SEMAKAN NO PENDAFTARAN PRODUK/UBAT KKM:CHECK STATUS ONLINE(KOD RUJUKAN PRODUK)

Utama / SEMAKAN NO PENDAFTARAN PRODUK / SEMAKAN NO PENDAFTARAN PRODUK/UBAT KKM:CHECK STATUS ONLINE(KOD RUJUKAN PRODUK)

SEMAKAN NO PENDAFTARAN PRODUK/UBAT KKM:CHECK STATUS ONLINE(KOD RUJUKAN PRODUK)

Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.

Produk berdaftar adalah amat terjamin daripada segi Keselamatan (Safety), Kualiti (Quality) dan Keberkesanan (Efficacy). Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125477T) dan terdapat label keselamatan Hologram pada pembungkusannya sesuatu produk. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai  kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM dan mungkin mempunyai kesan yang buruk.

 

 

SEMAKAN NATIONAL PHARMACEUTICAL REGULATORY AGENCY (NPRA)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap produk menepati piawaian yang ditetapkan sebelum ianya sampai ke pengguna. Oleh itu, KKM telah mewujudkan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dijual dipasaran tidak mengandungi bahan terlarang dan selamat untuk pengguna.

 

 

CARA BUAT SEMAKAN NO PENDAFTARAN PRODUK

Sebilangan produk yang anda beli dan gunakan mungkin sudah mempunyai nombor pendaftaran produk, yang bermaksud produk tersebut dibenarkan dan sah untuk digunakan.

Namun, untuk sebilangan produk yang tidak mempunyai nama produk, nombor pendaftaran pada bungkusan atau bagi anda yang masih was-was dengan produk tersebut, Anda boleh menyemaknya secara online sahaja

  1. Anda perlu buka pautan https://npra.gov.my
  2. Dalam laman sesawang tersebut boleh klik ikon ‘Produk Search’. Carian produk berdaftar boleh dibuat dengan menggunakan :
  • nama produk
  • nombor pendaftaran
  • nama pemegang pendaftaran
  • bahan-bahan aktif
  • nama pengilang/pengimport
  1. Pastikan sebelum membuat semakan, Anda sudah mempunyai no siri KKM.
  2. Untuk makluman, No siri KKM pada produk kecantikan biasanya bermula dengan kod NOT<nombor pendaftaran> contoh NOT161301787K dan No siri KKM pada produk kesihatan biasanya bermula dengan perkataan MAL<nombor pendaftaran> contoh MAL04126628T
  1. Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk tersebut.

 

Jika produk tersebut adalah produk yang berdaftar, status pendaftaran akan dipaparkan. Selepas memeriksa nombor pendaftaran, pengguna dinasihatkan untuk menyemak kesahihan label hologram melalui ahli farmasi di hospital, klinik atau premis farmasi berdekatan.

 

 

KOD PRODUK

Kategori pendaftaran produk:

– ubat mengandungi racun terkawal (eg: antibiotik, darah tinggi)

– ubat yang tidak mengandungi racun terkawal / OTC (eg: paracetamol, aspirin)

T – ubat tradisional (eg: Jamu, minyak urut, minyak gamat)

– natural produk/ubat supplemen kesihatan (eg: minyak ikan kod, multivitamin, glucosamine)

H – Ubat Veterinar

Di samping itu juga, berkemungkinan terdapat kod pentadbiran yang digunakan oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara diletakkan selepas kategori produk. Kod pentadbiran tersebut adalah :

 – Contract Manufactured (the product is manufactured by a GMP certified contract manufacturer)

E – For Export Only (FEO) (the product is to be sold for export only and not for sale in the local market)

R –  Packed and/or repacked (the product is packed and/or repacked by an approved GMP certified packer and/or repacker)

S – Second source (the product is from a second source/ approved second manufacturer)

Y –  Orphan products

Z – Produk yang digezetkan sebagai berkadar sifar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.

 

KETULENAN PELEKAT HOLOGRAM BOLEH DISEMAK MENGGUNAKAN

1.Dekoder MeditagTM

Alat ini disediakan di kedai-kedai farmasi. Pengguna boleh membawa ubat ke kedai farmasi berdekatan                untuk membuat semakan.

2.Aplikasi MeditagTMChecker

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Android Google Play (untuk pengguna telefon bimbit jenis android) atau OS Apps Store (untuk pengguna telefon bimbit jenis iPhone).

 

ARTIKEL LAIN

Buat juga UJIAN DASS(Depression Anxiety Stress Scale ):SEMAKAN STATUS TAHAP [kemurungan, kerisauan dan stress seseorang]

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *