SEMAKAN KADAR TOL SECARA ONLINE DI SELURUH LEBUHRAYA DI MALAYSIA (llm.gov.my)

Utama / KADAR TOL / SEMAKAN KADAR TOL SECARA ONLINE DI SELURUH LEBUHRAYA DI MALAYSIA (llm.gov.my)

SEMAKAN KADAR TOL SECARA ONLINE DI SELURUH LEBUHRAYA DI MALAYSIA (llm.gov.my)

 

Kepada pengguna lebuhraya di Malaysia sudah tentunya anda ingin mengetahui kadar tol yang dikenakan untuk merancang perbelanjaan dan perjalanan anda. Tentu anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk semak kadar tol semasa kan. Disini kami kongsikan cara untuk semak kadar tol diseluruh lebuhraya di Maklaysia, semoga membanti.

 

APA ITU TOL

Tol merujuk kepada bayaran yang dikenakan bagi sesebuah kenderaan yang melalui sesuatu jalan raya. Biasanya bayaran tersebut digunakan bagi membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan tersebut. Jumlah tol yang dikutip bergantung kepada jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut, tetapi biasanya pulangannya amat tinggi. Tempat tol dikutip disebut pondok tol atau plaza tol. Selain jalan raya, tol juga mungkin dikenakan untuk melalui jambatan dan terowong.

 

SEMAKAN KADAR TOL SECARA ONLINE DI SELURUH LEBUHRAYA DI MALAYSIA(llm.gov.my)

Sekiranya anda ingin semak kadar tol di seluruh lebuhraya Malaysia, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia: llm.gov.my
  2. Kemudian pergi ke bahagian Kalkulator Tol
  3. Seterusnya anda perlu pilih Lebuhraya. Terdapat 29 jenis Lebuhraya disediakan seperti LPT, BESRAYA, KLK, PLUS, KESAS, SMART, LEKAS, DUKE, NPE, LKSA, SKVE dan banyak lagi.
  4. Kemudian pilih Plaza Masuk (yang lebuhraya mempunyai bayaran masuk sahaja). Akhirnya tekan Hantar. Akan dipaparkan kadar tol mengikut kelas
  5. Ada juga lebuhraya yang menyediakan Plaza Masuk dan Plaza Keluar. Pilih lokasi dan akhirnya tekan Hantar. Kemudian akan dipaparkan kadar tol yang perlu dibayar dan juga dipaparkan jarak antara 2 tol tersebut.
  6. Selain daripada fungsi semak kadar tol, anda juga boleh ketahui

 

CARA SEMAK STATUS TRAFIK LEBUHRAYA

Terkini anda juga boleh mengetahui status trafik semasa melalui paparan CCTV. Berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia: llm.gov.my
  2. Klik pada info trafik
  3. Seterusnya klik pada Status Trafik Semasa
  4. Seterusnya pilih lebuhraya yang anda ingin semak status trafik
  5. Nanti akan terpapar rakaman cctv yang menunjukkan keadaan status semasa di lebuhraya berkenaan.

 

KAEDAH PEMBAYARAN TOL

Terkini untuk pembayaran tol tidak lagi menggunan pembayaran tunai anda boleh mebuat pembayaran dengan menggunakan:

  1. Kad Touch ‘n Go (TnG)
    • TnG merupakan kad prabayar yang menggunakan teknologi tanpa sentuh atau contactless technology. Maklumat yang terkandung dalam kad dibaca melalui frekuensi radio dan perisian kad pintar. Kad TnG biasanya digunakan sebagai salah satu kaedah pembayaran untuk caj tempat letak kereta dan paling popular digunakan sebagai bayaran tol lebuh raya. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai Common Ticketing System (CTS) untuk pengangkutan awam utama.
  2. Touch ‘N Go Rfid
    • Pelekat Touch ‘n Go RFID atau tag RFID menggunakan cip frekuensi radio yang biasanya dilekatkan pada bahagian cermin hadapan atau lampu hadapan kenderaan. Setiap pelekat tag hanya boleh didaftarkan dan dipasang pada satu kenderaan sahaja. Semasa melalui tol, pengimbas di bahagian atas plaza tol akan mengimbas frekuensi radio daripada tag RFID. Caj harga tol kemudiannya ditolak daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan.

 

SENARAI TOL PERCUMA & DISKAUN 50% SEMPENA HARI RAYA 2022

Tarikh Bermula Tol Percuma & Diskaun

  • Mulai 30 April 2022 (12.00 tengah malam) hingga 1 Mei 2022 (11.59 malam)
  • Mulai 7 Mei (Sabtu) mulai 12.00 tengah malam – 8 Mei (Ahad) 11.59 malam

Senarai Lebuhraya Menawarkan Tol Percuma & Diskaun 

Berikut adalah merupakan senarai lebuhraya yang terlibat dalam tawaran tol percuma dan diskaun sehingga 50%.

SENARAI LEBUHRAYA
TOL PERCUMADISKAUN 50%DISKAUN 30%
  • ELITE
  • SPDH
  • BKE
  • LINKEDUA
  • JPP
  • LPT1
  • LPT2
  • KLK
  • KESAS
  • LDP
  • GRANDSAGA
  • BESRAYA
  • NPE
  • AKLEH
  • MEX
  • DUKE
  • SMART
  • GUTHRIE
  • LATAR
  • LLB
  • LKSA
  • SILK
  • JPP2
  • SKVE
  • SPRINT
  • LEKAS
  • GRAND SEPADU
  • SDE
  • WCE

 

KADAR TOL LEBUH RAYA LEMBAH KLANG 

Terkini Harga Tol 6 Lebuhraya Dikurangkan & Tol Percuma Sebulan (DASH). Kerajaan Setuju Kurangkan Kadar Tol Bagi Lebuhraya:

Mulai 20 Oktober 2022:

AKLEHSEMAKAN KADAR TOL
GCESEMAKAN KADAR TOL
LKSA   
SILK

Mulai 1 Januari 2023:

  • LEKAS
  • BESRAYA

Percuma (1 Bulan)

  • Lebuhraya bertingkat Damansara – Shah Alam DASH juga akan dibuka dengan tol PERCUMA selama sebulan bermula 14 Oktober 2022 jam 12 tengah malam sehingga 30 November jam 12 tengah malam

 

KADAR HARGA TOL LEBUHRAYA BERTINGKAT DAMANSARA- SHAH ALAM (DASH)

Terkini lebuhraya DASH telah mulai dikenakan harga tol bermula pada 12.01 tengah malam, 1 Disember 2022. Berikut adalah merupakan semakan kadar tol yang akan dikenakan iaitu:

  • Kereta: RM2.30
  • Teksi: RM1.20
  • Bas: RM2.30
  • Lori: RM4.30
  • Treler: 6.90

 

KADAR HARGA TOL LEBUHRAYA BESRAYA

Terkini Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) telah diturunkan kadar harga tol yang berkutkuasa pada 1 Januari 2023. Jadual dibawah menunjukkan kadar harga tol terkini mengikut kelas kenderaan:

 

KADAR HARGA TOL LEBUHRAYA LEKAS

Terkini Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) telah diturunkan kadar harga tol yang berkutkuasa pada 1 Januari 2023. Jadual dibawah menunjukkan kadar harga tol terkini mengikut kelas kenderaan:

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO:CARA CHECK BALANCE ONLINE

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *