SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA PENGELUARAN KHAS KWSP (Nak Buat Macam Mana)
Pengeluaran Khas KWSP berfungsi bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi tempoh sukar semasa pandemik Covid-19 ini.
Adakah anda sudah memohon? Lepas itu anda semak status dan terdapat semakan identity anda tidak berjaya.
APAKAH ITU SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA ???
Semasa anda mengisi portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/, anda akan memasukkan no IC dan no telefon. Selepas selesai memasukkan no IC dan telefon, anda akan menekan butang TERUSKAN. Jika berjaya, anda akan meneruskan ke proses seterusnya. Namun jika gagal, akan keluar SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA di paparan skrin.
MASALAH YANG DIHADAPI APABILA BERLAKU SEMAKAN IDENTITI ANDA TIDAK BERJAYA PENGELUARAN KHAS KWSP
Jika berlaku masalah semakan identiti anda tidak berjaya , anda akan terpaksa mencuba sekali lagi dalam tempoh yang diberikan
KENAPA BERLAKU ???
Kemungkinan adalah seperti berikut :
- No telefon terkini tidak dikemaskini dalam sistem KWSP. Buat KEMASKINI NO TELEFON BAGI PROSES OTP/TAC
- No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan pertama kali di kaunter
- No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan di kiosk KWSP
- Tidak daftar i-Akaun KWSP
BAGAIMANA NAK BUAT?
Kalau semakan identiti tak berjaya, anda boleh cuba
CARA DAFTAR I-AKAUN DI KIOSK KWSP
Untuk mendaftar i-Akaun di kiosk KWSP, anda boleh ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.
langkah 1
- Masukkan kad pengenalan dan nombor telefon anda yang masih aktif. Kemudian, scan cap jari.
- Lepas 10 saat, akan keluar sekeping kertas yang akan memaparkan nombor ID akaun anda. Satu mesej yang mengandungi kata laluan (OTP) akan dihantar ke telefon anda oleh KWSP.
Langkah 2
- Masukkan semula kad pengenalan pada kiosk dan scan cap jari sekali lagi.
- Pilih “Semak Penyata” dan sekeping lagi kertas akan keluar yang mengandungi penyata akaun 1, penyata akaun 2, dan baki keseluruhan.
Langkah 3
- Install aplikasi i-Akaun Mobile KWSP ke dalam telefon pintar anda Apple Play Store @ Google App Store
- Masukkan nombor ID dan kata laluan yang telah anda terima tadi.
- Masukkan sekali lagi nombor ID dan kali ni, masukkan kata laluan baru yang anda mahu tetapkan.
- Dan siap! i-Akaun anda dah aktif dan boleh digunakan.
SOALAN LAZIM
Berapakah jumlah pengeluaran Khas KWSP?
Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM10,000
Bilakah permohonan Pengeluaran Khas KWSP akan dibuka?
Permohonan i-Citra bermula 1 April 2022
ARTIKEL LAIN
PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K (Permohonan & Semakan Status 2022)
PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP ONLINE (Guna i-Akaun)
SEMAKAN TARIKH PERMOHONAN & BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022
i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)
CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP (Untuk Ahli & Majikan)
Kenapa bila semakan icitra permohon dia keluar tiada dlm record?
Sy dh pergi ke kiosk dan buat seperti di lampirkan..tetapi hasil tetap sama..identiti tidak berjaya..
Sedangkan i-akaun boleh access..dan bila membuat permohonan tetap “identiti tidak berjaya”.