RUMAH SEWA PPR RM120 (Permohonan Program Perumahan Rakyat B40)

Utama / RUMAH SEWA PPR / RUMAH SEWA PPR RM120 (Permohonan Program Perumahan Rakyat B40)

RUMAH SEWA PPR RM120 (Permohonan Program Perumahan Rakyat B40)

Kepada golongan B40 yang ingin mendiami rumah yang selesa dengan kadar sewa RM120, boleh membuat permohonan Rumah Sewa PPR. Rumah sewa Program Perumahan Rakyat adalah untuk keperluan tempat tinggal kepada golongan B40. Permohonan masih lagi dibuka untuk bagi setiap negeri. Bagaimana cara permohonan rumah sewa Program Perumahan Rakyat? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PPR

Penubuhan Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan penempatan bagi mereka yang mempunyai berpendapatan rendah (B40).

 

KATEGORI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Tyerdapat 2 katagori PPR iaitu:

  1. PPR Disewa
    • Progran Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan sewa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan kadar sebanyak Rm120 sebulan.
  2. PPR Dimiliki
    • Kerajaan menubuhkan program PPR dimiliki ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada golongan yang mempunyai berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
    • Harga adalah RM35,000 seunit di semenanjung Malaysia. Untuk Sabah pula RM42,000 seunit.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM RUMAH SEWA PPR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan rumah sewa Program Perumahan Rakyat:

  1. Warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Terdiri dari golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM3000 dan ke bawah
  3. Tidak ada rumah sendiri atau belum memiliki rumah sendiri semasa permohonan dibuati
  4. Syarat yang lain-lain yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

 

CIRI-CIRI RUMAH SEWA PPR

Berikut adalah merupakan ciri-ciri rumah  sewa Program Perumahan Rakyat yang mempunyai reka bentuk yang sama dimana kriteria ini telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan .

  1. Jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat untuk kawasan bandar.
  2. Jenis yang rumah teres untuk kawasan pinggir bandar.
  3. Keluasan rumah tidak melebihi 700 kaki persegi.
  4. Binaan rumah
    • 3 bilik tidur
    • 2 bilik air
    • 1 ruang tamu
    • 1 ruang dapur.

 

KEMUDAHAN ASAS RUMAH SEWA PPR

Kemudahan asas yang tersedia bagi rumah sewa Program Perumahan Rakyat:

  • Dewan Komuniti
  • Taman Permainan
  • Kemudahan OKU
  • Tadika
  • Surau
  • Rumah Sampah

 

SEMAKAN RUMAH SEWA RM120 PPR

Untuk menyemak kawasan rumah sewa Program Perumahan Rakyat yang telah dijalankan di setiap negeri boleh dirujuk dilaman rasmi program ini di pautan https://teduh.kpkt.gov.my/project

 

CARA PERMOHONAN RUMAH SEWA RM120 PPR

Berikut adalah merupakan cara permohonan rumah sewa Program Perumahan Rakyat:

  1. Permohonan Secara Manual
  2. Permohonan Secara Online
    • Sila layari laman web rasmi TEDUH: https://teduh.kpkt.gov.my/
    • Sekiranya anda belum mempunyai akaun SPRN, anda seharusnya daftar terlebih dahulu
    • Setelah daftar, klik pada Log masuk untuk meneruskan permohonan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai rumah sewa RM120, anda boleh layari website rasmi Jabatan Perumahan Negara di pautan https://ehome.kpkt.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI

PPAM:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

 

14 Comments

  1. Assalammualaikum..sy sudah berkali kali mohon rumah dari tahun 2005 sehingga berkali kalo juga tukar parti di tempat sy@terengganu tapi sehingga skrg 2022 masih belum juga sy mendapatkam rumah umpama menumpang di tanah kelahiran sendiri.mohom jasa baik dari pihak tuan utk bantu sy dan keluarga agar dpt rumah

  2. Saya fazli dari pahang…saya mahu minta rumah bantuan ppr..harap pihak taun dapat pertimbangkn

  3. Slam…SY Nurul dari Pontian Johor..Sy telah mndaftar nama sy di pprt tapi smpi skarag masih blm ada jawapan…nma sy sdah di daftar sbagai pmohon tapi blom ada jawapan…sy harap phak tuan dpat memberi jawapan kepada Sy…trima ksih…

  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pegawai yg bertugas.Saya adalah OKU dan ada seorang tanggungan iaitu ibu saya.Saya perlukan rumah PPR di kuala lumpur atau di selangor.saya sudah memohon dan segala dokumen lengkap sudah dihantar.setip kali saya buat semakan jawapan adalah sedang process .Saya adalah seorang golongan B40 .Saya amat berbesar hati supaya pegawai tolong berikan saya peluang untuk rumah PPR dan setakat RM 120 takder masalah.Saya berharap permohonan saya dipertimangkan.Terima kasih Selamat Berpuasa.

  5. Assalamualaikum saya nk mohon rumah bantuan PPRT ..saya asal Machang Kelantan.,..saya ibu tunggal ank 6 orang yg bongsu kembar…minta jasa baik tuan nk mohon bantuan rumah PPRT sbb saya takde tempat nk tinggal

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *