SEMAKAN NO PLAT TERKINI ONLINE (Check JPJ Latest Registration Number)

Utama / SEMAKAN NO PLAT TERKINI / SEMAKAN NO PLAT TERKINI ONLINE (Check JPJ Latest Registration Number)

SEMAKAN NO PLAT TERKINI ONLINE (Check JPJ Latest Registration Number)

Sekiranya anda ingin membeli kenderaan baru, anda boleh memilih nombor pendaftaran kenderaan idaman anda. Anda pasti bangga sekiranya nombor plat kenderaan anda mempunyai maksud tertentu, terutamanya seperti nama anda sendiri. AL1, AKU8055, SYG40 dan lain-lain lagi dapat dibeli dengan mudah dan pantas.

 

Anda hanya perlu membuat semakan no plat yang terkini secara online. Kami akan kongsikan panduan ringkas untuk membuat semakan dan membeli nombor plat tersebut.

 

 

Nombor Plat Terkini Di Malaysia

 

Anda kini boleh membuat semakan no plat dengan mudah, hanya mengkases sistem Semakan nombor plat kenderaan terkini di  laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Number Plate).

 

  1. Semakan secara atas talian (no pendaftaran kenderaan terkini) setiap negeri/ daerah/ kawasan :

 

  1. Pilih Kawasan/ Negeri
  2. Isikan Kod Sekuriti yang dipaparkan
  3. Tekan butang SEMAK
  4. No terkini mengikut tarikh dan masa akan dipaparkan untuk kawasan yang dicari.

 

Nombor Plat Kenderaan Terkini

 

Berikut pula adalah nombor JPJ plat kenderaan terkini 2021 yang tidak dikemaskini setiap masa. Rujuk laman Portal Rasmi JPJ untuk terkini.

 

Info penting

Nombor plat kenderaan ini sentiasa berubah sekiranya telah dimilik oleh orang lain. Pastikan anda sentiasa membuat semakan dan membuat pembelian dengan secepat mungkin bagi mengelakkan no plat idaman anda dimilik oleh orang lain.

 

 

Semakan No Plat Terkini Mengikut Negeri

 

  • PERLIS – RAK3502
  • KEDAH – KFE6309
  • LANGKAWI – KV3657E
  • PULAU PINANG – PQA582
  • PERAK – AMC9267
  • SELANGOR – BQR3649
  • KUALA LUMPUR – VGW8476
  • NEGERI SEMBILAN – NDS5942
  • MELAKA – MDK9144
  • JOHOR – JUV3405
  • PAHANG – CEL7662
  • TERENGGANU – TCK1676
  • KELANTAN – DED6345
  • PUTRAJAYA – FD9999

Semakan No Plat Terkini Sabah

  • KOTA KINABALU – SYP4025
  • BEAUFORT – SB9651E
  • SANDAKAN – SME3581
  • KUDAT – SK4465C
  • TAWAU – SWD3248
  • KENINGAU – SU9213G
  • LAHAD DATU – SD7994R
  • LABUAN – LG6733

 

Semakan No Plat Terkini Sarawak

  • KUCHING – QAB8121C
  • SIBU – QS7234N
  • BINTULU – QTV3829
  • MIRI – QM5724J
  • SRI AMAN – QBE7646
  • SARIKEI – QRP5824
  • LIMBANG – QLD4271
  • KOTA SAMARAHAN – QCM4576
  • KAPIT – QPB9458

 

 

CARA PERMOHONAN TEMPAHAN NOMBOR PLAT

 

  1.        Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

 

1.1       Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

1.2       Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10).

1.3       Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

  1.          Individu :

            Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/                Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

  1.        Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

           Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat                       pemilik) atau

iii.       Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

            Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

  1.        Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

            Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

  1.         Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

1.4       Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

1.5       Mengemukakan bayaran penuh harga tempahan nombor pendaftaran yang dibida dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang sahaja (tempoh sahlaku mestilah tidak kurang dari tiga (3) bulan dari tarikh tender diiklankan) dan dibuat atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA (Negeri-Negeri lain) / AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MOT-T (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya). Wang Tunai/ Wang Pos/ cek persendirian tidak boleh diterima.

1.6       Sampul surat bersetem/berdaftar dan ditulis dengan alamat surat-menyurat(pemohon) yang terkini bagi tujuan penghantaran surat jawapan

 

  1.        Permohonan Mendapatkan Nombor Plat Secara Pilihan

 

2.1       Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

2.2       Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10A).

2.3       Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

  1.          Individu :

            Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/                Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

  1.          Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

             Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat                       pemilik) atau

iii.         Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

             Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

  1.        Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

           Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

  1.         Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

2.4      Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

 

  1.        Permohonan Mendapatkan Nombor Plat (Kelulusan Khas)

 

3.1       Terbuka kepada semua individu / Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Badan Profesional / Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau yang layak untuk mendaftar kenderaan.

3.2       Mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran (M.V.10B).

3.3       Mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri mengikut kategori:-

  1.          Individu :

Satu salinan Kad Pengenalan/ pasport/ sijil kelahiran/ resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa/ Kad  Pengenalan Polis/ Kad Pengenalan Tentera pemohon.

  1.          Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian :

Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan -Borang D (nama syarikat, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik) atau

iii.         Syarikat Sdn. Bhd. atau Bhd. :

Satu salinan Borang 9 atau Borang 8 dan Borang 13

  1.        Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional:

Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan atau Koperasi atau Badan Profesional.

  1.         Surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran bagi Agensi Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan Berkanun / Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu / Kedutaan / Pejabat Pesuruhjaya Tinggi / Pertubuhan Antarabangsa / Pejabat Serantau.

3.4       Mengemukakan slip bayaran yuran perkhidmatan (asal) RM10.00.

 

HARGA TEMPAHAN NO PLAT

 

  • Harga tempahan minima mengikut kategori nombor pendaftaran adalah  seperti berikut :-

 

 

Kategori Nombor PendaftaranHarga bayaran Tawaran
Nombor Bernilai Utama (Golden Number)RM20,000.00
Nombor Menarik ( Attractive Number )RM3,000.00
Nombor Popular (Popular Number)RM800.00
Nombor Semasa (Running Number)RM300.00

 

 

SEMAKAN KEPUTUSAN PEMBELIAN NO PLAT

 

  1. Surat Keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
  2. Bagi pemohon yang tidak berjaya,draf bank/kiriman wang akan dikembalikan.
  3. Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
  4. Pemohon yang berjaya hendaklah mendaftarkan dan membayar nombor tersebut dalam tempoh yang dinyatakan seperti di bawah mengikut kategori permohonan dari tarikh kelulusan:
Kategori PermohonanTempoh MendaftarTempoh Membayar
Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran12 Bulan
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan6 Bulan14 Hari
Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)6 Bulan14 Hari

 

  1. Pemohon yang berjaya tetapi tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik tanpa sebarang notis. Bayaran penuh tempahan tidak akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
  2. Nombor pendaftaran yang berjaya dibida hendaklah didaftarkan pada kenderaan atas nama pemohon yang berjaya sahaja.
  3. Permohonan penangguhan pendaftaran adalah TIDAK DIBENARKAN.
  4. Permohonan untuk mendapatkan pengurangan harga bagi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditempah TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
  5. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

 

 

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

 

  1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
  2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
  3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
  4. Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO PLAT KENDERAAN BAHARU LAMA(Permohonan Interchange/Pemindahan)

 

 

 

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *