SEMAKAN BAKI PENYATA AKPK & BAYAR ONLINE (akpk.org.my)
Jika anda mempunyai masalah kewangan seperti hutang kad kredit atau akibat pinjaman wang, anda boleh mendaftar dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau dikenali AKPK,dan anda boleh mengetahui semakan baki penyata dan bayar online.
Tetapi bagaimana cara untuk Daftar dan Login AKPK? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
CARA DAFTAR AKPK
Untuk permulaan, berikut ialah cara daftar AKPK secara online.
- Layari laman web https://www.akpk.org.my/home/gateway
- Anda akan tiba di portal AKPK untuk login secara onlines ebagai Customer, Partner atau Organisation.
- Pada CUSTOMER LOGIN, tekan link Click here to login >.
- Pada laman seterusnya, pergi ke bahagian kanan skrin. Di bawah ruangan untuk Password, tekan link New User? Register here. Pengguna Baru? Daftar di sini.
- Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan. Pada ID Type, pilih jenis pengenalan diri anda yang anda mahu gunakan untuk pendaftaran. Pilih NRIC untuk memasukkan nombor MyKad.
- Pada ruangan ID Number, masukkan nombor MyKad anda (nombor kad pengenalan baru).
- Pada ruangan Customer Name, masukkan nama penuh anda. Nama yang anda masukkan mestilah sama seperti nama anda yang tertera pada MyKad anda.
- Pada Gender, pilih jantina anda, sama ada Female (perempuan) atau Male (lelaki).
- Pada ruangan Date Of Birth, tekan ruangan tersebut dan kalendar akan tertera. Kemudian, pilih tarikh lahir anda.
- Pada ruangan Contact Number, masukkan nombor telefon anda yang masih aktif dan boleh dihubungi. Sebarang karakter selain nombor termasuk simbol “-“ tidak dibenarkan.
- Pada ruangan Email Address, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh digunakan.
- Baca Notis Privasi yang tertera di bawah. Sekiranya anda bersetuju dengan kenyataan, tick pada kenyataan di bawahnya.
- Kemudian, tekan butang Submit untuk meneruskan proses dan cara daftar AKPK secara
- Pendaftaran anda berjaya. Anda akan menerima emel daripada AKPK yang mengandungi link untuk mengaktifkan akaun anda.
- Pergi ke emel anda dan dapatkan emel daripada AKPK. Dalam emel itu terkandung link untuk mengaktifkan akaun anda serta Login ID/Customer ID.
- Highlight link tersebut, Kemudian, right click pada mouse anda dan tekan Go to……”. Anda akan dibawa ke alamat untuk link
- Pada paparan seterusnya, akan tertera ruangan untuk Customer ID. Masukkan Customer ID/Login ID yang anda peroleh juga menerusi emel daripada AKPK tersebut.
- Kemudian, tekan butang Submit.
- Pada laman seterusnya, anda perlu mencipta password untuk akaun anda. Password anda mestilah alphanumeric(mengandungi gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol). Tiada jarak dibenarkan. Panjang password anda mestilah antara 8-15 aksara.
- Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada Confirm Password, masukkan semula password yang anda ingin gunakan di ruangan yang disediakan.
- Tekan butang Submit.
CARA LOGIN AKPK
Berikut ialah langkah-langkah untuk customer login AKPK:
- Layari laman web https://www.akpk.org.my/home/gateway
- Terdapat beberapa pilihan. Pilih pada Customer Login dan klik pada Click Here To Login
- Pada ruangan User ID, masukkan Login ID yang anda peroleh di emel anda. Anda mesti ingat Login ID ini kerana akan digunakan setiap kali anda ingin login ke akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan password yang anda telah cipta untuk akaun anda.
- Tekan butang LOGIN AKPK
- Login anda berjaya.
CARA SEMAKAN BAKI PENYATA AKPK
Sekiranya anda ingin membuat semakan penyata, berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun AKPK anda
- Klik pada Finance
- Seterusnya klik pada Statement Of Account Report
- Pada Data Range, pilih tempoh tahun yang anda ingin semak
- Kemudian klik View
- Baki Penyata AKPK akan terpapar. Anda juga boleh muat turun dengan menekan pada simbol Disket (save)
- Selesai
CARA BAYAR ONLINE AKPK
Sekiranya anda ingin membuat pembayaran secara online, berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun AKPK anda
- Klik pada DMP Service
- Seterusnya klik pada Facility Statement
- Fungsi pembayaran secara FPX adalah mengikut bank yang menyokong sistem
- Ikut turutan langkah yang diberikan dan cetak atau simpan penyata pembayaran sebagai bukti.
- Selesai
NOTA: Tiada caj perkhidmatan akan dikenakan dan had transaksi maksimum sebanyak RM30 000 dalam satu transaksi. Jika terdapat masalah mengenai status transaksi, sila hubungi pihak bank yang anda gunakan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan cara untuk menyelesaikan hutang sedia ada, sila hadirkan diri ke cawangan AKPK yang berhampiran. Sebagai altenatif, anda boleh hubungi AKPK melalui Facebook rasmi di pautan https://facebook.com/AKPKofficial
ARTIKEL LAIN
URUS B50(PERMOHONAN PROGRAM PENGURUSAN DAN KETAHANAN KEWANGAN)