SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2023 (Slip Penuh)

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 

Adakah anda seorang calon SPM pada tahun 2023? Bagi memudahkan urusan anda sebagai calon SPM, berikut adalah garis panduan buat semakan keputusan SPM dan cara muat turun slip keputusan penuh serta cara membuat semakan semula keputusan SPM sekiranya dirasakan terdapat kesilapan pada slip tersebut.

TARIKH SEMAKAN RESULT SPM 2023

Dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan diumumkan pada tarikh berikut.

  • Tarikh: 27 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024
  • Masa: 10.00 Pagi

CARA BUAT SEMAKAN KEPUTUSAN SPM

Dalam menguruskan calon SPM di Malaysia terdapat dua calon yang mengambil peperiksaan awam tersebut. Calon yang mengambil SPM adalah dari calon sekolah dan calon persendirian . Bagi membuat semakan keputusan, anda boleh menggunakan kaedah yang dikongsikan berikut:

Menerusi khidmat SMS

  • Untuk mendapatkan ringkasan Keputusan SPM anda boleh menaip :
  • SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Secara dalam talian

  • layari pautan myresultspm.moe.gov.my 
  • Pautan mulai dibuka pada 27 Mei 2024 pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024
  • Sistem semakan online bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Calon perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.

Hadir Ke Sekolah

  • Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024

CARA BUAT SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Selepas anda mendapat keputusan dan telah menyemak keputusan anda.Jika anda rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diterima oleh anda . anda jangan risau. Anda mempunyai peluang untuk membuat rayuan untuk semak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Seperti kebiasaan, anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM. Permohonan semakan boleh dibuat secara online . cara untuk semak semula keputusan SPM boleh dibuat dengan mengikuti panduan di bawah.

  • Anda perlu Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan
  • Anda akan dipaparkan dengan paparan utama
  • Anda perlu pilih Menu Perkhidmatan
  • Buat pilihan tab > Semak Semula
  • Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’
  • Masukkan maklumat seperti yang dikehendaki
  • Contoh maklumat penting ( no angka giliran)

Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa. Sebagai maklumat , Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran yang ingin disemak semula. Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.

TARIKH PENGISIAN UPU ONLINE

Berikut adalah merupakan tarikh pengisian UPU online:

  • Lepasan SPM : 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
  • Lepasan STPM/Setaraf :  (Kecuali Diploma/Setaraf)

ARTIKEL LAIN

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *