CARA RETURN REFUND BARANG LAZADA (Barang Salah Rosak Cancel Order)

Utama / RETURN REFUND BARANG LAZADA / CARA RETURN REFUND BARANG LAZADA (Barang Salah Rosak Cancel Order)

CARA RETURN REFUND BARANG LAZADA (Barang Salah Rosak Cancel Order)

Pernah tak anda dapat barang yang salah daripada Lazada atau barang anda rosak? Pening kepala dibuatnya, macam mana nak return semula? Takkan nak biarkan duit anda hangus je.

 

Jadi, untuk mengelakkan perkara seperti diatas berlaku atau terjadi pada anda, berikut adalah cara return refund barangan yang salah, rosak atau ingin cancel order anda kepada Lazada.

 

CARA RETURN REFUND BARANG LAZADA

 

Sekiranya anda mendapat barangan yang salah daripada Lazada, jangan kecewa. Berikut adalah langkah yang perlu anda ikut untuk membuat pemulangan semula.

 

 

  1. Pastikan anda menyemak terlebih dahulu syarat pemulangan barangan. Disitu ada dinyatakan yang barangan tersebut merupakan 100% buyer proctection dan Satisfaction guarantee dan juga 14 days easy return bermaksud disini pemulangan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang diterima, boleh tukar barang jika kita berubah fikiran, boleh dapat refund duit semula dan juga lazada verified-service sellers.
  2. Periksa juga jenis kerosakan barangan anda sama ada diterima atau tidak untuk membuat pemulangan semula oleh Lazada.
  3. Sekiranya menepati syarat pemulangan semula, anda boleh ikuti langkah seperti dibawah :
  • Layari portal Lazada dan masukkan password dan ID anda.
  • Pada paparan akaun anda pilih menu My order.
  • Klik pada link sebelah kanan “Return link” untuk mengisi form pemulangan semula.
  • Pilih jenis kerosakan dan masukkan maklumat akaun bank anda.
  • Selepas anda siap mengisi maklumat yang dikehendaki, sila tekan Print Shipping Label. Pastikan anda membuat 4 salinan kerana pihak courier akan meminta salinan daripada anda untuk rujukan.
  • Kamudian anda bungkus kembali barangan dan tampalkan Shipping Label pada kotak parcel anda.
  • Jangan lupa untuk letakkan kembali invoice, bukti pembelian barangan anda didalam parcel.
  • Jika selesai, poskan barangan tersebut mengikut pilihan courier yang telah anda tetapkan.
  • Jika menggunakan PosLaju, anda akan diminta untuk mengisi borang poslaju berkontrak(masukkan nama, tarikh, alamat dan tracking number yang diberikan oleh Lazada).
  1. Setelah selesai ke poslaju, maklumkan pada pihak lazada menerusi emel [email protected] dengan menyediakan maklumat seperti berikut :
  • Date Item Was Returned
  • Courier Use For Return
  • Return Tracking Number
  • Postage Fee Amount (if any) : RM0.00
  • Bank Details
  1. Pemulangan duit akan ambil masa 5-15 hari untuk kita terima dan pihak Lazada akan maklumkan pada kita jika mereka dah refund atau belum.

 

SOALAN LAZIM

 

Bagaimana boleh saya menyemak polisi pemulangan Lazada?

Dihalaman produk anda, klik bahagian “servis” untuk melihat polisi pemulangan barangan anda.

 

Bagaimana saya boleh jejak barangan pemulangan Lazada?

Untuk jejak barangan anda boleh baca Langkah Pemulangan Lazada

 

Berapa lamakah masa diambil untuk pemulangan wang ke dalam akaun saya?

Pemulangan duit akan ambil masa 5-15 hari untuk kita terima dan pihak Lazada akan maklumkan pada kita jika mereka dah refund atau belum.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR LAZADA WALLET MALAYSIA (AKTIFKAN DAN TOP UP SEBELUM GUNA)

CARA DAFTAR LAZADA SELLER MALAYSIA:REGISTER LOGIN(lazada.com.my)

CARA DAFTAR LAZADA EXPRESS RIDER ONLINE:SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN/KADAR BAYARAN/JOB SCOPE(Register lazada.com)

 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *