaitu:

  • Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Atau Pentadbiran Kerajaan Negeri Atau Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt)
  • Lantikan Badan Berkanun
  • Lantikan Jawatan Keselamatan Berjadual
  • Tapisan Keselamatan Khas
  • Tapisan Keselamatan Semula
  • Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Spp)
  • Tapisan Pelajar Tajaan
  • Lantikan Vendor/Kontraktor (Warganegara)
  • Lantikan Instalasi (Warganegara)

CARA SEMAK REKOD JENAYAH POLIS

Sekiranya selain daripada jenis permohonan di atas, anda perlu membuat semakan rekod janayah dengan menghantar surat permohonan ke Jabatan Siasatan Janayah PDRM.

CONTOH SURAT PERMOHONAN REKOD JENAYAH

Berikut adalah merupakan contoh surat rekod janayah yang boleh anda copy,paste dan edit seperti di bawah:

(Nama Anda)
(Alamat Kediaman Anda)

 

Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.
W.P Kuala Lumpur                                                                                                                                               (Tarikh)

 

Tuan,

 

PERMOHONAN REKOD JENAYAH PERSENDIRIAN BAGI TUJUAN KEMASUKAN KERJA

 

Saya mewakili diri saya ingin memohon rekod jenayah bagi diri saya yang bernama (Nama Anda), beserta Nombor Kad Pengenalan XXXXXX-XX-XXXX dan beralamat di (Alamat Anda).

2. Rekod Jenayah ini adalah bertujuan bagi kemasukkan kerja baru saya yangmemerlukan bukti bahawasanya saya tiada mempunyai kesalahan jenayah. Pihak majikan baru saya tidak mempunyai akses untuk memeriksa rekod saya diatas beberapa sebab.

3. Berikut adalah maklumat pekerjaan baru saya yang tertangguh kemasukkannya akibat tiada rekod jenayah dari pihak saya.

3.1 Nama Syarikat:
3.2 Alamat Syarikat
3.3 Jenis Pekerjaan:
3.4 Jawatan:
3.4 Nama Urusetia HQ (Jika Berkaitan)
3.5 Email Urusetia HQ: (Jika Berkaitan)

4.  Disini saya ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk memberi saya Rakod Jenayah Persendirian diri saya yang bernombor Kad Pengenalan XXXXXX-XX-XXXX.Untuk makluman Tuan, Syarikat yang bakal saya turut serta ini hanya memerlukan dokumen yang mengesahkan bahawa saya tiada Jenayah.

5.  Segala dokument yang perlu diberi pada saya bolehlah di emelkan pada saya dialamat emel (Email anda). Saya berharap permohonanan saya dapat dipertimbangkan bagi mendapatkan maklumbalas Rekod Janayah Persendirian saya.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Benar,

 

……………………………………………….

(Nama Penuh Anda)
No Kad Pengenalan
No Telefon

ARTIKEL LAIN:

4 thoughts on “REKOD JENAYAH KDN POLIS PENJARA(Cara Semak Guna IC Contoh Surat Permohonan)”

    • Aku pun baru dpt offer keje oversea. Bila nak buat permohonan sijil kelakuan baik tidak lulus. Rekod polis mmg ada dan kekal. Kalau dah settle dgn mahkamah kes Tuan dah settle cuma rekod tu masih ada lagi untuk rekod polis sahaja. Kena buat permohonan secara bertulis (Surat Rasmi) ke siasatan jenayah Bukit Aman untuk perlepasan. Aku pun baru nak buat ni, harap dpt lah perlepasan.

      Balas

Leave a Comment