Skip to content
SemakanStatus
  • Utama
  • Hubungi
SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE 2021

Utama / CTOS / SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE(CARA DAFTAR & LOGIN LAPORAN KREDIT)

SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE(CARA DAFTAR & LOGIN LAPORAN KREDIT)

31 Ogos, 202231 Ogos, 2022 by Farid

SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE(CARA DAFTAR & LOGIN LAPORAN KREDIT)

SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE 2021

Adakah anda mengetahui anda sudah disenarai hitam dari pihak bank? Mungkin anda akan berasa risau bila dapat tahu anda ini pernah kenasenarai hitam. Jika anda ingin membuat pinjaman bank untuk beli aset seperti rumah,beli kereta, ataupersonal loan, anda perlu buat semakan CTOS terlebih dahulu bagi mengetahu status laporan kredit anda. Anda tidak perlu bimbang, untuk mengesahkan samada anda kena senarai hitam atau tidak. Anda boleh baca cara SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE di ctos.id.ctos.com.my.

 

 

MAKLUMAT UMUM MENGENAI SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE

CTOS merupakan akronim kepada Credit Tip Off Service, di mana ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit, sama seperti CCRIS tapi tidak serupa. baca juga SEMAKAN STATUS CCRIS ONLINE : CARA DAFTAR & LOGIN

Dengan membuat semakan MyCTOS , anda akan boleh mengetahui laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Untuk pengetahuan anda, CTOS dikendalikan oleh syarikat swasta yang berdaftar dan bukanlah di bawah pentadbiran mana-mana badan kerajaan.  CTOS Sdn Bhd ditubuhkan di bawah skop Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010).

 

PERBEZAAN CTOS DENGAN CCRIS

  • CCRIS adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM)
  • CTOS adalah agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM.

Walaupun laporan kredit yang kurang baik boleh menyebabkan seseorang tidak lulus pinjaman bank, namun kedua-dua badan semakan ini tidak mengeluarkan senarai blacklist yang menghalang mana-mana individu dari membuat pinjaman.

 

CARA DAFTAR UNTUK BUAT SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE

Sebelum anda boleh login ke portal CTOS, anda perlu buat pendaftaran dahulu.

Kami akan kongsikan cara daftar CTOS secara online adalah seperti panduan di bawah:

  1. Layari laman web rasmi CTOS di https://ctoscredit.com.my/dan tekan ‘Daftar Sekarang’.
  2. Pilih jenis dokumen. pilih MyKad jika anda warganegara Malaysia
  3. Sila isikan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).
  4. Masukan maklumat peribadi
  • Masukkan nama penuh seperti dalam MyKad
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Masukkan email
  • Masukkan nombor telefon
  • Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.
  1. Klik “Get Verification Code”
  2. Tunggu sehingga SMS diterima pada nombor telefon anda
  3. Masukkan Verification Code yang diterima untuk buat pengesahan
  4. Klik “Continue”
  5. Semak email. Biasanya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.
  6. Buat pengesahan email

 

 

CARA LOGIN SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE 

CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS.Anda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.

  • Untuk menyelesaikan proses pendaftaran, log masuk dengan
  • ID pengguna
  • kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.

 

 

SENARAI MAKLUMAT DALAM SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE

Berikut adalah senarai maklumat dalam Laporan CTOS:

  1. Pengesahan identiti
  2. Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
  3. Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
  4. Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
  • Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
  • Rekod cek tidak sah
  • Komen anda

Bank akan melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.

 

 

CARA SEMAK CTOS (CHECK STATUS BLACKLIST)

Jika anda selesai login, anda akan dipaparkan dengan Dashboard dalam portal CTOS online.

Laporan rasmi CTOS mempunyai 5 bahagian iaitu:

  1. Bahagian A – perihal butiran diri
  2. Bahagian B – perihal dan butiran dari Bank Negara dan agensi kerajaan yang lain
  3. Bahagian C – perihal milikan syarikat dan lembaga pengarah
  4. Bahagian D – perihal kredit dan butiran dari CCRIS serta senarai cek tendang yang dikeluarkan.
  5. Bahagian E – perihal bayaran tunggakan dan sebagainya kepada syarikat utiliti seperti telekomunikasi, api, air dan sebagainya.

Anda akan diberi CTOS ID dan laporan lengkap yang pertama secara percuma. Bagi mendapat laporan berikutnya, bayaran akan dikenakan mengikut kategori-kategori tertentu. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan bermula dari RM25 untuk satu laporan yang anda inginkan.

 

SUMBER LAPORAN SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE

Bagi menghasilkan laporan, CTOS Sdn Bhd mendapatkan data dan maklumat dari sumber awam seperti berikut

  • Bank Negara Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar tempatan dan warta kerajaan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut tentang CTOS boleh didapati melalui laman web rasmi CTOS atau melalui saluran berikut:

CTOS Data Systems Sdn Bhd,Unit 01-12, Level 9,Tower A, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South,No. 8, Jalan Kerinchi,59200, Kuala Lumpur

[email protected]

Facebook: CTOS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Categories CTOS Tags CARA DAFTAR & LOGIN LAPORAN KREDIT, CCRIS, CHECK STATUS BLACKLIST, CTOS, CTOS ONLINE, LOGIN SEMAKAN STATUS, PERBEZAAN CTOS DENGAN CCRIS, Permohonan kredit, Sejarah Kewangan, SEMAKAN STATUS, SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE, SENARAI MAKLUMAT, SENARAI MAKLUMAT DALAM SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE
SEMAKAN BAKI PINJAMAN AEON CREDIT  (Check Balance Online/SMS)
LUPA KATA LALUAN BKM 2022(Cara Reset ID & Tukar Password)

11 thoughts on “SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE(CARA DAFTAR & LOGIN LAPORAN KREDIT)”

  1. Pingback: APLIKASI TRUECALLER : CARA MUAT TURUN DAN CARA ELAK JADI MANGSA GANGGUAN SEKSUAL - SemakanStatus
  2. Pingback: SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE:CHECK SENARAI HITAM - SemakanStatus
  3. Pingback: SEMAKAN STATUS CCRIS ONLINE : CARA DAFTAR & LOGIN - SemakanStatus
  4. Pingback: LOGIN CIMS MITI 3.0 : CARA BUAT SEMAKAN STATUS & DAFTAR SYARIKAT BEROPERASI PKP 3.0 - SemakanStatus
  5. Pingback: CARA MAIN KUTU MAYBANK : CARA CREATE GOAL DAN SIMPANAN DUIT - SemakanStatus
  6. Muhammad mazri bin Ismail
    23 November, 2021 at 8:35 AM

    Ccts

    Balas
    • Muhammad mazri bin Ismail
      23 November, 2021 at 8:35 AM

      Ccts

      Balas
  7. Pingback: CARA LANGGAN CTOS SecureID(Cara Guna & Check di ctoscredit.com.my) - SemakanStatus
  8. Pingback: SEMAKAN BAKI PINJAMAN AEON CREDIT  (Check Balance Online/SMS) - SemakanStatus
  9. Ik
    22 Disember, 2022 at 5:08 PM

    Cara nak keluar nama blacklist centralist. Semua tak boleh buat walaupun tak ada tunggakkan hutang

    Balas
  10. Pingback: E-INSOLVENSI:SEMAKAN STATUS KEBANKRAPAN INDIVIDU & PENGGULUNGAN SYARIKAT - SemakanStatus

Leave a Comment Batal balasan

Kiriman Terkini

  • SEMAKAN SAMAN KOMPAUN KKM ONLINE(Bayar Saman Selangor KL)
  • CHECK PERMIT KERJA PLKS TERKINI(Semak Ori Ke Palsu)
  • 1 KAKI BERAPA METER (1 Meter Berapa Kaki)
  • SEMAK KOD KAWASAN AREA UNIFI(Check Online Residential Voice)
  • PERMOHONAN GANTIAN KAD PESARA HILANG (Cara Buat Kad Pencen Rosak)

Ulasan Terkini

  • ANBARASAN A/L THIRUNYANAM pada PERMOHONAN PINJAMAN AMANAH IKHTIAR 2023 (Daftar aim.gov.my)
  • Lian pada CHECK NOMBOR SOCSO:SEMAKAN NOMBOR AHLI PERKESO
  • SEMAKAN SAMAN KOMPAUN KKM ONLINE(Bayar Saman Selangor KL) - SemakanStatus pada MyBAYAR SAMAN PDRM 2023 (Cara Daftar & Bayar Saman Online)
  • SEMAKAN SAMAN KOMPAUN KKM ONLINE(Bayar Saman Selangor KL) - SemakanStatus pada HARGA SAMAN TRAFIK & JPJ 2023(Check & Semak Online)
  • Kecewa pada CARA BAYAR BIL AIR JOHOR ONLINE mySAJ:SEMAKAN EBILLING RANHILL SAJ(Daftar & Register ranhillsaj.com.my)

Copyright © 2023 | All Rights Reserved