SEMAKAN STATUS CIMS MITI:PENDAFTARAN SYARIKAT BEROPERASI PKP

SEMAKAN STATUS CIMS MITI:PENDAFTARAN SYARIKAT BEROPERASI PKP

 

Jika anda telah membuat pendaftaran dan permohonan syarikat beroperasi semasa PKP,maka anda boleh membuat semakan status CIMS MITI untuk dapatkan kelulusan.

APA ITU MITI?

Pada April 1956, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah ditubuhkan dengan ibu pejabat di Pejabat Kerajaan di Jalan Raja.

Kementerian ini kemudiannya telah ditukar kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada Februari 1972.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian berpecah kepada 2 Kementerian berasingan iaitu:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI); dan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

APA ITU CIMS MITI?

COVID19 Intelligent Management System (CIMS) adalah sebuah sistem pengisytiharan syarikat yang membolehkan pendaftaran secara sukarela oleh majikan.

Melalui sistem ini, pengguna boleh memohon surat kebenaran untuk beroperasi berdasarkan sektor-sektor yang dibenarkan oleh kerajaan dalam tempoh PKP.

Sektor-sektor yang boleh berdaftar di CIMS 3.0 adalah:

  • Perkilangan dan Perkhidmatan berkaitannya
  • Perkhidmatan Profesional
  • Peruncitan, pemborongan dan pengedaran
  • Pembinaan
  • eDagang
  • Sukan

CARA PENDAFTARAN CIMS MITI(Permohonan Beroperasi Dalam Tempoh PKP)

Untuk mendaftar, syarikat boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Layari https://notification.miti.gov.my
  2. Daftar sebagai pengguna
  3. Isikan maklumat syarikat
  4. Mohon surat kebenaran beroperasi

TUTORIAL PENDAFTARAN CIMS MITI

Anda boleh rujuk video di sini:

SEMAKAN STATUS CIMS 3.0 MITI

Setelah mendaftar, anda boleh membuat semakan status dan mencetak surat kelulusan beroperasi dalam tempoh PKP.

Macam mana jika dipaparkan status “Kebenaran Beroperasi Digantung”?

MAKSUD STATUS LULUS CIMS 3.0 (Tapi Kenapa Kebenaran Beroperasi Digantung)

Maksudnya berlaku kesilapan memilih sektor untuk beroperasi (kesilapan pendaftaran)

SEMAKAN STATUS CIMS MITI

SEMAKAN STATUS CIMS MITI

Bagi yang menerima status “Kebenaran Beroperasi Digantung”, anda perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Sila periksa semula sama ada sektor yang anda nyatakan dibenarkan beroperasi atau tidak semasa PKP.
  2. Rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara untuk sektor yang dibenarkan beroperasi.
  3. Jika syarikat anda tidak tersenarai dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, maka permohonan akan digantung walaupun mengeluarkan status lulus.
  4. Jika berlaku kesilapan pendaftaran, sila pergi ke menu ‘Pendaftaran Borang Notifikasi Baru’.
  5. Sila isikan maklumat yang berkaitan dan rujuk selanjutnya dalam infografik di bawah.

Jika anda perlukan pencerahan tentang skop industri masing-masing,sila rujuk DISINI.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut tentang semakan status CIMS MITI boleh dirujuk melalui laman web rasmi berikut : https://www.miti.gov.my/miti/

Ibu Pejabat MITI

Ministry of International Trade and Industry Menara MITI,No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 603-8000 8000 | Faks : 03-6206 4693 | Emel : webmiti[at]miti.gov.my | Website : http://www.miti.gov.my

7 Comments

  1. Hi, macam mana nak tahu company saya boleh operasi atau tak? Saya dah apply di miti. Cuma tak tahu status dia tulis baharu.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *