SEMAKAN PENYATA PENCEN ONLINE PESARA KERAJAAN

SEMAKAN PENYATA PENCEN ONLINE PESARA KERAJAAN

Kepada pesara, sudah semestinya ingin menyemak penyata pencen bulanan yang akan diterima pada setiap bulan. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan penyata pencen online bagi pesara kerajaan Malaysi, semoga membantu

 

CARA SEMAKAN PENYATA PENCEN ONLINE

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan penyata pencen secara online menggunakan menggunakan aplikasi atas talian JPA:

  1. Layari pautan rasmi Aplikasi Atas Talian JPA: https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan.
    • No Kad Pengenalan
    • No akaun Pencen
  3. Semua maklumat yang diperlukan ada atas Kad Pesara anda.
  4. Penyata Pencen akan dipaparkan.

 

APLIKASI ATAS TALIAN JPA(www.jpapencen.gov.my)

Selain itu, anda juga boleh layari Aplikasi Atas Talian yang terdapat di laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan (www.jpapencen.gov.my). Berikut adalah kemudahan yang disediakan:

  • Semakan Status Permohonan Persaraan;
  • Cetakan Surat Persaraan Pilihan;
  • Semakan Pemberian Taraf Berpencen;
  • Semakan Kelulusan Faedah Persaraan;
  • Semakan PenyataPencen;
  • Pemakluman Bayaran Ganjaran;
  • Bantuan Mengurus Jenazah;
  • Semak Pindaan Potongan;
  • Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil;
  • Sistem Maklum Balas;
  • Surat Akuan Pesara;
  • Kelulusan Pelantikan Wakil Diri;
  • Status Permohonan Tuntutan Perubatan; dan
  • Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan).

 

BAYARAN PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP) 2023

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara. Ia dilaksanakan sebagai inisiatif pihak kerajaan untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

Keputusan kerajaan memberikan PKKP sebagai satu bentuk bantuan khas itu kepada pesara adalah susulan kepada keputusan mahkamah yang membatalkan penyelarasan kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus.

 

CONTOH PENGGIRAAN KADAR PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP)

PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.

Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,550.49 (Amaun pencen asal), manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,850.43 (amaun pencen semasa), pengiraan PKKP adalah seperti berikut:

  • Amaun Pencen semasa – Amaun pencen asal = Bantuan khas PKKP
  • RM1,850.43 –  RM1,550.49 = RM299.94

 

TEMPOH PEMBERIAN PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP)

Bayaran akan dibuat bermula pada bulan Julai 2023 hingga Disember 2023

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP)

Apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap pesara?

  • pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan
  • pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara

Adakah pesara perlu membuat pembayaran semula kenaikan pencen dua peratus (2%) yang telah diberikan mulai tahun 2013?

  • Tidak perlu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan tidak boleh mengutip balik penyelarasan pencen tahunan sebanyak 2% yang telah dibayar sebelum ini.

Adakah pesara terus menerima PKKP pada Januari 2024?

 

  • Tidak, walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji bersekali dengan cadangan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai semakan penyata pencen online pesara, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN 

6 Comments

  1. Saya lupa kata laluan.. Nak register semula dah tak boleh.. Bila klik lupa kata laluan.. Dia kata tak boleh..

  2. Salam tuan, saya telah bersara pada tahun 2022 dan menerima bayaran pencen berdasarkan gred semasa saya. Dan pada tahun 2023 gred saya dinaikan satu tangga lagi di mana permohonan kenaikan gred tersebut dibuat semasa saya dalam perkhidmatan. Kemusykilan saya; akan adakah perubahan jumlah bulanan saya atau kekal dengan dengan jumlah yg telah ditawarkan.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *