CARA SEMAK ARAH KIBLAT SENDIRI GUNA (Hp & Kedudukan Matahari)

Utama / SEMAK ARAH KIBLAT / CARA SEMAK ARAH KIBLAT SENDIRI GUNA (Hp & Kedudukan Matahari)

CARA SEMAK ARAH KIBLAT SENDIRI GUNA (Hp & Kedudukan Matahari)

Kepada umat islam di Malaysia yang ingin menyemak arah kiblat yang tepat, semestisnya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan cara menyemak menggunakan kedudukan matahari dan juga di telefon, semoga membantu.


APAKAH KIBLAT

Kiblat ialah arah yang ditetapkan menghadap Kaabah di Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi. Arah ini ialah arah yang semua umat Islam perlu hadap apabila menunaikan solat, di mana-mana sahaja mereka berada di dunia.

 

KEDUDUKAN MATAHARI TEPAT DI ATAS KAABAH

Arah kiblat yang tepat boleh diperolehi apabila berlaku fenomena istiwa a’dzam atau istiwa matahari tepat di atas Kabaah. Fenomena ini akan berlaku 2 kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Ketika fenomena ini, semua bayarang yang terhasil daripada satu objek tegak, menghala ke arah matahari adalah bersamaan dengan arah kiblat.


CARA SEMAK ARAH KIBLAT GUNA KEDUDUKAN MATAHARI

Untuk semakan yang tepat seharusnya semasa berlakunya Istiwa’ A’dzam (kedudukan matahari tepat di atas Kaabah). Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pastikan Waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia
  2. Gunakan objek yang tegak dan lurus
  3. Pegang objek tersebut dan halakan objek ke arah cahaya Matahari. Anda juga boleh pacakkan objek tersebut di atas tanah
  4. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat
  5. Tandakan garis bayang yang terhasil
  6. Garisan daripada bayang matahari tersebut akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan ianya merupakan arah kiblat yang tepat.

Nota: Cara ini bersesuaian diguna pakai untuk mana-mana kawasan dunia yang kebetulan berada dalam bahagian waktu siang antaranya Malaysia.

 

CARA SEMAK ARAH KIBLAT GUNA HANDPHONE

Terdapat pelbagai aplikasi untuk menyemak arah kiblat yang tersedia, tetapi di sini kami sarankan anda menggunakan aplikasi Qibla Finder:

  1. Layari pautan https://qiblafinder.withgoogle.com/intl/ms/desktop atau buka aplikasi Qibla Finder ( Android / IOS )
  2. Buka tetapi lokasi anda supaya dapat mengetahui kedudukan/lokasi sebenar anda
  3. Kemudian tujukan kamera anda ke arah kedudukan kaabah (Lat 21.4224779 Long 39.8251832) yang telah ditetapkan oleh aplikasi tersebut
  4. Apabila kamera anda telah berada pada kedudukan sebenar kaabah, di situlah merupakan arah kiblat bagi kawasan anda.

Nota: Penggunaan melalui handphone mungkin ada juga sedikit khilaf akibat kesan pengaruh paksi magnet bumi. Kedudukan arah kiblat mungkin akan tersasar sedikit.

 

ARTIKEL LAIN

HARGA UPAH HAJI UMRAH ( Semak Pakej Badal Haji Berdaftar )

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *