SEMAKAN BIL ASTRO (ONLINE/APLIKASI MYASTRO/SMS)

SEMAKAN BIL ASTRO (ONLINE/APLIKASI MYASTRO/SMS)

Pada masa kini, kebanyakkan rumah semestinya ada melanggan Astro yang menyediakan perkhdimatan siaran televisyen dan rancangan hiburan. Tetapi untuk menggunakan perkhidmatan ini seharusnya anda melanggan pakej yang disediakan mengikut kehendak anda dan dibayar pada setiap bulan. Bagaimana cara untuk membuat semakan bil Astro? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Memandangkan semakin banyak orang menggunakan perkhidmatan Astro, tentu sahaja pihak Astro menyediakan pelbagai cara praktikal untuk memudahkan pengguna mencari maklumat mengenai produk ini.

 

CARA SEMAK BIL ASTRO

terdapat 3 cara iaitu secara online, aplikasimyAstro dan SMS. Berikut adalah merupakan caranya:

Semakan Bil Astro Online (Astro Sell Service)

  1. Layari website rasmi Astro di pautan https://www.astro.com.my/
  2. Klik pada Log In
  3. Sekiranya anda telah daftar, masukkan emel/no teleron dan kata lalaun anda, sekiranya belum anda dikehendaki daftar terlebih dahulu
  4. Bagi yang hendak register, berikut adalah maklumat yang perlu diisi:
    • Nama pertama
    • Nama akhir
    • Email
    • No telefon
    • Jenis Kad Pengenalan
    • No KAd Pengenalan
    • Kata laluan
    • Pengesahan Kata Laluan
  5. Setelah anda Berjaya Log Masuk akaun anda, pada menu utama klik pada Bill and Payment atau View Bills
  6. Maklumat bil Astro anda akan terpapar secara terperinci

 

Semakan Bil Astro Online (Pay Astro)

Untuk semakan bil online anda secara pantas, berikut adalah caranya

  1. Layari pautan https://pay.astro.com.my
  2. Masukkan Account Number
  3. Tandakan i’m not a robot, Klik Continue
  4. Maklumat bil Astro akan dipaparkan secara terperinci

 

Semakan Bil Astro Guna Aplikasi My Astro

  1. Muat turun dan Install aplikasi My Astro boleh Anda download secara percuma di Google Playstore  dan App Store 
  2. Sila klik Register untuk mendaftar akaun, atau sekiranya sudah daftar anda boleh terus log masuk My Astro
  3. Klik pada Bill
  4. Maklumat baki Astro anda akan terpaparl
  5. Selain itu, Aplikasi My Astro membolehkan Anda menguruskan dan mengawal akaun Astro sehingga Anda boleh melihat pelbagai info seperti:
    1. Semak Baki
    2. Cek Baki Tertunggak
    3. Bayar Bil
    4. Upgrade Langganan
    5. Dan lain-lain

 

Semakan Bil Astro SECARA SMS

Sekiranya ingin membuat semakan bil anda secara SMS. Pastikan anda telah mendaftarkan nombor telefon bimbit yang sah di perkhidmatan Astro. Berikut adalah merupakan format SMS semakan bil:

  1. Menggunakan no Akaun Astro
    1. ASTRO<jarak>BAL<jarak>10 digit nombor akaun Astro dan hantarkan ke 66688
    2. Contoh: ASTRO BAL XXXXXXXXXX hantar ke 66688
  2. Menggunakan No Kad Pengenalan
    1. ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>IC NO dan hantarkan ke 66688
    2. Contoh: ASTRO BAL AC XXXXXXXXXXXX hantar ke 66688

 

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR BIL ASTRO ONLINE(Guna JomPAY Maybank/CIMB CLICKS & SMS)

CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)

CARA DAFTAR ASTRO GO(REGISTER PERCUMA ONLINE astro.com.my )

SAMBUNG ASTRO SEMULA:CARA SAMBUNG SELEPAS KENA POTONG/TERMINATE

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *