SAVE 3.0 (Cara Tebus Claim Baucar Online Shopee, Lazada, Pg Mall & Pembelian Manual)

Utama / SAVE 3.0 / SAVE 3.0 (Cara Tebus Claim Baucar Online Shopee, Lazada, Pg Mall & Pembelian Manual)

SAVE 3.0 (Cara Tebus Claim Baucar Online Shopee, Lazada, Pg Mall & Pembelian Manual)

Program SAVE 3.0 ialah program pemberian rebat sebanyak RM400 kepada isi rumah berhajat untuk memiliki penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Pembelian boleh dibuat melalui laman web dan applikasi Shopee dan Lazada.

Bagaimana cara untuk membuat penebusan baucer rebat Shopree RM400? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU PROGRAM SAVE3.0?

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE)3.0  adalah program pemberian e-rebat maksimum RM400 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

KELEBIHAN DAFTAR PROGRAM SAVE 3.0

Dengan mendaftar untuk program ini di Shopee, anda boleh tuntut baucar RM400.00 untuk digunakan untuk membeli peralatan elektrik yang cekap tenaga.

 

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM SAVE 3.0

Penebusan ini selama satu (1) tahun bermula dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022.

 

KATEGORI e-REBAT PROGRAM SAVE 3.0

Program ini memberikan sehingga RM400 e-Rebat mengikut katagori:

  • Katagori 1 – RM200
    • Peti Sejuk atau Penghawa Dingin
  • Katagori 2 – RM50/RM100/RM200
    • Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

 

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SAVE 3.0

Berikut adalah kelayakan untuk membuat penebusan rebat:

  1. Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada‘first come first serve basis’.
  2. Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  3. Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  4. Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

Rujuk syarat kelayakan seperti dalam jadual di bawah:

PENGGUNA AKAUN ELEKTRIK DOMESTIK BERDAFTARSAVE 2.0
(2021)
SAVE 3.0
KATEGORI 1
SAVE 3.0
KATEGORI 2
Peralatan ElektrikPeti Sejuk atau Penghawa Dingin;Peti Sejuk atau Penghawa Dingin;Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.
PENGGUNA ATelah menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
x/
PENGGUNA BTidak menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
//
PENGGUNA CTidak menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
Telah menebus
SAVE 3.0 e-Rebate pada
early 2022
/
(Masih boleh menebus Kategori 2 pada bila-bila masa dalam tahun 2022)
PENGGUNA DTidak menebus
SAVE 2.0 e-Rebate pada 2021
/
(Masih boleh menebus SAVE 3.0 Kategori 1 apada bila-bila masa dalam tahun 2022)
Telah menebus
SAVE3.0 e-Rebate pada awal 2022

 

CARA PENEBUSAN VAUCHER RM400 SHOPEE  (Program SAVE3.0)

  1. Layari Rebat RM4oo Shopee
  2. Isikan maklumat pengguna, akaun pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, SEB
  3. Tick butang pengesahan / persetujuan
  4. Baucar akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet bagi permohonan yang diluluskan.
  5. Boleh baca dan fahamkan, lepas tu klik DAFTAR SEKARANG.

Nota: Electricity bill no tu merujuk kepada nombor akaun TNB kita, boleh refer dekat bil elektrik masing-masing.

 

CARA PENEBUSAN VAUCHER RM400 LAZADA (Program SAVE 3.0)

Untuk penebusan e-dagang Lazada, anda boleh merujuk pautan berikut:

 

CARA PENEBUSAN VAUCHER RM400 PG MALL (Program SAVE3.0)

Untuk penebusan e-dagang PG Mall, anda boleh merujuk pautan berikut:

 

CARA PENEBUSAN VAUCHER RM400 DI KEDAI ELEKTRIK (Program SAVE3.0)

Untuk penebusan di kedai barangan elektirk, anda boleh merujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut:

  • saveenergy.gov.my
  • Pastikan anda bawa MyKad dan bil elektrik untuk menebus baucar ini di kedai tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai program Save3.0 ini, anda boleh berhubung:

  • Special Team for the SAVE 2.0 Program, Technical Development and Facilities Division, SEDA Malaysia
  • Hubungi: 03-8870 5800
  • Email: [email protected]
  • Pautan rasmi Save Energy

 

ARTIKEL LAIN

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *