SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN RM500:BILA TARIKH BAYARAN DIKREDITKAN?

SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN RM500:BILA TARIKH BAYARAN DIKREDITKAN?

SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN

Kepada golongan B40 yang menerima BPR,anda boleh buat semakan status kelayakan Bantuan Tambahan sebanyak RM500.Tarikh pembayaran dikreditkan pada Jun 2021.

Macam mana nak tahu saya layak bantuan tambahan RM500?

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut:

  • Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
  • Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

 

SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN RM500(PEMERKASA)

Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan.Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

Adakah perlu mohon bantuan tambahan RM500?

Untuk makluman, tiada permohonan yang perlu dibuat . Ini kerana penerima akan secara automatik menerima bantuan ini jika layak.

Data daripada KWSP, LHDN dan PERKESO diambil kira bagi menentusahkan mereka yang layak menerima bantuan ini.

Bilakah tarikh bayaran bantuan tambahan RM500 dikreditkan kepada akaun penerima?

RM500 tambahan ini akan diberikan kepada penerima bermula Jun 2021.

SOALAN LAZIM

Berapakah jumlah bantuan tambahan PEMERKASA 2021?

RM500 bagi B40 dan RM500 bagi penerima BPR dengan pendapatan bawah RM1000.

Bilakah bantuan ini akan disalurkan?

Bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima.

Adakah bayaran ini termasuk BPR yang sedia ada?

Tidak. Ini adalah bayaran tambahan.

Berapakah had umur yang layak untuk menerima bantuan ini?

Kedua-dua kategori itu membabitkan penerima berusia antara 21 hingga 60 tahun

Adakah perlu proses pendaftaran permohonan?

Tidak membabitkan proses pendaftaran permohonan.

Bagaimana jika penerima yang layak berstatus bankrap?

Bagi individu berstatus bankrap, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan.

Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami potongan ansuran bulanan.

Bagaimana jika saya tidak layak BPR?

Rujuk cara buat rayuan BPR

 

68 thoughts on “SEMAKAN STATUS BANTUAN TAMBAHAN RM500:BILA TARIKH BAYARAN DIKREDITKAN?”

    • Jika saya tidak mempunyahi acc bsn..tetapi mempunyahi acc bank di bank lain..ctoh cimb..adakah iayanya akan masuk ke acc cimb tersebut. Atau harus pergi ke bank bsn..utk maklumat lanjut.

      Balas
      • Nie sama masaalah kita, saya hanya ada mybank, dan akaun tu tidak didaftar di bsh, selama nie saya hanya menerima cash dari bank untuk bantuan kerajaan, apakah bantuan rm500 nie perlu kita ke bank jugak untuk menerimanya

        Balas
    • Jika dpt no baucr bwakp bank bsn dn bg ic penerima dh tnjuk no baucr akan dpt cash..hnya nama penerima sja bleh tuntut…jika nama suami hnya suami sja bleh isteri xbleh sekian….

      Balas
  1. Saya tiada akaun bank…selama ini terima BPR melalui kaunter BSN…jadi jika layak bagaimana penerimaan nya??

    Balas
  2. Saya dah terima bpr fasa 2 dah lulus,, bantuan pemerksa saya layak penerima bantuan tambahan pemerksa b40 rm 500.

    Balas
  3. Sya mohd suhaimi,sya penerima bpr b40..klau tggungan byak yg mcm sya..isteri x kerja..adakah sya layak menerima bantuan rm500 tu?

    Balas
  4. Sya khairul abidin bin rosli.penerima b40..gaji rm1000 tanggungan 5 org.adakah sya layak menerima bantuan dri pemerkasa

    Balas
  5. assalamualaikum w.b.t…bleh sy taw ‘bilakah’ tarikh bantuan rm500 akn dpt…?sy dgr2 duit bantuan rm500 msuk awl buln jun..tpi bla sy check account..x msuk2 lgi pun..adakah ia byar scra berperingkat..??trima kaseh…

    Balas
  6. Selepas PRU14 semua bantuan daripada kerajaan semasa BN memerintah telah dihentikan.Nama bantuan sahaja bertukar tapi bantuan kerajaan seperti zaman BR1M,Saya mempunyai dua anak perempuan berusia 14 tahun dan masih belajar di Tgktn 2 manakala seorang lagi 19 tahun dan merupakan pelajar UiTM Kampus Segamat, Johor. Isteri saya berstatus OKU dimana kaki kanan terpaksa dipotong akibat kemalangan jalanraya, kedua2 tangan patah dan dimasukkan besi sebagai sokongan. Saya yang menguruskan segala pergerakan beliau untuk kesesuatu tempat sekiranya ada urusan, Saya tiada langsung pendapatan bulanan kerana membantu isteri saya yang menjadi agen menjual tiket bas ekspres dan pendapatan bergantung kepada komisen tiket yang dijual. Sekarang ini Total Lockdown dan bas tidak beroperasi,Saya buntu memikirkan dimana hendk mencari wang untuk menyara keluarga saya. Semua bantuan kerajaan negeri dan pusat telah ditolak.

    Balas
  7. As’kum wrth….saya Kamarul zilan Bin Kalid terlebih dlu ingin mengucapkan dengan sekalung terima kasih pada PM malaysia tan sri Muhhiydin yasin diatas jasa beliau meringankan beban kami rakyat malaysia dalam rutin hidup ketika seluruh dunia dalam bencana pandemik seperti sekarang ni…saya mewakili seluruh rakyat ingin meyampaikan sekalung terima kasih kepada PM dari kami warga malaysia…semoga tan sri muhhiydin yasin diberi kesihatan yg sihat setiap masa….

    Terima kasih Tan Sri…

    Balas
  8. Saya dah dapat BPR fasa kedua adakah saya layak menerima bantuan tambahan rm500 saya Siti Sumarno binti juanis

    Balas
  9. Saya ,telah menerima bpr FASA 2 Pd bulan mei 2021 adakah says kayak menerima bantuan tanbahan rm500 ,sebab saya penerima b40 .

    Balas
    • tolong semak status kelayakan saya sebab tahun lalu status sya bujang msa memohon bpr dan skarang sya suda berumahtangga dan mempunyai tanggungan. saya sudah mengemaskini status saya dekat LHDM tetapi apabila saya semak secara online status saya masi bujang.

      Balas
    • Adakah saya layak menerima bantuan rm500? Sebenarnya Saya penerima bpr golongan b40. Belum lagi creditkan kedalam akaun bank. Tolong semak ic 800722105978.. Terima kasih. Tolong email Saya..

      Balas
  10. Hari demi hari aku menanti bantuan 500 ne.terlalu susah hidup sebagai perantau.tambahan pula di buang kerja.dah bertahun aku merantau ini lah teramat perit untuk makan dan minum dan tiada tempat tingal…YA ALLAH MUDAH KAN LAH HIDUP KU…
    WAHAI YANG KUASA KERAJAAN JIKA BENAR BANTUAN ADA.TOLONG LAH PERCEPAT KAN SIKIT…

    Balas
    • Saya SINAIDAIBNOHAJAN
      SAYA DAPAT ACC SYA BSN ENTAH LAYAK KA ATAU TIDAK SYA DAPAT BANTUAN 500 SEMUA BANTUAN SAYA DAH DAPAT 500,NIE MUSTAHIR SAYA TIDAK DAPAT SAYA JANDA ANAK 3,DAN HIDUP MERANTAU DI KL NIE KERJA PUN SEKARANG TIADA SEBAB PKP NI

      Balas
  11. Suami saya telah hilang pekerjaan semasa pandemik pada bulan april. tetapi status bpr lulus adakah layak menerima one off rm500? sekiranya layak adakah akan terus masuk ke akaun bank saya? mohon jelaskan.

    Balas
  12. Adakah bantuan tambahan PEMERKASA untuk golongon b40 ini wujud?? Sebab sampai ke hari ini masih belum menerima pengkreditan di dalam account. Mohon penjelasan…

    Balas

Leave a Comment