CARA RESET PASSWORD PUBLIC BANK ONLINE (Aktifkan Semula ID)

Utama / PUBLIC BANK / CARA RESET PASSWORD PUBLIC BANK ONLINE (Aktifkan Semula ID)

CARA RESET PASSWORD PUBLIC BANK (Aktifkan Semula ID)

Sekiranya anda pelanggan kepada Public Bank, sudah semestinya anda telah daftar online banking iaitu Pbe Bank. Penggunaan Online banking memang menyenangkan kita untk membuat proses pembayaran, pemindahan wang, penyemakan baki akaun dan sebagainya. Untuk mengakses ke online banking seharusnya perlu dimasukkan user id dan kata laluan.

Masalah yang seringkali trejadi ialah bagaimana jika Anda terlupa kata laluan ataupun user ID anda? Ya, masalah ini kemungkinan akan terjadi. Sebagai contoh kerana anda banyak akaun, lama tidak login dan tidak gunakan. Disini kami kongsikan cara bagaimana untuk reset password online banking Public Bank (Pbe Bank) dan juga user ID anda, semoga membantu.

 

RESET SEMULA KATA LALUAN / AKTIFKAN SEMULA ID PENGGUNA PBE BANK

Perkhidmatan ini membolehkan Pengguna PBe sedia ada yang terlupa Kata Laluan PBe mereka untuk menetapkan semula kata laluan mereka dan/atau mengaktifkan semula ID Pengguna mereka yang telah dinyahaktifkan kerana kata laluan yang salah.

 

PERKARA YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK RESET PUBLIC BANK

Pastikan anda sediakan perkara ini terlebih dahulu sebelum anda reset password Pbe Bank anda:

  1. No telefon yang telah didaftar untuk penerimaan PAC
  2. Token SignSecure
  3. Kad ATM Public Bank

 

RESET PASSWORD  PUBLIC BANK (PBE BANK)

Sekiranya anda terlupa password akaun PBE Bank anda, ikutilah langkah ini:

  1. Layari PBE Bank: https://www.pbebank.com
  2. Klik RESET PASSWORD.
  3. Seterusnya pilih reset menggunakan Debit Card/Credict Card
  4. Masukkan MAKLUMAT berikut
    • User ID
    • Product Type: (sila pilih debit card)
    • No kad pengenalan
  5. Masukan SECURITY CODE yang dipaparkan klik next
  6. Masukkan KATA LALUAN BARU (New Password), dan sahkan password anda sekali lagi
  7. Masukkan NO TAC yang telah dihantar ke no telefon anda, Tekan Confirm
  8. Selesai

 

RESET USER ID PUBLIC BANK (PBE BANK)

Untuk reset user Id Pbe Bank, anda dikehendaki menghubungi Sokongan Pelanggan PBe di 03-2179 9999 atau menghantar e-mel kepada [email protected] untuk mendapatkan bantuan.

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah Reset Password / Kata Laluan / Aktifkan semula ID Pengguna Public Bank?

Perkhidmatan ini membolehkan Pengguna mereka untuk menetapkan semula kata laluan mereka dan / atau mengaktifkan semula ID Pengguna mereka yang dinyahaktifkan kerana kata laluan yang salah.

 

Bolehkah saya menetapkan semula kata laluan saya jika saya berada di luar negara?

Ya. Anda boleh menetapkan semula Kata Laluan / Aktifkan semula ID Pengguna anda selagi anda bersambung ke Internet. Namun, jika anda menggunakan SMS PAC, perayauan antarabangsa harus diaktifkan untuk menerima SMS PAC anda.

 

ID saya disekat. Apa patut saya buat?

Anda telah melebihi jumlah percubaan yang dibenarkan. Sila hubungi Khidmat pelanggan mengikut bank yang anda gunakan untuk mendapatkan bantuan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PB ENGAGE MY(Semak Baki Kad Kredit/Rumah/Kereta Public Bank Online)

CARA BUKA AKAUN BANK (PUBLIC BANK)

CARA TERMINATE KAD KREDIT:PUBLIC BANK

CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK (Update Mobile Phone Number)

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *