SEMAKAN CUKAI TANAH ONLINE SETIAP NEGERI (Kadar Bayaran)

Utama / SEMAKAN CUKAI TANAH ONLINE / SEMAKAN CUKAI TANAH ONLINE SETIAP NEGERI (Kadar Bayaran)

SEMAKAN CUKAI TANAH ONLINE SETIAP NEGERI (Kadar Bayaran)

Sekiranya anda mempunyai hartanah sendiri, semestinya tanggungjawab anda kepada kerajaan negeri masing-masing adalah untuk buat bayaran cukai tanah pada tempoh dan tarikh yang ditetapkan iaitu antara 1 januari hingga 31 Mei setiap tahun.

Bagaimana cara untuk membuat semakan cukai tanah dan pembayaran secara online? Disini kami kongsikan caranya, se,oga membantu.

 

KADAR HARGA CUKAI TANAH

Setiap kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza. Malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar. Jadi pastikan anda memerikan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

CARA SEMAKAN CUKAI TANAH

Anda boleh menyemak cukai tanah dengan melayari laman web negri anda berada seperti pautan di bawah:

SEMAKAN CUKAI TANAH

NEGERILINK PAUTAN
Selangorhttps://ehasil.selangor.gov.my/app/search
Pahanghttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
Kedahhttps://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
Johorhttps://onlinepayment.johor.gov.my/
WP Kuala Lumpurhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
Pulau Pinanghttps://ebayar.penang.gov.my
Sabahhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my
Terangganuhttp://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
Kelantanhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/
Perakhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
Perlishttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
Negeri Sembilanhttps://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
Melakahttps://ebayar.melaka.gov.my
WP LabuanTiada
SarawakTiada

CARA BAYARAN CUKAI TANAH

 Berikut adalah merupakan panduan asas pembayaran cukai tanah secara online, cara yang lebih detail mungkin sedikit berbeza bergantung pada negeri masing-masing:

  1. Layari portal pautan semakan cukai tanah negeri anda
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya tiada anda dikehendaki daftra terlebih dahulu.
  3. Cari akaun anda dengan memasukkan nombor akaun, hakmilik tanah, hakmilik strata atau kad pengenalan. Maklumat ini boleh diperolehi dalam bil terdahulu. Tekan butang “Cari”.
  4. Akaun anda akan terpapar jika butiran yang dimasukkan betul. Untuk membayar, tekan butang “Bayar” di bahagian bawah halaman. Anda perlu membuat bayaran melalui transaksi FPX.
  5. Log masuk profil perbankan internet anda dan buat bayaran.
  6. Cetak atau simpan resit transaksi dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.

 

SOALAN LAZIM

 

Apa itu cukai tanah?

Cukai tanah yang juga dkenali sebagai Quit Rent ialah cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian oleh kerajaan negeri di Malaysia. Ia ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengikut negeri.

 

Kenapa perlu membayar cukai tanah?

Dengan kutipan cukai inilah, membantu kerajaan negeri masingmasing mendapatkan pendapatan sekaligus dapat menguruskan negeri anda dengan lebih tersusun dan sistematik.

 

Sekiranya gagal membayar cukai tanah, apakah kesannya?

Kegagalan anda untuk bayar cukai tanah mengikuti lokasi hartanah anda samada di Labuan Sabah Sarawak Kuala Lumpur Kl Putrajaya Selangor Perak Melaka Negeri Sembilan Johor Pahang Kelantan Terengganu Perlis Pulau Pinang Penang Kedah dan Perak bakal menyebabkan kerajaan negeri berhak untuk rampas hartanah anda. Ini semua tertakluk di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara. (Sila bayar cukai ckht cukai keuntungan harta tanah)

 

ARTIKEL LAIN

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE (Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *