CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH ‘N GO DALAM MYKAD

Utama / TOUCH ‘N GO / CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH ‘N GO DALAM MYKAD

CARA SEMAK BAKI KREDIT TOUCH ‘N GO DALAM MYKAD

 

Semestinya anda mengetahui bahawa mykad anda boleh juga digunakan sebagai kad TnG. Anda juga boleh link kan mycard anda dengan eWallet TnG supaya anda dapat mengetahui baki kredit terkini anda.

Bagaimana cara untuk semak baki kredit Touch n’ Go dalam  MyKad dengan link di TnG eWallet? Disini kami kongsikan cara semak baki kredit Touch n’ Go dalam MyKAD, semoga membantu.

 

APA ITU TOUCH N GO (TnG)

Touch n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.

 

MUAT TURUN APLIKASI TnG eWALLET

Pada permulaannya, anda dikehendaki muat turun  dan install aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu di telefon anda. Berikut adalah pautan aplikasi TnG eWallet:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pennguna IOS

 

CARA LINK MYCARD DI TnG eWALLET

Sekiranya anda inginkan link mycard anda dengan TnG ewallet, berikut adalah caranya:

NOTA: Pastikan anda dapatkan siri nombor mycard anda terlebih dahulu dengan menambah nilai di mana-mana kaunter atau mesin top-up touch n go  dan dapatkan resit tambah nilai tersebut. Pada resit tambah nilai tersebut ada maklumat no siri TnG mycard anda.

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda
  2. Pada paparan utama, klik pada TnG Card.
  3. Seterusnya klik pada Add New Card.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan:
    • No Siri 10 Digit: yang terdapat pada resit tambah nilai
    • Pilihan nama kad: Masukkan pilihan nama yang anda inginkan, contoh: Kad Pengenalan/TnG 1/Tng2
  5. Selepas lengkap semuanya tekan Submit.
  6. Sila tunggu 15 minit selepas menambahkan Kad TnG anda sebelum menggunakannya. Klik pada Done.
  7. Paparan mycard anda akan terpapar pada eWallet TnG anda.

 

CARA SEMAK BAKI KREDIT TnG MYKAD

Setelah anda link kan MyKad anda dengan TnG eWallet, berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi TnG anda
  2. Baki kredit di dalam MyKad dapat dilihat terus dari dalam aplikasi Touch n’ Go.
  3. Harus diingat bahawa seperti kad fizikal Touch n’ Go, MyKad anda juga mempunyai tarikh luput maka gunakanlah kad sebelum tarikh tersebut.

 

 

SOALAN LAZIM

Apakah kad Touch n Go yang boleh ditambah ke dalam eWallet?

Anda boleh menambah mana-mana kad TNG dan MyKad ke dalam Touch ‘n Go eWallet KECUALI Kad Fleet Pass dan Kad Zing (Kad Kredit/Kad Debit dengan perkhidmatan auto reload).

 

Saya mahu masukkan MyKad saya ke dalam eWallet. Di manakah nombor siri MyKad saya?

Nombor siri 10-digit MyKad anda boleh didapati pada resit anda selepas anda tambah nilai dengan MyKad. Anda juga boleh dapatkannya dari akaun MyTouchnGo Portal anda di https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

 

Kenapa kad Touch ‘n go saya tidak aktif?

Kad Touch ‘n Go anda mungkin tidak aktif kerana:

  • Telah tampat tempoh
  • Kad tidak akan aktif setelah tamat tempoh selepas 10 tahun
  • Dormant (tiada penggunaan dalam 12 bulan)
  • Telah ditambah ke dalam Touch ‘n Go eWallet lain

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA MYKAD SEBAGAI TOUCH ‘N GO( Link & Semak Baki Di TnG eWALLET)

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *