SEMAKAN PEMILIK TANAH RUMAH(Check Owner)

SEMAKAN PEMILIK TANAH RUMAH(Check Owner Nak Beli Sewa)

Kepada anda yang ingin membuat semakan pemilik tanah atau rumah bagi tujuan tertentu seperti membeli atau menyewa, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Untuk makluman anda terdapat beberapa urusan yang perlu anda ketahui untuk membuat penyemakan carian pemilikan ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

APA ITU CARIAN PEMILIK TANAH

Carian tanah atau semak hak milik tanah merupakan semakan status tentang hak pemilikan seseorang individu tersebut. Biasanya carian ini dilakukan bagi mendapatkan sebarang maklumat yang paling terkini berkenaan pemilik, sebarang urusan yang didaftarkan atau sebarang halangan dan sekatan jika ada.

JENIS CARIAN SEMAK PEMILIK TANAH RUMAH

Berikut adalah merupakan jenis carian yang dapat dilakukan iaitu:

1Carian RasmiCarian rasmi memerlukan permohonan secara bertulis kepada Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah yang berkenaan dan  perlu menjelaskan sejumlah bayaran. Apabila carian rasmi dilakukan, dokumen anda akan mempunyai cop dan tandatangan Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah.
2Carian PersendirianCarian persendirian dilakukan  untuk mendapatkan maklumat untuk kegunaan sendiri sahaja. Malah, tiada sebarang cop dan tandatangan Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah pada dokumen bagi carian persendirian ini.

TUJUAN CARIAN SEMAKAN PEMILIK TANAH RUMAH

Berikut adalah merupakan antara beberapa tujuan bagi melaksanan carian pemilikan ini iaitu:

  • Mengetahui status serta maklumat terkini tanah
  • Mengetahui jika terdapat sebarang sekatan atau kaveat pada tanah tersebut
  • Mengetahui status tanah yang dibeli
  • Menyimpan dokumen carian rasmi bagi yang tidak mempunyai geran tanah
  • Bagi menguruskan urusan pembahagian harta pusaka

MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI MELALUI CARIAN SEMAKAN PEMILIK TANAH RUMAH

Berikut adalah merupakan antara maklumat yang anda akan memperolehi iaitu:

  • Butiran Pemilik
  • Jenis Hakmilik
  • Nombor Hakmilik
  • Saiz dan Lokasi
  • Tujuan Tanah
  • Status Tanah
  • Penyewaan Tanah (untuk pegangan pajakan sahaja)
  • Sekatan Kepentingan
  • Bebanan
  • Butiran Hakmilik Sebelumnya

KOS DIKENAKAN CARIAN SEMAKAN PEMILIK TANAH RUMAH

Kos yang akan dikenakan adalah berbeza berdasarkan Pejabat Tanah Daerah masing-masing. Disini kami kongsikan kepada anda kos umum yang akan dikenakan iaitu:

NEGERIKOS
Kuala LumpurCarian persendirian tanah: RM 30
Carian rasmi tanah: RM 50
SelangorCarian persendirian tanah: RM 30
Carian rasmi tanah: RM 50
PerlisCarian persendirian tanah: RM 20
Carian rasmi tanah: RM 50
KedahCarian persendirian tanah: RM 30
Carian rasmi tanah: RM 75
PerakCarian persendirian tanah: RM 40
Carian rasmi tanah: RM 80
KelantanCarian persendirian tanah: RM 40
Carian rasmi tanah: RM 120
TerengganuCarian persendirian tanah: RM 10
Carian rasmi tanah: RM 20
PahangCarian persendirian tanah: RM 50
Carian rasmi tanah: RM 100
Pulau PinangCarian persendirian tanah: RM 30
Carian rasmi tanah: RM 100
JohorCarian persendirian tanah: RM 40
Carian rasmi tanah: RM 120
MelakaCarian persendirian tanah: RM 30
Carian rasmi tanah: RM 50
Negeri SembilanCarian persendirian tanah: RM 20
Carian rasmi tanah: RM 40
SabahCarian Tanah: RM 20
LabuanCarian Tanah: RM 30
SarawakCarian Tanah: RM 15

CARA CARIAN SEMAKAN PEMILIK TANAH RUMAH

Kepada anda yang ingin membuat semakan, terdapat beberapa cara iaitu:

Pejabat Tanah DaerahAnda perlu berkunjung ke kaunter Pejabat Tanah dan sediankan maklumat seperti berikut:

Hakmilik / Geran

Nama Mukim

Seksyen (Jika Ada)

Daerah

Maklumat yang lengkap ini diperlukan bagi memudahkan urusan carian tanah ini

Anda juga perlu membayar sejumlah bayaran dan kadar  yang akan dikenakan bergantung kepada Pejabat Tanah masing-masing.

Carian online atau dalam talian

Nota: Bagi negeri-negeri yang lain akan dikemaskini sekiranya ada

Firma GuamanAnda akan dikehendaki membayar yuran sebagai tambahan kepada kos yang perlu dibayar kepada pejabat tanah untuk perkhidmatan ini. Jika anda sudah mempunyai peguam yang mewakili anda dalam pembelian hartanah/tanah anda, melakukan carian tanah mungkin merupakan salah satu perkhidmatan.

TEMPOH CARIAN SEMAKAN PEMILIK TANAH RUMAH

Bagi setiap jenis carian tanah, setiap pejabat tanah akan mempunyai masa penyelesaian yang berbeza bergantung kepada kelancaran proses sewaktu di Pejabat Tanah Daerah. Sekiranya anda tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk disediakan, ia mungkin memakan masa yang lama.

  • Bagi carian persendirian yang mempunyai maklumat lengkap boleh diselesaikan dalam masa hanya satu hari atau dilakukan di rumah sahaja bagi kawasan yang menawarkan perkhidmatan online atau dalam talian.
  • Bagi carian rasmi yang memerlukan cop dan tandatangan, ia akan mengambil sedikit masa dan biasanya dalam masa 7 hari bekerja.

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment