CARA RENEW LESEN ROADTAX MySIKAP JPJ(public.jpj.gov.my)

Utama / MySIKAP JPJ / CARA RENEW LESEN ROADTAX MySIKAP JPJ(public.jpj.gov.my)

CARA RENEW LESEN ROADTAX MySIKAP JPJ(public.jpj.gov.my)

Bagi memudahkan urusan anda memperbaharui lesen memandu dan roadtax kenderaan, kini JPJ menyediakan protal MySikap. Bagaimana ingin renew lesen roadtax guna MySikap? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

APA ITU PORTAL MySIKAP

 

MySikap adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Pellbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu. Antara transaksi yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Kenderaan : Melihat dan menguruskan transaksi kenderaan seperti memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM), memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu, pindah milik sukarela, membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
  • Lesen Memandu : Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa, rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh, penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia, kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
  • Kesalahan dan Penalti : Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian. Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
  • Pengurusan Profil : Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
  • Perkhidmatan Lain : Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj, kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan puspakom.

 

 

CARA RENEW LESEN GUNA MySIKAP JPJ(public.jpj.gov.my)

 

 

Sekerinya anda ingin memperbaharui lesen anda menggunakan portal MySikap, pastikan anda daftar terlebih dahulu dengan portal MySikap. Berikut adalah cara renew lesen:

  1. Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/
  2. Log masuk menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk
  3. Pada paparan utama, klik pada bahagian Lesen Memandu.
  4. Seterusnya klik pada Pembaharuan Lesen Memandu.
  5. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    1. Jenis Lesen
    2. Tempoh
  6. Seterusnya tekan Cari. Maklumat Pengguna dan semua butiran akan dipamerkan.
  7. Isikan maklumat yang berkaitan sekiranya perlu.
  8. Kemudian tekan Bayar. Pastikan semak semula jumlah dan maklumat pembayaran.
  9. Sekiranya betul, klik pada sahkan.
  10. Sila muat turun dan cetak slip pembayaran sebagai rujukan.

 

CARA RENEW ROADTAX GUNA MySIKAP JPJ(public.jpj.gov.my)

 

Pastikan anda mempunyai insurans kenderaan yang aktif terlebih dahulu. Untuk memperbaharui roadtax kenderaan anda menggunakan portal MySikap, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan MySikap JPJ: public.jpj.gov.my
  2. Log masuk menggunakan ID penggunan dan Kata laluan. Sahkan Kod Sekuriti yang tertera dan tekan Log Masuk
  3. Anda akan dibawa ke paparan halaman utama MySikap. Untuk memperbaharui roadtax, klik pada Kenderaan.
  4. Nama dan No Kad Pengenalan anda akan tertera.
  5. Pada bahagian Transaksi / Tindakan, pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor. Klik Ok
  6. Masukkan No. Pendaftaran Kenderaan yang anda inginkan. Klik pada carian.
  7. Maklumat kenderaan anda akan terpapar, klik pada teruskan.
  8. Kemudian, sahkan sekali lagi maklumat kenderaan anda, klik pada Sah & Teruskan.
  9. Seterusnya, buat pilihan anda sama anda ingin perbaharui 6 bulan atau 12 bulan dan uat pilihan sama ada anda ingin mengambil roadtax di cawangan JPJ atau kiosk JPJ yang berhampiran dengan anda.
  10. Seterusnya klik pada Bayar Saman di bahagian bawah.
  11. Pilih kaedah yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran iaitu:
    1. Kad Kredit (VISA, MASTERCARD)
    2. Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain)
  12. Tekan pada Bayar. Ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga pembayaran saman JPJ anda selesai.

 

TAWARAN SAMAN JPJ TERKINI

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

  • Tarikh Tawaran: 9 -12 Disember 2021 (4 Hari)
  • Cara Bayaran: Kaunter JPJ, Kiosk JPJ, Portal JPJ & di Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KLCC

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai portal MySikap, anda boleh:

  • Layari web rasmi JPJ: https://public.jpj.gov.my/ atau
  • Hubungi talian hotline JPJ: 03 8000 8000.

ARTIKEL LAIN

MySikap JPJ: CARA DAFTAR ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA

CARA CHECK BAYAR SAMAN MySIKAP(public.jpj.gov.my)

CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *