BAGAMANAKAH CARA BUAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
Adakah anda ingin memiliki rumah untuk melindungi keluarga anda. Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, pihak SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia yang tengah mencari rumah sendiri(RMR SPNB)
Apakah itu RMR SPNB
Untuk pengetahuan anda, program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000. Jika mencukupi syarat, pihak SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi .
Syarat kelayakan Sumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB
Berikut adalah merupakan syarat permohonan RMR iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat
Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:
- Layari http://rmr.spnbonline.com.my
- KLIK PENDAFTARAN BARU – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
- Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
- LOG MASUK KE LAMAN UTAMA – Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
- Isi maklumat ke dalam sistem
- Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
- MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
Selain itu, borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.
Dokumen permohonan
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
NOTA:
- Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
Semakan Status RMR SPNB
- Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
- Kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan.
- Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada termas dan syarat.
Spesifikasi dan harga rumah
1. Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
- Harga: RM75,000
- Subsidi pembinaan: RM20,000
- Jumlah pinjaman: RM55,000
- Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300
2. Keluasan rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
- Harga RM85,000
- Subsidi pembinaan RM20,000
- Jumlah pinjaman RM65,000
- Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM350
3. Keluasan rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
- Harga RM75,000 – RM106,500
- Subsidi pembinaan RM20,000
- Jumlah pinjaman RM55,000 – RM86,500
- Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470
MAKLUMAT LANJUT RMR SPNB
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: [email protected]
ARTIKEL LAIN
- RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
- RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
- RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
- LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
- PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
- eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Saya amat berharap dapat memiliki rumah sendiri walaupun kecil dan sederhana,kalau ianya ada bayaran bulanan harap batalkan permohonan saya,tapi kalau ikhlas nak menolong saya amat berterimakasih,dah banyak cara saya cuba untuk memohon bantuan rumah dari kerajaan,sekian
Hi
Sudah 3 4 tahun mohon habuk pun tarak..
Sy pernah memohon…mcm mn nak mohon lg…sy amat perlukan rumah sebab skrg ni menumpang ja umah org…sy tak mampu nak bayar sewa yg mahal sebab suami dah x kerja n x tau dimana….mohon sangat2 untuk bagi peluang saya ngan anak2 untuk dapatkan rumah ni…amat2 perlukan rumah di kawasan dekat dengan kepala batas sebab sy bekerja di sana…sy amat2 perlukan rumah kerana rumah yang sy n anak2 tumpang jauh dr tempat kerja…berharap sangat ada belas ehsan dr pihak tuan…
saya sudah mohon hampir 3 tahun.
semua doc sudah hantar siap telefon lagi dengan pegawai spnb.
SAYA HARAP PIHAK TUAN TERIMA PERMOHONAN SAYA