SEMAKAN i-SURI KWSP(Status Permohonan & Baki Terkini)

SEMAKAN i-SURI KWSP(Status Permohonan & Baki Terkini)

Skim i-Suri KWSP merupakan skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan dan lain-lain. kepada ahli yang berdaftar, disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan status i-Suri KWSP. Semoga membantu.

MANFAAT i-SURI KWSP

Banyak faedah yang boleh diperolehi semasa menjadi ahli iSuri KWSP. Antara faedahnya seperti berikut:

Insentif Khas
  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
  • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Dividen Tahunan
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
Pelepasan Cukai
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN i-SURI KWSP 

Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja dalam satu-satu masa. Sekiranya Anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), Anda hendaklah membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri. Berikut merupakan syarat kelayakan iSuri KWSP

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

CARA PERMOHONAN i-SURI KWSP

Anda perlu mendaftar dalam sistem e-Kasih terlebih dahulu. Permohonan i-Suri hanya boleh dilakukan setelah pemohonan anda berjaya dalam sistem e-Kasih. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pendaftaran iSuri KWSP iaitu:

Pendaftaran melalui eKasih
  • Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih.
Pendaftaran Online
Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
Kaunter/Pejabat KWSP
  • Datang ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
  • Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
  • Dapatkan Borang i-Suri – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  • Lengkapkan borang
  • Lengkapkan juga Borang i-Suri – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.
  • Untuk memudahkan urusan, anda boleh siap-siap muat turun, cetak dan isi di rumah sebelum menghadirkan diri ke cawangan KWSP.

KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN i-SURI KWSP

Kepada para ahli, pembayaran boleh dilakukan secara online menerusi salaran seperti berikut:

  1. Aplikasi Mudah Alih – KWSP i-Akaun
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  4. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
  5. Bayaran secara tunai (maksimum RM500) /cek/draf bank/kiriman wang/wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  6. Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT) & Pejabat KWSP

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS i-SURI KWSP 

1.Kenapakah terdapat Insentif Suri (i-Suri)?

  • Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.

 2.Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?

  • KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2

3.Bagaimana cara mendaftar ?

  • Anda boleh mendaftar di pejabat ataupun cawangan KWSP berdekatan

MAKLUMAT LANJUT / PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, anda boleh layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

ARTIKEL LAIN

2 thoughts on “SEMAKAN i-SURI KWSP(Status Permohonan & Baki Terkini)”

Leave a Comment