RUMAH MAMPU MILIK PERAK:Cara Permohonan & Semakan Status(lphp.perak.gov.my/)

Utama / RUMAH MAMPU MILIK PERAK / RUMAH MAMPU MILIK PERAK:Cara Permohonan & Semakan Status(lphp.perak.gov.my/)

RUMAH MAMPU MILIK PERAK:Cara Permohonan & Semakan Status(lphp.perak.gov.my/)

Kepada warga penduduk Negeri Perak yang ingin memilik rumah sendiri, terdapat  beberapa skim program bantuan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Bagaimana cara memohon perumahan Negeri Perak? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN PERUMAHAN NEGERI PERAK

Berikut adalah merupakan syarat-syarat bagi pendaftaran rperumahan Negeri Perak:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  5. Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)

 

PERMOHONAN KATAGORI PERUMAHAN NEGERI PERAK YANG DITAWARKAN 

Berikut adalah merupakan katagori permohonan perumahan Negeri Perak yang ditawarkan:

  1. Perancangan Rumah Tersusun
  2. Rumah Perakku
  3. Program Perumahan Rakyat (PPR)
  4. Rumah Transit Belia
  5. Perwira

 

MAKLUMAN/PERINGATAN PENTING PERUMAHAN NEGERI PERAK

Sebelum anda membuat permohonan, pastikan anda mengetahui makluman penting ini terlebih dahulu:

  1. Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.
  2. Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti.
  3. Pemohon digalakkan menggunakan komputer untuk membuat pendaftaran perumahan. Penggunaan telefon pintar adalah tidak digalakkan.
  4. Proses semakan pendaftaran perumahan mengambil masa 7 hari bekerja.

 

CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK PERAK: Rumah Perakku/Program Perumahan Rakyat/Rumah Transit  Belia/Perancangan Rumah Tersusun(lphp.perak.gov.my/)

Berikut adalah merupakan cara permohonan Perumahan Negeri Perak:

  1. Layari pautan LPHP: http://lphp.perak.gov.my/
  2. Pada paparan menu utama, klik pada Pendaftaran Baru
  3. Lengkapkan semua maklumat padaborang permohonan yang tertera yang merangkumi 7 bahagian iaitu:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Tanggunggan
    • Maklumat Tempat Tinggal Sekarang
    • Maklumat Pendapatan
    • Maklumat Kawasan Projek Yang Dipohon
    • Katagori Rumah Dipohon
    • Perakuan Pemohon
  4. Pastikan semua maklumat lengkap diisi, kemudiananda dikehendaki untuk mengisi maklumat daftar masuk(Login):
    • Masukkan Email dan pengesahan email
    • Masukkan Kata Laluan dan pengesahan kata laluan
  5. Setelah lengkap semua, Tick pada Perakuan Pemohon dan klik Hantar

Nota: Projek perumahan yang dibangun dan dikawal selia oleh LPHP untuk rakyat negeri Perak Darul Ridzuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim program bantuan rumah mampu milik Negeri Perak, anda boleh layari portal Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di pautan http://lphp.perak.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI

PPAM:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *