RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK LOKASI PROJEK(PERMOHONAN PPR PPRP RSP SRI PERTIWI)

Utama / RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK / RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK LOKASI PROJEK(PERMOHONAN PPR PPRP RSP SRI PERTIWI)

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK LOKASI PROJEK(PERMOHONAN PPR PPRP RSP SRI PERTIWI)

Kepada penduduk Sarawak yang ingin memilik rumah sendiri, terdapat  beberapa skim program bantuan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Sarawak antaranya PPR, PPRP – Program Pinjaman Rumah Panjang , Spektra Permata (RSP), dan Sri Pertiwi. Bagaimana cara memohon? Disini kami kongsikan caranya melalui HDC, semoga membantu

 

APA ITU HDC

Dahulu ia dikenali dengan Suruhanjaya Perumahan dan Pembangunan Sarawak SPPS, sebelum ia dijenamaakan semulaa sebagai Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC). Dengan harapan menyediakan seberapa banyak projek dan skim rumah mampu milik serta bantuan yaang memudahkan anda mendapatkan pinjaman perumahan di negeri Sarawak.

PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK SARAWAH HDC

Ada beberapa skim program bantuan rumah mampu milik yang sedang rancak ditawarkan oleh kerajaan negeri Sarawak antaranya:

  • Program Perumahan Rakyat (PPR)
  • Program Pinjaman Rumah Panjang (PPRP)
  • Spektra Permata
  • Sri Pertiwi
  • Bantuan sewa

 

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK

Berikut adalah syarat kelayakan sekiranya anda ingin memohon:

  1. Program Perumahan Rakyat (PPR):
    • Anda mestilah terdiri dari kalangan rakyat Malaysia yang sah
    • Warganegara Malaysian yang bermastautin di Sarawak
    • Umur 18 tahun hingga 65 tahun
    • Berkahwin
    • Tidak memiliki rumah/tanah
    • Pendapatan isi rumah RM3 000 ke bawah
    • Keutamaan bagi penghuni kawasan setinggan (untuk PPR disewa)
  2. Program Pinjaman Rumah Panjang (PPRP)
    • Rumah panjang tidak kurang daripada 10 pintu
    • Status tanah tidak dibina di tanah milik Kerajaan. Hendaklah di atas sebuah tapak tanah yang sah dan
      selamat.
    • Permohonan dari orang perseorangan adalah tidak dibenarkan.
    • Permohonan dari Ketua Kpg /Tuai Rumah yang belum berjaya dan telah mencapai lima tahun atau lebih hendaklah mengisi semula Borang Permohonan baru.
    • Digalakkan menggunakan rekabentuk standart HDC
  3. Spektra Permata
    • Pemegang lot (allottee) yang diperuntukan Jabatan Tanah & Survei
    • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun (pinjaman bersama untuk pemohon 50 tahun ke atas)
    • Tidak memiliki rumah/tanah
    • Berkahwin/Ibubapa tunggal
    • Pendapatan isi rumah diantara RM1500 hinggan RM6000
  4. SRI Pertiwi – akan dikemaskini

 

LOKASI & PROJEK RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK TERKINI

Berikut adalah merupakan antara lokasi & Projek terkini iaitu:

DAERAHLOKASI
Samarahan
  • Samarindah 8A (Spektra Lite – RM100K-120K) & (Spektra Medium – RM135K-RM168K)
  • Taman Berlian Stabil, Phase 6 (SST Putera- RM150K-RM198K)
  • Taman Berlian Stabil, Phase 8 (Spektra Lite- RM100K-RM120K) & (Spektra Medium – RM135K-RM168K)
  • Taman Sri Tuang – RM293K-RM299K
  • Taman Meranti Baru (Spektra Lite- RM100K-RM120K) & (Putera- RM150K-RM198K)
  • Ike Village (PH 2) (7 Storey Apartment Putera- RM198K)
Kuching
  • M10 Residency, Landeh (Townhouse Sri Pertiwi- RM295K)
  • Aurora Square, Jalan Batu Kawa-Tondong (9 Storey Apartment Sri Pertiwi- RM295K) & (Apartment- Spektra Medium- RM168K)
  • Jalan Semariang, Petrajaya (Sri Pertiwi- RM270K-RM295K)
  • Vision Heights PH 3, Jalan Tondong- Batu Kawa (Spektra Lite- RM100K-RM120K)
  • Landeh Heights Phase 2 (Spektra Lite- RM100K-RM120K)
  • SP Lodge (9 Storey Apartment Sri Pertiwi- RM295K)
  • Vision Hill Phase 1, Matang (Sri Pertiwi- RM270K-RM295K) & (Spektra Medium- RM135K-RM168K)
  • PPR Petra Jaya 1 (Low Cost SST- RM50.4K-RM59.2K)
Bintulu/ Miri
  • Taman Sri Indah PH 1, TG Kidurong Bintulu (Sri Pertiwi- RM270K-RM295K)
  • Taman Sri Indah PH 2, TG Kidurong Bintulu (Sri Pertiwi- RM270K-RM295K)
  • Taman Kidurong Sentral Bintulu (Sri Pertiwi- RM270K-RM295K)
  • Ara Mutiara, Off Jalan Tar Miri (Sri Pertiwi- RM270K-RM295K)
  • North City 18, Miri (Spektra Lite- RMRM100K-RM120K) & (Spektra Medium- RM135K-RM168K)
  • Taman Harmoni, Kuala Baram Miri (Sri Pertiwi- RM270K-RM295K)
Sibu
  • Golden Heights, Sibu (Apartment Sri Pertiwi- RM295K) & (Apartment Spektra Medium- RM168K)
  • RSP Kemuyang (Type A), Detached- Rumah Spektra Permata- RM140K
  • RSP Kemuyang (Type B), Detached- Rumah Spektra Permata- RM140K
  • RSP Kemuyang (Type C), Detached- Rumah Spektra Permata- RM120K
  • RSP Kemuyang (Type D), Detached- Rumah Spektra Permata- RM90K
  • RSP Kemuyang, Detached- Rumah Spektra Permata- RM99.5K-RM120.K

 

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokomen sokongan yang diperlukan (bergantung pada skimrumah mampu milik) antaranya:

  1. Dokumen sokongan yang membuktikan anda adalah penerima ekasih
  2. Salinan sijil kahwin / sijil cerai
  3. Salinan kad pengenalan (pemohon & pasangan)
  4. Salinan sijil lahir / mukid / mykad anak yang berada di bawah tanggungan dan tinggal bersama pemohon
  5. Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah / pasangan
  6. Salinan kad oku bagi pemohon oku
  7. Perjanjian sewa yaang ditandatangani dan dimatikan setem hasil

 

CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK

Berikut adalah merupakan cara permohonan skim program bantuan rumah mampu milik:

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM SEWA RUMAH PANGSA PPR

Kerajaan Sarawak melalui HDC telah melancarkan program sewa rumah pangsa PPR LANDEH HDC di Padawan yang terdiri daripada 446 unit:

  • Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang tamu dengan keluasan kira-kira 700 kaki persegi.
  • Sewa bulanan adalah RM250 untuk tempoh kontrak 6 tahun.
  • Bagi penerima bantuan Skim Bantuan Sewa Rumah Sarawak (SRSS) yang berjaya memohon, mereka akan menerima subsidi sewa bulanan sebanyak RM200 selama 3 tahun, menjadikan sewa bulanan hanya RM50 untuk 3 tahun pertama.
  • Syarat permohonan adalah sebagai berikut:
    • warganegara Sarawak
    • berkahwin atau ibu tunggal dengan anak
    • pendapatan bulanan keluarga RM3000 ke bawah dan tidak mempunyai hartanah.
  • Berminat boleh menghubungi Agensi Pembangunan Perumahan Sarawak di talian 082444381

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM RUMAH SPEKTRA MUTIARA (RSM)

Program Rumah Spektra Mutiara (RSM) merupakan program perumahan mampu milik buat rakyat Sarawak golongan B40 dan M40 yang berhasrat untuk membina rumah kediaman yang selesa dan berkualiti di atas tanah milikan sendiri. Program ini mengutamakan pemilik tanah yang diperuntukan oleh Jabatan Tanah & Survei Sarawak (lebih dikenali sebagai Tanah TOL) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) di seluruh negeri Sarawak.

Melalui program ini, pemilik tanah akan memohon Pembiayaan Perumahan dengan Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd (Mutiara) yang akan membiayai kos pembinaan rumah oleh kontraktor pelanggan yang dilantik. Kontraktor yang dilantik hendaklah berada dalam senarai kontraktor yang diluluskan oleh Mutiara. Pembiayaan Mutiara adalah berdasarkan nilai kos pembinaan yang dinyatakan dalam Perjanjian Pembinaan yang dimeterai oleh Pelanggan dan Kontraktor melalui produk Mutiara Dream Home Financing Scheme (MDHFS).

Terdapat dua pilihan rekabentuk rumah Program Rumah Spektra Mutiara yang telah ditetapkan oleh Mutiara. Anda boleh merujuk pada pautan Rumah Spektra Permata (RSP)

CARA ADUAN KEROSAKAN RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menasihati orang ramai supaya menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan ketidakpuasan hati atau berkongsi maklumat berhubung kerosakan rumah.

Bagi penduduk di Projek Pembangunan Darul Hana, Kuching yang ingin membuat aduan kerosakan, boleh menghubungi kami ditalian 082-445-521.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK

Adakah saya perlu membayar untuk borang permohonan?

  • Ya, borang permohonan tersebut berharga RM1.00.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan?

  • Anda boleh mendapatkan borang permohonan di Kaunter Khidmat Pelanggan kami di Wisma Sultan Tengah (Kuching), Pejabat Wilayah Kawasan Tengah (Sibu) dan Pejabat Wilayah Kawasan Utara (Miri).

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan skim program bantuan rumah mampu milik Negeri Sarawak, anda boleh layari Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perumahan di pautan hdc.sarawak.gov.my

ARTIKEL LAIN

20 Comments

  1. Saya seorang pendaftar ekasih. Tapi sudah 10 tahun mengisi borang untuk rumah pprt. Anak sudah 4 orang. Xda pihak yang ingin membantu. Sekarang kami menyewa. Saya rasa amat tertekan sekali dengan keadaan sekarang. Semenjak covid, saya bekerja 24/7 untuk membayar sewa Dan kelangsungan hidup kami sekeluarga

    • Mohamad AzRi Bin Sapiee(790829-13-5353)(0105605675)mohamadAzRiBINSapiee.portulRasmiOneoffbantuankerajaab malaysiaB40((AlamatRumah;No336.KPG BINTAWA ULU.pERTA JAYA KUCHING.PoSKOD.93050.SARAWAK.BKP./Qkp Kwsp.icitra.(mohon RumahSendiri(Rasmi portul bantuanB40Kerajaan malaysia.(ada tanggung.anak.1cucu1orang.(

  2. Saya pernah memohon suatu masa dahulu.. sehingga kini masih tiada penjelasan dan jawapan samada berjaya atau tidak.

  3. Saya seorang ibu tunggal 4 org ank.sejak bercerai saya hanya mampu menyewa.saya juga seorang pendaftar e-kasih.tapi tiada bantuan apa2
    Saya tidak bekerja tetap hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan sejak covid semakin sukar untuk mencari pekerjaan kerana banyak perniagaan terpaksa tutup operasi.saya ingin memiliki rumah sendiri

  4. Saya menunmpang tanah org .. sekarang org punya tanah nk balik tanah .. dlm Masa setahun…. Saya ada ank 3…. Saya Tak bekerja.. suami bekerja…. Gaji sucurity Tak cukup utk biayai keluarga .. sekarang bantuan kerajaan pun harap kan bantaun BKM… Tp tggu Masa jer BKM…. sekarang Tak ada tanah.. dn rumah sekarang pun Tak berapa baik keadaan…Saya ingin nk mempuanyai rumah Dan tapak perumahn sendiri. Harap2 kerajaan dpt membantu keluarga saya

  5. Saya betul2 nk sangat mengahrapkan rumah ni dpt utk keluarga saya… Dlm Masa terdekat… Harap2 kerajaan dpt membantu keluarga saya …

  6. ASSALAMUALAIKUM KMK FAZIANA BINTI DAUD KMK NAK TANYAK MACAM KMK PERNAH MEMOHON RUMAH FLAT TAMAN SERI WANGI..SBB KMK MAUK SANGAT RUMAH FLAT YA SBB KMK MASA SEKARANG MENUMPANG RUMAH IBU BAPA KMK TAMBAH LAGI ORG DLM RUMAH YA BANYAK…HARAPAN KMK MINTAK TLG DGN PIHAK KTK ORG TUAN..TERIMA KASIH

  7. Saya Mahatdar bekerja hanya sebagai pengawal keselamatan juga berharap sangat agar pihak kerajaan dapat membantu rmh untuk saya.saya tinggal di kampung saya sendiri tapi masih menyewa tamah org kampung jugak kerana tiada rumah..saya beranak 2 dan sudah agak lama juga saya menyewa di kampung sendiri…

  8. Harap pihak berwajib memandang serius dpt membantu kami semua..hanya tuhan dpt membalas jasa tuan/puan

  9. Dah mohon pada tahun 2018, kena kemas kini bila dah masuk 5 tahun, pergi pejabat HDC miri nak kemas kini tapi cakap tak perlu dikemaskini, sebab masih dalam rekod. Sampai sekarang tiada jawapan.

  10. Saya meyawa sudah 6taun di satu tempat yang sama ,saya sewa di Sibu anak 2 orang termasuk isteri dan saya dua orang jd 4org Blum ada rmh sendiri.tak ada cara nak bli rmh gaji pun cukup2 makan..

  11. Saya tinggal dgn
    Org Tuo saya…dan adik
    Lelaki saya…
    Saya berharap sangat dapat rumah
    Ini…harap pihak tuan dapat membantu orang-orang macam saya yang memerlukan sangat rumah ini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *