SELANGKAH BIZ : CARA MUAT TURUN DAN PILIHAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI

Utama / INFO / SELANGKAH BIZ : CARA MUAT TURUN DAN PILIHAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI

SELANGKAH BIZ : CARA MUAT TURUN DAN PILIHAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI

Mulai zaman sekarang, peniaga haruslah selangkah lagi ke hadapan dalam mendepani dunia pendigitalan. Hal ini amat penting bagi meningkatkan jumlah jualan dan memudahkan urusan jual beli antara pemjual dan peniaga. Oleh itu, pernahkan anda mendengar tentang selangkah biz???

Dengan Kerjasama antara selangkah dan Kiple ,mereka telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih iaitu Selangkah Biz bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia memasuki gerbang dunia perniagaan tanpa tunai.

Antara kelebihan selangkah biz ini, semua e-wallet boleh diterima dalam aplikasi ini, berbanding sebelum ini setiap peniaga perlu menggunakan satu aplikasi khusus untuk sesebuah e-wallet bagi menerima pembayaran. Bukankah ini amat memudahkan kepada peniaga?

baca juga APLIKASI TRUECALLER : CARA MUAT TURUN

 

CARA MUAT TURUN

Untuk memulakan penggunaan aplikasi selangkah biz, para peniaga boleh mengikuti cara memuat turun seperti perkongsian di bawah:

  1. Pengguna haruslah muat turun aplikasi Selangkah Biz di Google Play Store dan akan dating di Apple App Store
  2. Anda haruslah daftar dengan memasukan maklumat dan butiran yang dipinta untuk menjadi peniaga Selangkah Biz
  3. Selepas memuat turun dan mendaftar, anda akan akan diberikan akses kepada platform pembayaran bersepadu itu.
  4. Anda selepas itu sudah sedia untuk menerima bayaran tanpa tunai melalui pelbagai jenis e-dompet.

Untuk pengetahuan anda juga, inisiatif ini juga amat membantu PKS menjimatkan kos kerana tidak mereka perlu memasang atau menyewa perkakasan tertentu bagi menggunakan aplikasi ini.

anda juga boleh mencuba untuk KUTU MAYBANK

 

PILIHAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI

Untuk perkongsian dan maklumat kepada para pengguna, berikut merupakan antara pilihan pembayaran tanpa tunai yang telah tersedia dan amat memudahkan kepada pengguna.

  • Boost
  • Touch n Go e-Wallet
  • RazerPay
  • AliPay
  • Grab Pay
  • Kiple
  • Wechat Pay (China)

Kemudahan pilihan pembayaran yang akan datang:

  • Maybank QRPay
  • Kad kredit/debit
  • ShopeePay,

 

CAJ TRANSAKSI

Bagi setiap transaksi yang dilakukan, sudah pasti akan ada sedikit caj dikenakan kepada pengguna.

  • Cas Serendah 0.80%akan dikenakan kepada pengguna transaksi kad debit
  • Caj tertinggi adalah 1.30% akan dikenakan kepada pengguna dengan transaksi kad credit.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi ini, anda boleh

layari laman sesawang rasmi Selangkah : CLIK DI SINI

atau

emel : CLIK DI SINI

 

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *