SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA

Utama / SEMAKAN CKHT RPGT / SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA

SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA

Sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, tanah atau lain-lain harta, sebarang keuntungan yang diperolehi (sekiranya ada) akan dikenakan cukai.  Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah sejenis cukai keuntungan modal yang pemilik hartanah dan syarikat kena bayar atas penjualan hartanah mereka.

 

Untuk pengetahun anda CKHT ni telah dihentikan pada April 2007 sehingga Disember 2009 sebelum diperkenalkan semula pada tahun 2010. Pada tahun 2014, kadar CKHT telah dinaikkan bagi 5 tahun berturut-turut sejak 2019.

 

Semestinya anda ingin mengetahui dan membuat semakan kadar cukai harta tanah terkini terlebih dahulu kan. Disini kami kongsikan cara semakan CKHT RPGT, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

 

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.

 

CKHT yang dikenakan harus dibayar dalam tempoh 60 hari dari aset tersebut dijual. Untuk menyelesaikan terdapat dua cara iaitu:

  1. Bayar melalui peguam yang uruskan penjualan rumah tersebut
  2. Anda boleh bayar terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mengisi borang yang diperlukan.

 

KADAR CKHT

 

Untuk makluman anda, berikut merupakan kadar CKHT yang efektif bermula 1 Januari 2019 seperti jadual di bawah:

PENJUALAN Warganegara/PRBukan WarganegaraSyarikat
3 TAHUN DAN KE BAWAH 

 

30%30%30%
4 TAHUN DAN KE BAWAH 

 

20%30%20%
5 TAHUN DAN KE BAWAH 

 

15%30%15%
LEBIH DARI 5 TAHUN 

 

5%10%10%

 

SEMAKAN KADAR CKHT

 

Berdasarkan Akta Cukai keuntungan harta tanah 1976, Keuntungan yang boleh dicukai adalah keuntungan apabila penjualan harga hartanah adalah lebih dari harga masa rumah tu.

Berikut adalah Bagi pengiraan cepat dan mudah, formulanya adalah:

 

Bagi memudahkan permahaman anda, berikut adalah contoh pengiraan:

  • Anda membeli rumah pada 14 tahun lalu dengan harga RM300,000,
  • Harga pasaran (jualan) sekarang bagi rumah anda adalah RM600,000.
  • Kos-kos lain (miscellaneous cost) – yuran guaman sebanyak RM10,000

Keuntungan Terkena Cukai (KTC)

KTC = Rm600,000 – Rm300,000 – Rm10,000

KTC = Rm290,000

 

 

KTCB = Rm290,000 –( Rm290,000 X 10%)

KTCB = RM290,000 – Rm29,000

KTCB = Rm261,000

Keuntungan Terkena Cukai Bersih (KTCB)

 

 

Cukai yang kena dibayar (Kadar CKHT adalah 5%)

Cukai yang kena bayar = 5% X Rm261,000

Cukai yang kena baryar = Rm13,050

 

 

 

Nota: Cukai yang korang kena bayar adalah berdasarkan keuntungan terkena cukai bersih. Disebabkan anda dah memiliki rumah tersebut selama 14 tahun, kadar CKHT yang dikenakan adalah sebanyak 5%.

Untuk pengiraan lebih pantas, anda boleh gunakan Kalkulator CKHT DISINI 

 

CARA PEMBAYARAN CKHT

 

Berikut adalah merupakan cara pembayaran CKHT:

  1. Iisi borang Pelupusan Harta Tanah (CKHT 1A). Dengan borang ini, kena lampirkan Perjanjian Jual Beli (SPA) dan semua dokumen yang menyokong potongan yang anda nak mohon dari CKHT.
  2. Sekiranya anda nak mohon pengecualian CKHT, korang kena isi borang Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah Seksyen 27 A RPGT 1976 (CKHTT 3).
  3. Sebagai penjual, anda juga mesti memastikan bahawa pembeli mengisi borang Perakuan Penyelesaian (CKHT 4), yang mesti dikongsi dengan salinan Perjanjian Jual Beli.
  4. Lepas dah lengkapkan semua borang, hantar sekali dengan dokumen sokongan kat cawangan LHDN terdekat dalam 60 hari.
  5. Anda juga boleh dapatkan borang dari mana-mana cawangan LHDN atau memuat turun borang-borang tu dari laman web LHDN.

 

PENGECUALIAN CKHT

 

Untuk pengetahuan anda CKHT ni masih boleh dikecualikan. Antara pengecualian CKHT adalah:

  1. Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah kediaman satu sekali dalam seumur hidup kepada individu
  2. Pengecualian ke atas keuntungan daripada penjualan hartanah antara ahli-ahli keluarga (contoh: suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak dan datuk dan nenek dan cucu-cucu)
  3. 10% daripada keuntungan ATAU RM10, 000 bagi setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tidak dikenakan cukai
  4. Rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik bernilai bawah RM200,000 akan dikecualikan dari CKHT.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)

CARA CHECK ROADTAX MATI ONLINE (SEMAKAN STATUS CUKAI JALAN)

LOGIN EPCB:ID CARA GUNA & KEMASKINI SISTEM POTONGAN CUKAI BULANAN

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *