SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB MYTNB App

CARA CHECK BIL ELEKTRIK TNB

Pastinya setiap bulan anda akan menerima Bil elektrik berserta jumlah bayaran yang dikenakan. Tak kira sama ada rumah sendiri atau rumah sewa, kita perlu membayar bil elektrik yang jumlahnya bergantung kepada sejauh mana penggunaan tenaga elektrik yang kita pakai setiap hari.Terkini TNB memperkenalkan MyTNB untuk memudahkan pengguna membuat semakan dan pembayaran bil elektrik TNB. Bagaimana cara untuk membuat semakan dan membayar bil menggunakan MyTNB? Disini kami kongsikan caranya mengunakan MyTNB, semoga membantu.

APA ITU MYTNB (SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB)

MYTNB satu aplikasi mudah alih baru TNB yang bertujuan mengurus bil elektrik pada bila-bila masa dan di mana-mana jua anda berada. Tidak perlu lagi menunggu bil fizikal bulanan anda. Dengan aplikasi ini sahaja anda boleh :

  • Menyemak dan membayar bil
  • Mengetahui penggunaan tenaga elektrik untuk 6 bulan yang terakhir
  • Mengurus akaun-akaun TNB
  • Memilih pembayaran lebih pantas dengan menggunakan kad kredit yang boleh disimpan di dalam aplikasi
  • Cara mudah untuk memberikan maklum balas berkaitan bil elektrik

MUAT TURUN APLIKASI MYTNB

Untuk memudahkan penggunaan anda, seharusnya anda memuat turun dan install aplikasi myTNB dalam handphone anda. Berikut adalah pautan aplikasi MyTNB:

CARA DAFTAR MYTNB

Untuk pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi MyTNB atau layari pautan https://www.mytnb.com.my/
  2. Klik pada New here? Register now!
  3. Masukkan butiran maklumat yang diperlukan (Nama/No Kad Pengenalan/NoTelefon/Email/Kata Laluan)
  4. Tick pada terms of use and policies.
  5. Seterusnya klik pada Create Account.
  6. Masukkan no OTP yang anda terima di pada no yang anda isikan tadi, klik Confirm.
  7. Akan terkeluar Pop Up pendaftaran anda berjaya, klik ok
  8. Anda akan terima link pengaktifan di email anda, klik link tersebut
  9. Selesai

CARA SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB ONLINE(Check Bill Guna MYTNB App)

Setelah berjaya proses daftar, anda boleh membuat semakan bil elektrik anda. Berikut adalah caranya:

  1. Log masuk akaun MyTNB anda
  2. Sebagai langkah pertama ada dikehendaki tambah akaun (add account)
  3. Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda.
  4. Namun jika anda penyewa rumah atau ingin menambah akaun TNB anda, anda boleh tambah akaun TNB secara manual
    1. Adakah akaun ini didaftarkan menggunakan IC anda?
      1. Jika akaun atas nama anda boleh pilih ‘Ya’ , jika bukan pilih ‘Tidak’.
    2. Adakah anda berhak untuk tengok kesemua maklumat akaun ini?
      1. Jika akaun atas nama anda boleh pilih ‘Ya’ , jika bukan pilih ‘Tidak’.
    3. Isi maklumat yang diperlukan
    4. Klik tambah akaun
  5. Selain itu, anda boleh juga scan bil elektrik anda untuk tambah akaun dengan lebih mudah.
  6. Setelah berjaya menambah akaun dan mengisi maklumat yang diperlukan, paparan butiran pemilik akaun dan jumlah bill elektrik akan terpapar seperti Lihat Bil, Bayar Bil (Pay your bill & Bill payment) dan Hantar Maklum Balas

CARA BAYAR GUNA MYTNB

Berikut adalah cara membuat pembayaran TNB menggunakan aplikasi:

  1. Buka aplikasi atau portal MyTNB dan Log masuk.
  2. Seterusnya klik pada ‘Current Bill’ di bahagian dashboard. Bil terkini akan keluar dalam bentuk PDF.
  3. Kemudian, pergi ke bahagian ‘Bill’ untuk lihat bil dan sejarah bayaran.
  4. Sila tekan butang ‘Pay’ di bahagian dashboard. Pengguna boleh membuat bayaran secara kad kredit atau Online Banking menerusi FPX (transaksi bank).
  5. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai.

MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN BIL ELEKTRIK TNB

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan Bil Elektrik, anda boleh:

  • Layari web rasmi TNB: mytnb.com.my
  • Hubungi TNB careline: 1-300-88-5454

ARTIKEL LAIN

CARA BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE(Guna Aplikasi myTNB & Maybank2u CIMB CLICKS RHB Bank Rakyat dan Public Bank iaitu melalui JOMPAY)

Share your love

5 Comments

  1. Kenapa saya tak layak menerima. Bantuan BKC.sedangkan saya juga kehilangan pekerjaan sejak 2020 ic no 720313125441

  2. please email us bill electric for this month
    Address 10D GROUND FLOOR , LANE 18, MERDEKA ROAD, 96000 SIBU,
    SARAWAK. ( LOT 2046 BLOCK 3 STD )

  3. salam sejahtera
    saya nak semak nombor akaun bil elektrik..kerana nak bayar bil oneline.
    nama saya: mohamad ramlan bin dali
    :721108086337
    : 0125530644
    : No.28 Jalan Sepat,Taman Kamunting Perdana,
    34600,Kamunting ,Perak
    saya cuma nak tahu nombor akaun terima kasih Tuan

  4. Sudah daftar MYTNB App, tapi tak ada nampak unit number DAN account number belakang pun tak ada. Nanti salah bayar account?

  5. SY dh ada daftar online akaun.
    SY NAK SEMAK ON LINE TNB BILL, LOCK IM DIMANA.

    YG SY DPT SEMUA TUNJUK CARA DAFTAR???

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *