RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
Kepada warga penduduk Negeri Sembilan dari golongan pendapatan rendah dan sederhana yang ingin memilik rumah sendiri, terdapat beberapa skim program bantuan rumah mampu milik yang ditawarkan Dasar Perumahan Negeri Sembilan.
Bagaimana cara memohon program Dasar Perumahan Negeri Sembilan? Disini kami kongsikan caranya,semoga membantu.
APA ITU DASAR PERUMAHAN NEGERI SEMBILAN
Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) menerima pakai, menambahbaik, memperincikan dan menyesuaikan Dasar Perumahan Negara (DPN) mengikut konteks pembangunan perumahan di Negeri Sembilan.
Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam Perumahan Mampu Milik iaitu
- komponen pembangunan dan harga perumahan,
- komposisi pembangunan perumahan,
- keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan
- kuota bumiputera.
SKIM PERUMAHAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah merupakan Skim perumahan yang ditawarkan DPNS:
JENIS PERUMAHAN | KOMPENEN PEMBANGUNAN | HARGA | KELUASAN |
Rumah Mampu Milik Type A (Standard) | Perumahan Standard (Penjenamaan/Upgrading) | Sehingga RM80,000
| 20’ x 60’ (Teres)
|
Rumah Mampu Milik Type B (Standard Premier) | Perumahan Standard Premier (Harga Sederhana Rendah) | Sehingga RM250,000
| 20’ x 65’ (Teres)
|
Rumah Mampu Milik Type C (Deluxe) | Perumahan Deluxe (Harga Sederhana) | Sehingga RM400,000
| 22’ x 70’ (Teres)
|
Rumah Mampu Milik Type D (Mewah) | Perumahan Mewah (Harga Tinggi) | RM400,000 ke atas
| Bebas
|
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon:
- Pendaftaran ini terbuka untuk semua orang, terutama bagi anda yang tinggal di Negeri Sembilan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta dah berkahwin
- Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah
- Permohonan yang tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan dokumen berkaitan serta tak mematuhi ketetapan akan ditolak
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah merupakan cara permohonan skim program bantuan rumah mampu milik DPNS:
- Pemohon yang berminat bolehlah mengisi borang di pautan Google Form:
- Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Taman Angsamas 2, Bandar Seremban, Daerah Seremban.
- Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Type A Taman Kirby, Batu 9 Labu, Daerah Seremban
- Tarikh permohonna 13 Jun 2022 (Isnin) ditutup pada 26 Jun 2022 (Ahad).
- Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
- Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
- Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel [email protected]
- Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.
- Setelah lengkap semua, tekan Submit.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan dan dikehendaki menghantar melalui email [email protected]:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB kecuali bujang)
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
- Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB kecuali bujang)
- Salinan Slip Gaji Pemohon 3 Bulan Terkini (WAJIB)
- Salinan Slip Gaji Pasangan 3 Bulan Terkini (WAJIB kecuali bujang)
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah Bagi Dalam Proses Penceraian (WAJIB kecuali bujang)
- Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB kecuali pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
- Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Pesara 3 Bulan Terkini (WAJIB bagi pesara)
PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TAMAN PENAGA MEWAH, SEREMBAN
Jenis Rumah
- Rumah Mampu Milik Type A (Standard)
Tarikh Permohonan
- Mulai 7 Februari 2022 – 20 Februari 2022
Lokasi
- Taman Penaga Mewah Fasa 6, Daerah Seremban
Syarat Permohonan
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi rm3,500.00 sebulan.
- Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah seremban serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
- Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di bahagian j serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
Cara Permohonan:
- Layari pautan Google Form: https://docs.google.com/forms
- Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
- Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
- Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel [email protected] Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.
PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK DI TAMAN KIRBY, LABU, SEREMBAN
Jenis Rumah
- Rumah Mampu Milik Type A (Standard)
Tarikh Permohonan
- Mulai 13 Jun 2022 (Isnin) – 26 Jun 2022 (Ahad).
Lokasi
- Taman Kirby, Mukim Labu, Daerah Seremban
Syarat Permohonan
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan
- Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam daerah Seremban serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yang BELUM memiliki rumah atau tanah.
- Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
Cara Permohonan:
- Layari pautan Google Form: https://docs.google.com/forms
- Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
- Pastikan borang permohonan di isi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
- Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel [email protected] Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan skim program bantuan rumah mampu milik DPNS, anda boleh layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri sembilan di pautan https://www.ns.gov.my/19-maklumat-laman/56-unit-perumahan
ARTIKEL LAIN
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Sya mencari rumah mampu milik area seremban
hi, kalu ada area senawang senangnk pergi ke kerja
Rumah type A mampu milik gemencheh tgok masih ada kosong tiada meter.. ingin pencerahan
Saya dahmasokan No ID Ic Saya kata laluan buat baru mata mana jaraya
Saya bru nak mohom rumah area seremban macam mana ye, kalau ad sesiapa yang boleh contrt sy ws saya
SAYA MENCARI RUMAH MAMPU MILIK AREA NILAI ADA TAK ??
hi saya cari rumah mampu milik area seremban
𝑯𝒚𝒆..𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒄𝒂𝒓𝒊 𝒓𝒖𝒎𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒎𝒑𝒖 𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒂𝒓𝒆𝒂 𝒔𝒆𝒓𝒆𝒎𝒃𝒂𝒏
hye saya cari rumah mampu milik area seremban
Saya ingin mohon rumah mampu milik area Seremban
Permohonan terkini masih ada bukak lagi ke.
Rumah mampu milik di juaseh sudah buat undian ke?
Rumah mampu milik area nilai ada tak
Untuk tahun 2023 ada tak rumah mampu milik di buka