SEMAKAN STATUS PKSK 2022 (Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran)

SEMAKAN STATUS PKSK 2022 (Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran)

Untuk makluman anda, semakan permohonan kemasukan sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 atau Tahun 1 Sijil Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  bagi sesi 2022 / 2023 boleh dibuat bermula 15 Mac 2022. Semakan permohonan ini melibatkan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti senarai berikut:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Maktab Tentera DiRaja
  • Sekolah Menengah Teknik
  • Kolej Vokasional

 

APAKAH PKSK?

Seperti yang kita sedia maklum, permohonan kemasukan sekolah khusus bagi kemasukan tahun 2022 dilakukan dengan sedikit perbezaan disebabkan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) susulan penularan wabak COVID-19.

Oleh yang demikian, pihak KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) menggantikan UPSR dan PT3 yang akan digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Khusus.

 

FORMAT PENILAIAN

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

Bahagian B: Kecerdasan Intelek

Bahagian C: Artikuasi Penulisan

Perincian setiap bahagian PKSK diterangkan melalui jadual di bawah:

PerkaraBahagian A
Kecerdasan Insaniah
Bahagian B
Kecerdasan Intelek
Bahagian C
Arikulasi Penulisan
KaedahOnlineOnlineBersemuka
Jenis
Item
Soalan Objektif (MCQ)Soalan Objektif (MCQ)Soalan Subjektif
Cakupan Isi
Kandungan
EQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am,
Penyelesaian Masalah
Tajuk ditetapkan
Skor20%70%10%

TARIKH PENDAFTARAN

Calon-calon yang ingin memohon perlu peka mengenai tarikh-tarikh penting PKSK iaitu:

PKSK

CARA MEMBUAT SEMAKAN PKSK

Calon-calon yang ingin membuat semakan permohonan bolehlah mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut untuk permohonan:
    – Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/
    – Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/
  2. Klik bahagian ‘Semakan Tawaran’
  3. Masukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan ‘Klik Untuk Login.’
  4. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  5. Setelah semua maklumat diisi, klik semakan permohonan.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BERKENAAN TARIKH SEMAKAN TAWARAN DAN PENDAFTARAN SEKOLAH KHUSUSPKSK

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

  • Laman web rasmi https://www.moe.gov.my/
  • Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia d
  • Twitter KPM

ATAU

Bahagian Sekolah Berasrama Penuh: 03-83217 4000

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional: 03-8884 5154

Bahagian Pendidikan Islam: 03-8321 7200

Unit Pengambilan dan Promosi, Jabatan Pendidikan Tentera: 03-8946 5562/5565

 

ARTIKEL LAIN

PKSK 2022:Permohonan Sekolah Khusus SBP MRSM SMKA SMT(Bila Tarikh Buka?)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *