SEMAK TARIKH LUPUT PERMOHONAN SPA9 (Cara Renew Semula)

SEMAK TARIKH LUPUT PERMOHONAN SPA9 (Cara Renew Semula)

Kepada anda yang telah membuat permohonan kerja kerajaan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pastikan anda harus mengetahui tentang tarikh luput pada setiap permohonan anda tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semak mengenai tarikh luput permohonan SPA9 dan cara pembaharui permohan tersebut, semoga membantu.

 

APA ITU SPA9

Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) merupakan penambah baikan daripada sistem sedia ada iaitu SPA8i. SPA9 merupakan borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang digunakan oleh pemohon bagi memohon pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan

 

KENAPA PERLU MENYEMAK TARIKH LUPUT

Semestinya anda perlu menbil tahu menegnai tarikh luput ini kerana kebanyakkan punca ramai calon tidak berjaya mendapat panggilan ujian SPA adalah kerana tidak sedar permohonan jawatan sudah tamat tempoh. Permohonan yang telah tamat tempoh tidak akan dilayan.

 

TEMPOH TAMAT PERMOHONAN SPA9

Tempoh sah laku pendaftaran adalah selama satu (1) tahun dari tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon.

 

CARA SEMAK TARIKH LUPUT PERMOHONAN SPA9

Sekiranya anda ingin membuat semakan bagi tarikh luput permohonan anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari website rasmi SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata laluan anda
  3. Pada paparan utama klik pada Semakan Permohonan > Status Permohonan
  4. Paparan akan menunjukkan:
    • Jawatan yang dipohon
    • Tarikh daftar
    • Tarikh luput
  5. Sekiranya anda permohonan jawatan anda yang telah tarikh luput, anda boleh kemaskini kembali untuk memperbaharui permohonan anda.

 

CARA PERBAHARUI/KEMASKINI PERMOHONAN SPA9

Berikut adalah merupakan cara untuk anda perbaharui permohonan jawatan yang dipohon, iaitu:

  1. Layari website rasmi SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata laluan anda
  3. Pada paparan utama klik pada Maklumat Permohonan > Jawatan Dimohon
  4. Masukkan jawatan yang anda ingin mohon di ruangan Senarai Jawatan Bakat Dan Seni dan klik tambah
  5. Setelah anda selesai memasukkan jawatan yang diinginkan, klik seterusnya
  6. Semak maklumat permohonan yang dipaparkan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, pastikan anda kemaskini terlebih dahulu sebelum buat perakuan. Sekiranya tepat klik Seterusnya
  7. Kemudian Tick pada tanda Setuju dan klik Hantar
  8. Selesai, permohonan anda telah berjaya diperbaharui.

NOTA: Tarikh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh pemohon menghantar Perakuan Pemohon. Kekerapan pemohon mengemas kini permohonan SPA9 akan mengubah tarikh pendaftaran kepada tarikh terkini dan boleh menjejaskan urusan yang sedang dalam proses tapisan

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN SPA9

Setelah anda membuat pengemaskinian, berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan status:

  1. Layari website rasmi SPA9: https://spa9.spa.gov.my/login
  2. Log masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata laluan anda
  3. Pada paparan utama klik pada Semakan Permohonan > Status Permohonan
  4. Selesai

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SPA9

Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i masih belum tamat lagi. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?

Tidak perlu kecuali:

  • Menyemak permohonan; dan
  • Permohonan jawatan baharu

Tempoh sah pendaftaran saya dalam SPA8i telah tamat. Adakah saya perlu daftar dan isi semula maklumat dalam SPA9?

  • Pemohon perlu mendaftarkan akaun baharu SPA9 dan isi maklumat yang berkaitan dalam SPA9.

Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM?

  • Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower. Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT SEMAK TARIKH LUPUT SPA9

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semakan SPA9, sila layari website rasmi SPA9 di pautan https://spa9.spa.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

MySTP CALON SPA:Cara Terima Tolak Perlantikan Sektor Awam(Kemaskini Keputusan Pemeriksaan Kesihatan)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *