SEMAKAN PEMAJU HARTANAH  BLACKLIST (Check Pemaju Tanpa Lesen Projek Terbengkalai )

Utama / SEMAKAN PEMAJU HARTANAH BLACKLIST / SEMAKAN PEMAJU HARTANAH  BLACKLIST (Check Pemaju Tanpa Lesen Projek Terbengkalai )

SEMAKAN PEMAJU HARTANAH  BLACKLIST (Check Pemaju Tanpa Lesen Projek Terbengkalai )

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan hartanah, sebaiknya anda kena membuat semakan terhadap pemaju hartanah tersebut terlebih dahulu. Ini kerana pelaburan hartanah  kebanyakan hanya sekali sahaja dan bagi mengelakkan tertipu dengan pemaju hartanah

 

Bagaimana cara untuk membuat semakan terhadap pemaju hartanah? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

SEMAKAN PEMAJU HARTANAH BLACKLIST

 

Terkini, Jabatan Perumahan Negara (JPN) ada keluarkan senarai baru pemaju hartanah yang dah di senarai hitam (pada Julai 2019) mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 [Akta 118]. Terdapat 4 katagori senarai yang disediakan iaitu:

  1. Pemaju hartanah tanpa lesen
    1. Antara pemaju hartanah tanpa lesen yang ada dalam list setakat 31 Januari 2021 adalah DISINI 
  2. Pemaju hartanah yang ada projek terbengkalai
    1. Antara pemaju hartanah yang projek terbengkalai yang ada dalam list setakat 31 Januari 2021 adalah DISINI 
  3. Pemaju hartanah yang tak hormat award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
    1. Antara pemaju hartanah yang tak hormat TTPR yang ada dalam list setakat 12 Februari 2021 adalah DISINI
  4. Pemaju hartanah yang gagal setel bayar saman tertunggak
    1. Antara jenis kesalah yang pemaju kena saman terdapat 3 jenis iaitu:
      1. Kesalahan pemaju perumahan berlesen di bawah seksyen 7 dan 18 (c) Akta 118.
      2. Izin Iklan dan Penjualan sesuai dengan peraturan 5 (Peraturan Pembangunan Perumahan (Pengendalian dan Perlesenan) 1989.
  • Kesalahan pengurusan dan penyelenggaraan Akaun Pembangunan Perumahan (HDA) di bawah Peraturan Pembangunan Perumahan (1A), 5 (6), 6 Akaun Pembangunan Perumahan) 1991.
  1. Antara pemaju hartanah yang gagal bayar saman yang ada dalam list setakat 12 Februari 2021 adalah DISINI 

 

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA PEMAJU TERSENARAI BLACKLIST

 

Sekiranya anda telah membuat pelaburan hartanah dan didapati pemaju hartanah tersebut tersenarai dalam Blaclist, berikut adalah tindakan yang anda boleh ambil.

  1. Untuk pemaju hartanah berlesen:
    1. Mengikut Akta Pemaju Hartanah (Kawalan dan Pelesenan) 1996 [Akta 118], pembeli rumah boleh tarik perjanjian SPA tu sekiranya projek perumahan tiada tunjuk sebarang proses dalam tempoh 6 bulan selepas sign kontrak. Anda hanya perlu dapatkan approval dari Kementerian dan kebenaran bertulis dari pihak bank je.
    2. Anda juga patut tahu yang tukang modal (financier) tak boleh nak tahan dari setuju untuk batalkan perjanjian. Bila proses dah selesai, pemaju hartanah sepatutnya bayar balik duit anda dalam 30 hari (tanpa faedah).
  2. Untuk pemaju hartanah yang takde lesen:
    1. Anda boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Perumahan. Ni termasuklah sebarang masalah yang korang hadapi dengan pemaju hartanah yang tak berlesen tu.

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI

PPAM :CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *