SEMAKAN CUKAI TANAH GUNA IC(Check Tunggakan Penyata Bayaran)

SEMAKAN CUKAI TANAH GUNA IC(Check Tunggakan Penyata Bayaran)

Kepada anda yang menetap di Malaysia dan mempunyai hartanah sendiri semestinya tanggungjawab anda kepada kerajaan negeri adalah untuk buat bayaran cukai tanah pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun. Disini kami kongsikan cara untuk membuat semakan cukai tanah menggunakan IC, semoga membantu.

 

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah adalah sejenis cukai yang dikutip kerajaan negeri untuk hartanah di Malaysia. Cukai taksiran/cukai pintu pula adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran kawasan perumahan untuk kerja membangun, menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Harus diingatkan yang cukai tanah dan cukai pintu memainkan peranan yang penting dalam perancangan kewangan isi rumah anda.

 

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

SEMAKAN CUKAI TANAH GUNA IC

Berikut adalah pautan untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah anda secara bagi setiap negeri kecuali negeri Sarawak yang telah dimansuhkan cukai tanah.

  1. Klik pada pautan Negeri anda berada
    1. Pulau Pinang
    2. Pahang
    3. Selangor
    4. Kedah
    5. Johor
    6. Wp Kuala Lumpur
    7. Sabah
    8. Terangganu
    9. Kelantan
    10. Perak
    11. Perlis
    12. Negeri Sembilan
    13. Melaka
  2. Seterusnya klik pada ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’
  3. Sekiranya anda tidak daftar lagi, seharusnya anda daftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar’
  4. Selesai daftar anda Log Masuk akaun anda
  5. Seterusnya ada pilihan semakan & bayaran
  6. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin.
  7. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda

 

BAGAIMANA CARA BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

Anda juga boleh membayar cukai tanah seperti biasa dengan cara:

  1. Pembayaran Di Kaunter Ptgs & Pejabat Daerah Dan Tanah (Pdt)
  2. Semakan Cukai Tanah Dan Cukai Petak Melalui Mysms 15888
    • Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888
    • Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680
    • RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan
    • Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20
  3. Pembayaran Di Kaunter Pbt
  4. Pembayaran Di Kiosk
  5. Pembayaran Melalui Pos Malaysia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian negeri anda.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *