SEMAKAN BAYARAN STR FASA 1 2023(Check Tarikh Pembayaran & Status)
Semakan Sumbangan Tunai Rakyat ada beberapa jenis. Antaranya ialah semakan kelulusan STR, semakan rayuan dan juga semakan bayaran.
Bagaimanakah cara buat semakan status bayaran STR di bantuantunai.hasil.gov.my?
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan STR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah:
- Layari portal rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Cari
- Isikan Captcha seperti yang terpapar
- Tekan butang Semak.
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
- Ada butang Maklumat STR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
- Amaun Keseluruhan STR Diterima
- Contohnya RM1000.00
- Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
- Jadual Bayaran
- Ada butang Maklumat Bayaran STR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
- Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
- Tarikh Kredit
- No. Pengenalan Akaun Dikredit
- Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Nombor Siri
- Tarikh Tunai
- Jika anda berstatus GAGAL, anda akan melihat paparan kod tidak lulus / gagal
Bagaimanakah cara buat semakan duit STR masuk dalam akaun bank (Status pengkreditan)?
Kalau sudah dapat status LULUS, Sila tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit dalam akaun bank.
Bagaimana jika status LULUS tapi Gagal Kredit STR, perlu buat apa?
Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.
Sila baca cara dapatkan No Baucer STR untuk buat penunaian di BSN.
Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini
Secara ringkasnya, status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit STR ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.
Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:
- Akaun bank tidak aktif
- Nombor akaun bank yang salah
- Tersilap masukkan nombor akaun bank
- Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon STR
- Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.
Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal STR dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.
JUMLAH BAYARAN STR Fasa 1 2023
Berikut adalah merupakan kadar bayaran STR fasa 1 mengikut katagori iaitu:
KATEGORI PENERIMA | KADAR STR FASA 1 |
Isi Rumah | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100 |
Bujang | RM100 |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR FASA 1
Pemohon yang lulus permohonan dan rayuan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023:
CARA BAYARAN STR Fasa 1
Proses pembayaran STR ini akan dikreditkan seperti berikut:
- Ada Akaun – Pengkreditan mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian di cawangan BSN.
ARTIKEL LAIN
LUPA KATA LALUAN BKM (Cara Reset ID & Tukar Password)
Duit BKM Bayaran BKM Fasa 1 Dah Masuk Bank Ke Belum?
Cara memohon BKR-2023
I live in Malaysia. Am not leaving abroad. Please amen my records
Saya nak tukar no TALIFON bank
Nk tukar,sebab no lama X pakai
Nk tukar no hp bru…boleh ke..
Mcm mana yer