SEMAKAN STATUS AGENSI PELANCONGAN BERDAFTAR DENGAN MOTAC

SEMAKAN STATUS AGENSI PELANCONGAN BERDAFTAR DENGAN MOTAC

Bagi anda yang ingin melancong ke luar negara, semestinya anda akan menggunakan travel agen pelancongan. Tetapi sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu tentang perkhidmatan travel agen yang anda gunakan. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan status agensi pelancongan berdaftar dengan MOTAC, semoga membantu.

 

APA ITU TRAVEL AGENSI & MOTAC

Travel Agen juga dikenali sebagai ejen pelancongan, ialah orang atau kumpulan orang yang mempunyai peranan dalam mengatur atau merancang perjalanan/percutian. Jadi peranan ejen pelancongan adalah untuk membantu merancang, memilih dan mengatur percutian yang memerlukan atau memerlukan perkhidmatan ini.

MOTAC (Ministry of Tourism, Arts, and Culture) atau Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ialah sebuah kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelancongan, kebudayaan, arkib, perpustakaan, muzium, warisan, seni, teater, kraftangan, seni visual, konvensyen, pameran, pelancongan dan kraf Islam.

 

KENAPA PERLU DIBUAT SEMAKAN TRAVEL AGENSI

Dengan pertambahan aktiviti melancong, banyak pihak yang telah menawarkan pelbagai pakej percutian menarik melalui agensi pelancongan. Tetapi ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual pakej-pakej pelancongan yang tidak wujud dengan niat untuk menipu rakyat Malaysia yang mahu melancong.

Elakkan diri anda ditipu oleh scammer sebegini dengan melakukan semakan dengan pihak MOTAC mengenai sesebuah agensi pelanconga tersebut.

 

PERKHIDMATAN SEMAKAN AGENSI MENERUSI MOTAC

Anda boleh melakukan pelbagai semakan untuk agensi yang telah berdaftar dengan pihak MOTAC antarnya seperti berikut:

  1. Agensi pelancongan
  2. Agensi Pelancongan (Umrah)
  3. Senarai Kelulusan Iklan Umrah
  4. Syarikat MM2H Berlesen
  5. Hotel Berdaftar
  6. Penggredan Hotel
  7. Penggredan Green Hotel
  8. Pemandu Pelancong Berlesen
  9. Penggredan Spa
  10. Penggredan Pusat Urutan Kaki (PUK)
  11. Malaysi Tourism Quality Assurance (MyTQA)
  12. Premis Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR)

 

PANDUAN SEMAKAN TRAVEL AGENSI YANG SAH

Bagi menggelakkan anda tertipu dengan tawaran yang disediakan oleh agensi pelancongan palsu atau travel agen palsu ini, terdapat 7 garis panduan untuk anda membuat semakan iaitu:

  1. Pastikan Agen / Syarikat Mempunyai Lesen Sah
    • Pastikan agen atau syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen dengan MOTAC.
    • Syarikat yang menawarkan pakej percutian atau pakej umrah haruslah mempunyai lesen yang sah. Contoh nomboer lesen: KPL/LN 7017
    • Untuk membuat semakan online, anda boleh melayari laman web motac di pautan https://www.motac.gov.my/semakan/tobtab dengan memasukkan nombor belakang syarikat atau nama syarikat tersebut.
    • Biasanya; agensi atau syarikat yang berdaftar dengan MOTAC akan ada nombor pendaftaran lesen, pelekat rasmi kerajaan dan sijil lesen mereka dari pihak kementerian.
  2. Pastikan Syarikat Wujud / Masih Aktif
    • Anda boleh semak status syarikat tersebut mereka di laman web MOTAC atau hubungi mana – mana pejabat MOTAC untuk mendapatkan status syarikat.
    • Anda juga boleh rujuk kepada aplikasi MyMOTAC (Play Store / Apple Store) untuk senarai travel agen yang berdaftar dengan kementerian.
  3. Info Pakej
    • Pastikan info pakej yang ditawarkan adalah lengkap. Semak semua maklumat secara terperinci dan pastikan apa yang dimasukkan dalam tawaran mereka.
    • Perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah:
      • Tiket penerbangan pergi dan balik
      • Visa (sekiranya perlu)
      • Jenis dan lokasi penginapan yang ditawarkan
      • Makanan (jika disediakan)
      • Itinerary penuh percutian / umrah
      • Insurans dan dokumen perjalanan.
  4. Terma dan Syarat
    • Pastikan anda faham segala terma dan syarat untuk pakej percutian atau pakej umrah yang diambil.
    • Pastikan anda fahami tentang bahagian pembatalan dan pampasan sekiranya anda membatalkan atau meminta penukaran tarikh dan sebagainya.
  5. Berurusan Di Pejabat Agen
    • Pastikan anda melakukannya di pejabat travel agen tersebut. Ini secara tak langsung boleh mengelakkan anda menjadi mangsa scam.
  6. Bayaran Dan Resit
    • Pastikan agensi tersebut mengeluarkan resit pembayaran yang diterima dan dinyartakan pada resit jumlah pembayaran bagi pakej yang dipilih
  7. Selalu Follow Up
    • Pastikan anda sentiasa dapat hubungi pihak agen sehingga kesemua urusan selesai.
    • Pastikan segala dokumen yang diperlukan seperti resit, tiket, tempahan hotel dan lain – lain berada pada anda sebelum anda terbang.

 

CARA SEMAKAN AGENSI PELANCONGAN DENGAN MOTAC

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan agensi pelancongan berdaftar:

  1. Layari portal rasmi MOTAC: https://www.motac.gov.my/
  2. Pada paparan menu klik pada Semakan
  3. Seterusnya klik pada Agensi Pelancongan
  4. Masukkan Nama Syarikat atau No. Lesen pada ruangan kotak carian
  5. Klik butang Cari
  6. Hasil carian akan memaparkan maklumat berikut:
  7. Nama penuh syarikat
    •  Alamat
    • Nombor telefon
    • No. Lesen
    • Tempoh sah lesen
    • Jenis lesen
    • Bidang lesen

 

SENARAI TRAVEL AGENSI YANG TERBAIK

Berikut adalah merupakan senarai travel agensi yang terbaik di Malaysia. Untuk melihat senarai pakej yang tersedia anda boleh merujuk website Travel agen tersebut:

  1. Sri Sutra Travel
  2. Savvy Travel & Tours
  3. Corporate Information Travel
  4. Jouis Holiday
  5. Star Travel
  6. Hydramas Travel & Tours
  7. Exotic Asia
  8. Mitra Tours & Travels
  9. IBC Tours Corporation
  10. Malaysia Tours & Travel Agencies Sdn. Bhd.
  11. Merlin Transtour Sdn Bhd
  12. Reliance Premier Travel

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara semak syarikat travel agensi ini, anda boleh melayari website rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI AGENSI UMRAH BERDAFTAR TERKINI DI MALAYSIA (motac.gov.my/semakan/umrah)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *