CARA BUAT SEMAKAN SARINGAN KESIHATAN (HSP) PERKESO GUNA APLIKASI SEHATI

CARA BUAT SEMAKAN SARINGAN KESIHATAN (HSP) PERKESO GUNA APLIKASI SEHATI

SARINGAN KESIHATAN PERKESO

Kepada pekerja yang dibawah insurans PERKESO, anda kini boleh membuat semakan saringan kesihatan PERKESO. Disini kami kongsikan cara membuat semakan dan maklumat mengenai program ini, semoga membantu.

 

APAKAH ITU PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO

Program saringan kesihatan PERKESO adalah pemeriksaan kesihatan percuma diberi kepada orang berinsurans PERKESO bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD).

Faktor utama program ini diperkenalkan adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja yang disahkan mengidap keilatan akibat penyakit tidak. Dengan menjalani pemeriksaan ini, pekerja akan dapat mengesan awal penyakit tersebut seterusnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Intervensi awal ini akan memberi kesan yang positif terhadap sumber modal insan yang berpengalaman dan peningkatan produktiviti sesebuah majikan. Ini secara langsung akan menjamin keselamatan sosial pekerja khasnya pekerja di sektor swasta yang menjadi teras kepada kesinambungan pembangunan modal insan negara.

 

SYARAT KELAYAKAN 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Aktif mencarum di bawah Skim Keilatan PERKESO
  3. Pekerja yang berumur 40 tahun dan ke atas ATAU pekerja yang berumur antara 30 hingga 39 tahun yang mempunyai risiko kesihatan penyakit tidak berjangkit (NCD).

 

OBJEKTIF PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO

  • Memupuk kesedaran kesihatan terhadap penyakit tidak berjangkit dan menggalakkan budaya hidup sihat.
  • Mengesan awal penyakit tidak berjangkit;
  • Mencegah hilang upaya dan kematian awal disebabkan penyakit tidak berjangkit;
  • Mencegah pengurangan atau kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit;
  • Meningkatkan sumber modal insan dan produktiviti negara melalui persekitaran populasi pekerja yang sihat di sektor awam.

 

JENIS PENYAKIT YANG DISARING 

  1. Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
  2. Bagi wanita saringan tambahan disediakan bagi mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim.

 

PEMERIKSAAN KESIHATAN & UJIAN PEMERIKSAAN 

Pemeriksaan kesihatan meliputi:

  • Pemeriksaan fizikal
  • Konsultasi
  • Pemeriksaan darah
  • Analisa laporan
  • Khidmat nasihat yang berkaitan

Ujian pemeriksaan meliputu:

  • Full blood count
  • Fasting glucose
  • Fasting lipid profile
  • Urine feme / Microalbuminuria
  • Pap Smear (wanita)
  • Mamogram (wanita)

 

CARA SEMAKAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO

  1. Muat turun aplikasi SEHATi di Google Playstore atau Apple Appstore.
  2. Daftar sebagai pengguna pada aplikasi SEHATi untuk menyemak kelayakan.
  3. Atur janji temu bersama panel klinik PERKESO didalam aplikasi.
  4. Bawa kad pengenalan ke klinik yang telah ditempah untuk janji temu.
  5. Tiada caj bagi pendaftaran dan ujian saringan kesihatan.
  6. Berpuasa 12 jam sebelum menjalani ujian saringan kesihatan.

Untuk panduan pendaftaran yang lengkap boleh rujuk muat turun Panduan Manual Pengguna 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Saringan Kesihatan Perkeso, sila layari website rasmi Sehati Perkeso di pautan https://sehati.perkeso.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)

 

3 thoughts on “CARA BUAT SEMAKAN SARINGAN KESIHATAN (HSP) PERKESO GUNA APLIKASI SEHATI”

Leave a Comment