RUMAH MAMPU MILIK ATM: Permohonan Borang Lokasi Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT)

RUMAH MAMPU MILIK ATM: Permohonan Borang Lokasi Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT)

RUMAH MAMPU MILIK ATM

Kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ingin memiliki rumahh mapu milik boleh membuat permohonan Perumahan SASaR. Ini bagi memastikan setiap warga awam kementerian pertahanan, anggota tentera dan veteran atm memiliki sebuah rumah sendiri dengan penyediaan rumah mampu milik tersebut. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SASaR ATM

Menerusi skim dan program Satu Anggota Satu Rumah di bawah SASaR, telah dicadangkan banyak unit rumah untuk dibina rumah mampu milik kepada mereka Angkatan Tentera Malaysia atm termasuk anggota tentera laut tldm, tentera darat tdm dan juga tentera udara tudm serta juga anggota askar veteran. Ini bagi memastikan setiap warga awam kementerian pertahanan, anggota tentera dan veteran atm memiliki sebuah rumah sendiri dengan penyediaan rumah mampu milik tersebut.

Menerusi skim dan program Satu Anggota Satu Rumah, telah dicadangkan banyak unit rumah untuk dibina rumah mampu milik kepada mereka Angkatan Tentera Malaysia atm. Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan akan membina lebih 7 ribu unit rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah di Kuala Lumpur.

 

SYARAT PERMOHONAN 

Syarat mohon permohonan Rumah SASaR ATM adalah seperti di bawah ini:

  • Merupakan rumah yang pertama
  • Bebas daripada senarai hitam atau sekatan bank
  • Selepas ditolak pinjaman perumahan, baki gaji tentera atm adalah melebihi 20 peratus

 

HARGA RUMAH 

Buat anggota ATM, tawaran harga bagi rumah SASaR adalah dengan serendah:

  • Unit rumah Mampu Milik dan murah: Seunit RM150,000 sehingga RM250,000
  • Unit rumah Premium: Seunit RM350,000 sehingga RM400,000

Harga tawaran adalah antara 30 peratus hingga 50 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa.

 

BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapatkan dengan TEKAN DI SINI

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan untuk diserah bersama borang permohonan iaitu:

  • Salinan BAT C10/Kad Pengenalan Awam
  • Salinan Slip Gaji Terkini

 

CARA PERMOHONAN 

  1. Muat turun Borang Permohonan SASaR
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Serahkan borang tersebut bersama dokumen yang diperlukan kepada pejabat kem anda bertugas.

 

LOKASI 

Pada masa kini lprojek perumahan ini dilaksanakan untuk warga kerja ATM di lokasi:

  • Kem Genting Helang, Kuala Lumpur
  • Kem Wardieburn
  • Sungai Besi
  • Residensi Sateria

NOTA: Senarai lain akan dikemaskinikan daripada masa ke semasa

Bagi membantu anggota dan veteran ATM, pembinaan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dilakukan menyediakan unit rumah SASaR juga untuk warga veteran ATM menerusi pengumuman oleh YB Menteri Kanan Pertahanan.

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

18 thoughts on “RUMAH MAMPU MILIK ATM: Permohonan Borang Lokasi Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT)”

  1. semua rumah kebanyakan di semenanjung…kat sabah sarawak tkde ke yang rumah mampu milik atm ni…orang sabah sarawak pun banyak yang krja (atm/gov)

    Balas

Leave a Comment