SEMAKAN KERJAYA KKM (Status Keputusan Penempatan/Pertukaran)

Utama / SEMAKAN KERJAYA KKM / SEMAKAN KERJAYA KKM (Status Keputusan Penempatan/Pertukaran)

SEMAKAN KERJAYA KKM (Status Keputusan Penempatan/Pertukaran)

Kepada warga pertugas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), kini KKM ada menyediakan satu portal Semakan Kerjaya KKM bagi memudahkan warga kerjanya untuk menyemak status keputusan penempatan dan juga pertukaran. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan, semoga membantu.

 

MENGENAI KKM

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

 

APA ITU PORTAL SEMAKAN KERJAYA KKM

Portal ini dibangunkan oleh KKM yang digunakan untuk membuat sebarang semakan berkaitan penempatan,pelantikan, mahupun rayuan penempatan kepada warga kerja yang bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

SIAPA YANG BOLEH GUNA PORTAL SEMAKAN KERJAYA

Kepada semua penjawat awam atau baru dilantik yang akan berkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan malaysia sahaja.

 

PERKHDIMATAN TERSEDIA PORTAL SEMAKAN KERJAYA KKM

Berikut adalah merupakan antara perkhidmatan yang tersedia melalui portal ini iaitu:

  • Semakan keputusan penempatan lantikan baharu
  • Senarai pertukaran
  • Senarai penempatan
  • Semakan penempatan latihan separa perubatan
  • Permohonan pertukaran
  • Keputusan pertukaran
  • Rayuan penempatan semula
  • Semakan keputusan pelantikan semula secara kontrak

 

CARA GUNA PORTAL SEMAKAN KERJAYA KKM

Kepada anda yang ingin menggunakan portal ini, berikut adalah merupakan caranya.

  1. Layari pautan https://semakerjaya.moh.gov.my/semakan.php
  2. Klik pada urusan perkhidmatan yang beritan dengan anda
  3. Masukkan no Kad Pengenalan anda dan tekan semak
  4. Maklumat status urusan anda akan tertera

 

CADANGAN PENAMBAIKAN PORTAL SEMAKAN KERJAYA

  • Dicadangakan digunakan server yang lebih power bagi membolehkan portal anda dapat diakses dengan lebih mudah dan laju
  • Redesign semula rekabentuk portal anda, kelihatan ‘outdated’ supaya lebih mudah untuk pengguna dan pelawat portal anda mencari maklumat dan info yang anda tawar dan kongsikan di portal

 

ARTIKEL LAIN

myCPD KKM 2.0 (Login & Semakan mycpd2.moh.gov.my)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *