SEMAKAN STATUS BKSS 6.0 : Check Bayaran Duit KIR (RM250) & Bujang (RM500)

Utama / BKSS / SEMAKAN STATUS BKSS 6.0 : Check Bayaran Duit KIR (RM250) & Bujang (RM500)

SEMAKAN STATUS BKSS 6.0 : Check Bayaran Duit KIR (RM250) & Bujang (RM500)

 

Anda ingin tahu sama ada anda layak atau tidak Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS) 6.0?

Anda boleh buat semakan status BKSS 6.0 untuk check kelayakan Insentif Ketua Isi Rumah(KIR)B40 atau Bujang B40 seperti berikut:

Antara sembilan langkah yang pertama insentif untuk ketua isi rumah dan individu bujang B40 berumur 21  tahun ke atas.

 

SEMAKAN BKSS 6.0 KETUA ISI RUMAH(KIR) B40

Setiap Ketua Isi Rumah B40 Sarawak akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

 

SEMAKAN BKSS 6.0 INDIVIDU BUJANG  B40

Individu Bujang B40 Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off atau sekali sahaja mulai 31 Ogos 2021.

 

BAGAIMANA NAK CHECK ANDA LAYAK ATAU TIDAK BKSS 6.0?

Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

 

CARA PEMBAYARAN BKSS 6.0(KIR B40/INDIVIDU BUJANG B40)

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

 

Bantuan Tunai BKSS 6.0 – Bujang & KIR

  • Ketua Isi Rumah (KIR) B40 akan menerima pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021
  • Manakala individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas menerima pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off).
    Senarai penerima bantuan berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuk senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

Bila Tarikh Bayaran BKSS 6.0 ?

Kategori KIR – Pembayaran tunai RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021

 

Kategori Bujang- Pembayaran tunai RM500 secara sekali bayar (one-off) mulai 20 Ogos 2021 (Pada awalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2021)

 

Ringkasan jadual pembayaran adalah seperti berikut:

Pembayaran (Status Bujang/RM500 One-Off) – 20 Ogos 2021
Pembayaran (Ketua Isi Rumah/RM1500)

RM250 – 20 Julai 2021
RM250 – 20 Ogos 2021
RM250 – 20 September 2021
RM250 – 20 Oktober 2021
RM250 – 20 November 2021
RM250 – 20 Disember 2021

 

Bilakah Tarikh Bayaran BKSS 6.0 Bagi Penerima Tunai?

Bagi penerima tunai di BSN, bayaran akan dibuat setiap 3 bulan sekaligus.

Tarikh penerimaan / tuntutan adalah seperti berikut:

Fasa 1: RM750 mulai 20 Julai 2021
Fasa 2: RM750 mulai 20 Oktober 2021

SOALAN LAZIM

Perlu ke buat permohonan semula BKSS 6.0 Insentif Ketua Isi Rumah(KIR)B40 atau Bujang B40?

Tidak perlu.

Bagaimanakah cara nak buat semakan kelayakan BKSS 6.0 Insentif Ketua Isi Rumah(KIR)B40 atau Bujang B40?

Anda boleh semak melalui portal BKSS https://bkss.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak

Bilakah tarikh bayaran Insentif Ketua Isi Rumah(KIR)B40?

Bermula 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

Bilakah tarikh bayaran BKSS 6.0 Individu Bujang B40?

Bermula 31 Ogos 2021.

Bagaimanakah jika BKSS saya sebelum ini tercicir?

Rujuk BKSS TERCICIR

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan: Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]

27 Comments

  1. Slmt Ptg,
    Saya Tidak Pernah memohon Dan Isi Permohonan Bkss Sblm ini.
    Tapi Saya Penerima BPN.

    Mohon Pencerahan Dan Tindakan Lanjut pihak Tuan.

    Sekian, Terima Kasih.

    Mohamed Yusuf bin Wasli

    • Selamat petang encik.Saya Sivagamy Subramanian(741105085468) telah membuat permohonan untuk telefon pintar percuma.Saya ingin untuk membuat pembatalan permohonan tersebut.Saya berminta maaf atas kesilapan yang saya buat tadi.Saya mengharap agar dapat mengambil tindakan segera atas permohonan saya.Terima kasih.

      Yang benar,Sivagamy

  2. Selamat pagi,,bulan mei ini sy tidak layak dn tidak di lurus kn menerima bpn atas stetus perkawinan,,. Mohon pencerahan dn tindak lanjut pihak tuan ,sekian trima kasih,,kindo ribol,

  3. Hai.. saya nak tanya, bapa saaya dia ada mohon BKSS 5.0 sebelum ini tetapi dinyatakan gagal walaupun golongan B40, jadi macammana ya dia nak mohon BKSS 6.0 ini? sebab ada dimaklumkan bahawa pembayaran dilakukan berdasarkan data BKSS yang lepas. Mohon jelaskan pertanyaan saya, terima kasih.

  4. Saya sudah buat permohonan bantuan Sarawak ku sayang sebelum ini….pada 15.5.2020 permohonan rayuan anda berjaya katanya tapi gagal dikrdt kan ke akuan sampai skrg…apa kah saya layak memohon boss 6.0 kah??????

  5. Saya Muhammed ojek..Penerima.bantuan.bpr 2021.. Saya bukan b40/bujang..saya ialah B40/KIR..rujuk data peribadi saya ke wedsite Ekasih…No.kad 621210-13-5723 ke wedsite Ekasih..sekian hrp maklum

  6. Bapa sy terima separuh saja last year, saya ada berurusan melalui email & telefon sampai hari ni tiada jawapan.

  7. Mcm mna nk.kmas kini nmbor akaun bank…sblm ni sye pkai baucar,tpi sye nk.kmas kini supaya bkss yg 6.0 ni masuk bank….

  8. Selamat petang.saya nak tanya kalau hendak kemas kini maklumat bkss sekarang boleh ke?sebab saya baru sahaja buat akaun bank saya.supaya senang untuk urusan sebegini

  9. Slmt Ptg,
    Saya Tidak Pernah memohon Dan Isi Permohonan Bkss Sblm ini.
    Tapi Saya Penerima BPN.

    Mohon Pencerahan Dan Tindakan Lanjut pihak Tuan.

    Sekian, Terima Kasih.
    Jatasia Limang Anak Asan

  10. Kenapa B40 saya terima separuh sja,april hingga jun sja dpt, julai smpai september tiada,,dah tel no tali khidmat 082 555999 sampai skrng tiada jwpan ???????

  11. Dalam status bkss saya 20 september..saya tak faham brapa haribulan sebenarnya…duit bkss..bujang masuk acc mohon beri penjelasan..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *