SEMAKAN STATUS EBANTUAN JKM:DAFTAR PERMOHONAN  ONLINE

SEMAKAN STATUS EBANTUAN JKM

SEMAKAN STATUS EBANTUAN JKM:DAFTAR PERMOHONAN  ONLINE

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh membantu meringankan bebanan hidup terutamanya bagi mereka yang ditimpa kesusahan.  JKM ditubuhkan bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.

JKM menanambahbaik dan memperkenalkan Skim Bantuan Kebajikan. Bagaimana cara ingin memohon? Disini kami kongsikan cara permohonan online menerusi web rasami eBantuan JKM, semoga membantu.

Selain itu ada juga bantuan kepada warga emas, boleh mohon dengan JKM

 

APA ITU SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

 

KELAYAKAN  MEMOHON BANTUAN KEBAJIKAN

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Orang Tua (BOT);
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS).

 

CARA PERMOHONAN eBANTUAN JKM

Sekiranya anda memenuhi kelayakan permohonan di atas, anda boleh membuat permohonan secara online seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Klik DAFTAR PERMOHONAN
  3. Masukkan NEGERI anda
  4. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN
  5. Setelah selesai klik DAFTAR
  6. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
  7. Bawa bersama dokumen yang diperlukan semasa hadir ke pejabat JKM:
    1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
    2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
    3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
    4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
    5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

 

SEMAKAN STATUS EBANTUAN JKM

Untuk anda yang sudah menghantar permohonan bantuan JKM, anda bolehlah membuat semakan status permohonan anda seperti berikut:

  1. Layari pautan semakan eBantuan JKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp#myModal
  2. Di paparan utama klik pada SEMAKAN STATUS PERMOHONAN TALIAN
  3. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda
  4. Klik pada SEMAK
  5. Status permohonan anda akan terpapar

 

 

MUAT TURUN BORANG BANTUAN

Anda juga boleh memuat turun borang permohonan secara manual dan diserahkan ke pejabat JKM berdekatan dengan anda. Berikut adalah borang berkaitan:

 

SOALAN LAZIM

Apakah objektif pemberian bantuan skim bantuan kebajikan?

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

 

Adakah bantuan kewangan JKM layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR)?

Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR).

 

Terdapat beberapa buah keluarga yang tinggal bersama-sama. Adakah keluarga tersebut layak memohon satu bantuan untuk semua isi rumah atau setiap keluarga boleh memohon bantuan secara berasingan?

Setiap keluarga boleh memohon secara berasingan. Pengiraan bilangan keluarga adalah mengikut bilangan Ketua Isi Rumah. Bantuan boleh diberi berdasarkan kepada keluarga atau individu mengikut skim bantuan yang ditetapkan sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan eBantuan JKM, anda boleh layari Web Rasmi eBantuan JKM di pautan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

1 thought on “SEMAKAN STATUS EBANTUAN JKM:DAFTAR PERMOHONAN  ONLINE”

Leave a Comment