RUMAH MAMPU MILIK PAHANG:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/Prima/Makmur (eperumahan.pahang.gov.my)
Kepada warga penduduk Negeri Pahang yang ingin memilik rumah sendiri, terdapat beberapa skim program bantuan rumah mampu milik yang ditawarkan Sistem Perumahan Awam Pahang.
Bagaimana cara memohon program Sistem Perumahan Awam Pahang? Disini kami kongsikan caranya,semoga membantu.
APLIKASI ePERUMAHAN PAHANG
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah membangunkan aplikasi mudah alih ePerumahan Pahang sebagai alternatif kepada Sistem ePerumahan versi web. Aplikasi ePerumahan Pahang memaparkan status permohonan bagi Perumahan Awam di Negeri Pahang.
Pemohon yang telah mengisi permohonan di Sistem ePerumahan di URL https://eperumahan.pahang.gov.my boleh menyemak status permohonan di aplikasi mudah alih ePerumahan Pahang
Muat turun aplikasi ePerumaha Pahang disini:
- Play Store bagi pengguna Android (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.esemakrumah.keystore&hl=en)
- Apple Store bagi pengguna IOS (https://apps.apple.com/my/app/esemak-rumah/id1189530250?l=ms)
PERMOHONAN PERUMAHAN YANG DITAWARKAN
Berikut adalah merupakan permohonan perumahan yang ditawarkan Sistem Perumahan Awam Pahang:
- Permohonan Perumahan Kos Rendah Dan Sederhana Rendah
- Permohonan Prima
- Permohonan Prima – Diskaun Penjawat Awam
- Permohonan Makmur
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon:
- Permohonan Perumahan Kos Rendah Dan Sederhana Rendah
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan;
- perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
- Telah berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas
- Belum berkahwin tetapi berumur melebihi 35 tahun
- Perumahan Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (Swasta)
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
- Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
- Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
- Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
- perumahan Kos Rendah (Kerajaan)
- Permohonan Prima
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000.00 sebulan;
- Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah dan
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Permohonan Prima – Diskaun Penjawat Awam
- Rujuk DISINI (https://eperumahan.pahang.gov.my/diskaun_pa/mohon_diskaun.php)
- Permohonan Makmur
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;
- Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;
- Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya sekali yang didaftarkan di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
- Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;
- Bukan seorang peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
- Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
- Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK PAHANG:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/Prima/Makmur (eperumahan.pahang.gov.my)
Berikut adalah merupakan cara permohonan Perumahan Awam di Negeri Pahang:
- Permohonan Perumahan Kos Rendah Dan Sederhana Rendah – MOHON DISINI (https://eperumahan.pahang.gov.my/permohonan/main_permohonan.php)
- Permohonan Prima – MOHON DISINI (https://eperumahan.pahang.gov.my/permohonan/main_pr1ma.php)
- Permohonan Prima – Diskaun Penjawat Awam – MOHON DISINI (https://eperumahan.pahang.gov.my/diskaun_pa/mohon_diskaun.php)
- Permohonan Makmur – MOHON DISINI (https://eperumahan.pahang.gov.my/permohonan/main_makmur.php)
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan skim program bantuan rumah mampu milik Sistem Perumahan Awam Pahang, anda boleh layari portal ePerumahan Pahang di pautan https://eperumahan.pahang.gov.my/frame/spapfp.php#
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
PPAM :CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS
Saya ada mslh utk key in borang.. status pasangan memiliki rumah awam.. sedangkan saya x pernah ada mohon rumah awam
sy sudah lama menyewa di perumahan kos rendah pakr sg pandan kuantan,kalau masih ada rumah kosong sy ingin mohon rumah,sy ada mohon rumah kos rendah kawasan paya besar tp projek tergendala…mintak jasa suk pertimbangkan permohonan sy untuk dapat sebiji rumah pakr sg pandan.
saya sudah mohon eprumahan pahang.. status terkini layak untuk di pertimbangan… jadi apa yg perlu saya laku kan sekarang