PERMOHONAN RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA (BANTUAN BAIK PULIH DAN BINA BAHARU)

Utama / RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA / PERMOHONAN RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA (BANTUAN BAIK PULIH DAN BINA BAHARU)

PERMOHONAN RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA (BANTUAN BAIK PULIH DAN BINA BAHARU)

Kepada warga penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir yang dikenali sebagai Rumah Kasih KeluargaMalaysia.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan Rumah Kasih Keluarga Malaysia? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA

RumahKasih Keluarga Malaysia adalah inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir dengan peruntukan masing-masing RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

 

KADAR BANTUAN RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA

Kerja-kerja pembinaan  semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut;

  • RM15,000 – baik pulih rumah
  • RM56,000 – bina baharu rumah (Semenanjung)

 

PELAKSANAAN RUMAH KASIH KELUARGAMALAYSIA

Terdapat 3 fasa meliputi inisiatif ini iaitu:

  1. Fasa 1
    • Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah.
    • Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir
  2. Fasa 2
    • Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri .
  3. Fasa 3
    • Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.

 

CARA PERMOHONAN RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan sama ada untuk Pembaikan atau Pembinaan Rumah:

  • Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.

 

JANGKA MASA PEMBAIKAN/PEMBINAAN RUMAH KASIH KELUARGAMALAYSIA

Berikut adalah anggaran jangka masa siap pembaikan atau pembinaan rumah:

  1. Pembaikan rumah
    • Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.
  2. Pembinaan rumah
    • Tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

NOTA: Cadangan reka bentuk rumah adalah mengguna pakai model JKR iaitu Rumah Kekal Banjir Atas Tiang dan Rumah Kekal Banjir Atas Tanah dengan keluasan 660 kaki persegi menggunakan teknologi IBS.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih KeluargaMalaysia, anda boleh merujuk

 

ARTIKEL LAIN

BAUCAR DISKAUN AUTOMOTIF (Cara Tebus Claim Bagi Mangsa Banjir #Keluarga Malaysia)

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ( Senarai Inisiatif & Cara Permohonan )

PERMOHONAN BAUCAR RM500 BARANGAN ELEKTRIK (Mangsa Banjir)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *