PERMOHONAN RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR RTBJ(Daftar pkpj.johor.gov.my)

Utama / RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR / PERMOHONAN RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR RTBJ(Daftar pkpj.johor.gov.my)

PERMOHONAN RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR RTBJ(Daftar pkpj.johor.gov.my)

Kepada penduduk di Negeri Johor, Kini Kerajaan Negeri Johor telah memperkenalkan satu program dikenali sebagai Rumah Transit Bangsa Johor. Kepada anda yang berkelayakan boleh membuat permohonon. Diisni kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR

Program Rumah Trensit Bangsa Johor (RTBJ) bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan

Program ini adalah merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri. Secara keseluruhannya, terdapat 92 unit RTBJ dan 500 unit akan dibina dalam masa lima tahun akan datang.

 

KADAR & TEMPOH SEWAAN RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR 

Berikut adalah merupakan kadar dan tempoh sewaan RTBJ iaitu:

  • Kadar sebanyak RM650.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama lima (5) tahun.
  • Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Nota: Bayaran sewa RM650 sebulan merupakan pecahan daripada RM455 digunakan untuk bayaran sewa, manakala RM195 lagi adalah tabungan mereka. Ini bermaksud dalam tempoh 5 tahun kemudian nilai tabungan adalah berjumlah RM11,700.

 

CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR 

Berikut adalah merupakan ciri-ciri bagi RTBJ iaitu:

  • Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi;
  • 2 atau 3 bilik tidur;
  • 2 bilik air;
  • Ruang tamu; dan;
  • Ruang dapur.
  • Dilengkapi dengan kipas dan lampu

 

KEMUDAHAN TERSEDIA RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR 

Berikut adalah merupakan kemudahan yang tersedia bagi RTBJ iaitu:

  • Dewan serbaguna
  • Ruang taska
  • Kedai / gerai
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kereta
  • Tempat letak motosikal
  • Pagar kawasan
  • Kawalan keselamatan
  • Surau
  • Lif
  • Landskap

 

LOKASI RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR 

Berikut adalah merupakan lokasi RTBJ yang tersedia pada masa kini iaitu:

DAERAHLOKAI RTBJ
Johor Bharu
  • PPR Tebrau
  • PPR Sri Stulang
  • PPR Pasir Pelangi
  • PPR Tampoi
  • PPR Plentong
  • PPR Sungai Melana
Batu PahatPPR Yong Peng
SegamatPPR Batu Anam

NOTA: Lokasi RTBJ akan dikemaskini dari masa ke semasa.

 

SYARAT KELAYAKAN RUMAH TRANSIT BANGSA JOHOR 

Kepada anda yang ingin memohon, hendaklah menepati syrat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon dan emnetap melebihi 10 tahun di Negeri Johor
  • Berusia 18 hingga 45 tahun dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan seisi keluarga dalam lingkungan antara RM3,000 hinggan RM6,000 sebulan
  • Pemohon atau suami/isteri tinggal atau bekerja di Johor
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Johor
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Johor

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan anda untuk membuat permohonan iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya bagi pemohon OKU (jika berkaitan)
  • Salinan sijil kelahiran pemohon dan pasangan
  • Salinan sijil nikah / pendaftaran perkahwinan / perceraian / kematian
  • Pengesahan pendapatan:
    • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (pemohon dan pasangan)
    • Surat pengesahan majikan dan penyatan KWSP (pemohon dan pasangan)
    • Akaun sumoah pendapatan terkini dengan perakuan daripada Pesuruhjaya Sumpah (pemohon dan pasangan yang bekerja sendiri)
  • Bukti tempoh menetap melebihi 10 tahun di negeri Johor bagi pemohon bukan kelahiran Negeri Johor (Sijil kelahiran anak/surat pengesahan sekolah anak/passport)

 

CARA PERMOHONAN RUMAH TRANSIT BANGSAJOHOR

Kepada pemohon yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan RTBJ, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)
  2. Sebagai pengguna kali pertama klik pada Daftar akaun sekarang.
  3. Klik pada Individu dan lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan klik Daftar
  4. Seterusnya log masuk kembali dengan masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda dan klik log masuk.
  5. Pada menu utama klik pada Rumah Trensit Bangsa Johor
  6. Kemdian Klik Permohonan Baru
  7. Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap.
  8. Pastikan anda pilih nama projek yang hendak di pohon pada bahagian projek
  9. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  10. Setelah lengkap klik pada Hantar.
  11. Tick pada kotak persetujuan terma & syarat dan klik Ya
  12. Permohonan anda berjaya dihantar.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Trensit Bangsa Johor, anda boleh melayari portal rasmi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *