SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO (Cara Check & Clearkan Nama)

Utama / BLACKLIST TELCO / SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO (Cara Check & Clearkan Nama)

SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO (Cara Check & Clearkan Nama)

Adakah anda ingin mengetahui status blacklist telco anda? Untuk pengetahui anda, kemungkinan juga nama anda disalahguna pakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mendaftarkan telco atas nama anda dan membuatkan anda menjadi blacklist dengan telco tersebut.

Bagaimana cara ntuk membuat semakan blacklist telco dan cara untuk clearkan nama anda dari balclist? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA BOLEH DI BLACLIST DARI TELCO

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda menggunakan perkhidmtan telco tersebut dan anda tidak membuat pembayaran sehingga 4 kali (anggaran, bergantung pada telco masing-masing), nama anda akan secara automatik disenarai hitamkan.

 

CARA SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO

Untuk membuat semakan blacklist telco, terdapat beberapa cara, antaranya :

  1. MNP (Mobile Number Portability).
    • MNP merupakan salah satu cara untuk menukar ‘port’ telco nombor telefon anda kepada telco lain. MNP boleh dibuat di mana-mana service centre telco tersebut.
    • Sekiranya MNP gagal, ada kemungkinan anda telah diblacklist oleh telco sebelum ini.
  2. Anda tidak boleh mendaftar postpaid dari mana-mana telco.
    • Ini bermaksud, nama anda telah di blacklist oleh mana-mana telco di Malaysia.
  3. Semakan Kredit Pembekal Perkhidmatan atau pendaftaran Postpaid.
    • Layari pautan untuk membuat semakan DI SINI
    • Seterusnya anda klik pada Checkout.
    • Kemudian, anda boleh menyemak dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Verify.
    • Sekiranya anda dipaparkan seperti ‘Sorry, you are unable to make any purchase as you have been balclist by serve provider(s) below: (telco yang blaclistkan anda)’ bermaksud anda anda diblacklist oleh telco berkaitan tersebut


CARA CLEARKAN BLACKLIST TELCO

Berikut adalahmerupakan cara untuk anda menyelesaikan blacklist dari telco tersebut:

  1. Pergi ke Service Centre telco tersebut yang berhampiran dengan anda dan membuat pembayaran tertunggak sepenuhnya. Dalam masa 24jam, blacklist anda akan clear.
  2.  Hubungi Helpline telco, dapatkan no akaun bil anda yang tertunggak, buat pembayaran secara online (Online Banking ) dan selepas pembayaran selesai, blacklist anda akan clear dalam 24 jam.


CARA CLEARKAN NAMA BLACKLIST TELCO DARI PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Sekiranya anda tidak pernah menggunakan perkhidmatan telco tersebut (disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab) tetapi nama anda telah disenaraikan hitam di sebabkan mempunyai bil tertunggak, berikut adalah cara untuk clearkan nama anda:

  1. Buat laporan polis terlebih dahulu mengatakan nama anda telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
  2. Anda juga boleh membuat laporan dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi
    • Mengikut Akta 709 Perlindungan Data Peribadi (PDPA)
    • Antara maklumat yang dilindungi oleh akta ni adalah : Nama dan alamat, Nombor kad pengenalan, Nombor pasport, Maklumat kesihatan, Alamat e-mel, Gambar, lmej dalam rakaman CCTV, dan Maklumat dalam fail peribadi.
    • Kemukakan aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi melalui email [email protected]
    • Hubungi melalui One Call Centre (1MOCC) 03 – 8000 8000
  3. Bawa laporan polis tersebut  ke mana-mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah. Anda boleh menggunakan perkhdimatan kerani di sana untuk membuatkan surat sumpah.
  4. Setelah lengkap semuanya, anda perlu fax atau emailkan kedua-dua dokumen tadi tu ke alamat email rasmi telco anda tersebut  atau anda juga boleh membawa ke cawangan telco tersebut yang berhampiran anda.
  5. Tempoh masa penyelesaian bergantung pada perkhidmatan telco tersebut. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menghubungi telco anda tersebut untuk mengetahui status blacklist anda sama ada sudah diclearkan atau belum.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN BIL TERTUNGGAK TELCO (DIGI/CELCOM/MAXIS/YES 4G/REDONE/UMOBILE/TUNETALK)

CARA SHARE KREDIT (CELCOM/DIGI/MAXIS/U MOBILE/TUNE TALK)

CARA TUKAR PLAN ANTARA PREPAID DAN POSPAID (DIGI / CELCOM / MAXIS / TUNETALK / UMOBILE / YES)

CARA LOGIN (Digi OCS /Maxis ID/Celcom life/RedOne Selfcare/MyYes)

17 Comments

  1. Sya nk check nama atas pengguna digi dgn maxis nama sya tk pernah pkai line digi mengapa tiba2 ada nama blacklist d digj

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *