SEMAKAN STATUS eKASIH 2022 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)

SEMAKAN STATUS eKASIH 2022 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)

SEMAKAN STATUS eKASIH

Sudahkan anda memohon eKASIH?

Adakah anda layak memohon Ekasih?

Untuk pengetahuan anda, Sistem eKasih 2022 ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.

Secara Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang merupakan golongan miskin tegar.

 

 

CARA BUAT SEMAKAN STATUS eKASIH 2022

  1. ONLINE
  2. MANUAL
    • Jika anda tidak mempunyai kemudahan internet, anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

 

 

PANDUAN PENDAFTARAN

Jika terdapat individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Oleh yang demikian, Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui kaedah berikut

  • Talian telefon
  • Kaedah surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai perkongsian nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7455000
  • PPN Sarawak : 082-446582
  • PPN Sabah : 088-484800

 

SYARAT KELAYAKAN

Bagi memohon bantuan eKasih 2022,anda mestilah mengetahui syarat untuk memohon.

Untuk pengetahuan anda seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 ( bagi bandar) atau RM1,000 ( bagi luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) merupakanpendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.

Pendapatan Garis Kemiskinan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, anda boleh layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu juga, anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai yang dikongsikan di atas atau terus menghubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan dan persoalan.

Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]

 

ARTIKEL LAIN 

mohon juga BANTUAN ORANG TUA/WARGA EMAS RM500 SEBULAN

 

 

27 thoughts on “SEMAKAN STATUS eKASIH 2022 (Cara Buat Pendaftaran & Check Kelayakan)”

  1. Assalamualaikum..
    Saya siti nahara binti saraan dari semporna Sabah. Saya ingin bertanya mengenai bantuan e-kasih di Sabah. Selama saya berdaftar dalam e- kasih saya cuma dapat bantuan anak anak bersekolah. Jumlah nya rm100 setahun. Boleh ka sya memohon baik pulih perumahan.
    Minta penjelasan.
    Dari insan Yang memerlukan.

    Balas
  2. Sy sallimar wan chik.nk tanya kenapa sy x boleh mohon i suri.dh byk kali pergi kwsp.jawapan suruh tunggu tawaran di hantar.

    Balas
  3. Asalamualaikum….sy Noraziela bt arif sy ada memohon bantuan ekasih sy semak tadi permohonan sy telah di wujudkan dlm sistem ekasih….boleh sy tahu bantuan apakah sy dan anak sy akan dapat dari bantuan ekasih info….trma kasih.

    Balas
  4. Saya sudah daftar e kasih. Dekat dua tahun lebih sudah, belum ada jawapan langsung. Bila pergi cek dekat pejabat, alasan mereka baru dihantar. Takkan nak hantar pon mengambil masa selama dua tahun.

    Balas
  5. Salam, saya seorg ibu tggl. Saya Ada mhn e Kasih kat daerah beluran Sabah…berstatus tidak layak..sedangkan saya penerima bpr. Permhnan sdhlh tidak layak…tp, borang permhnan saya boleh bolehnya sampai ke tawau. Tak tau kenapa boleh sampi ke daerah tawau, sedangkan saya mhn daerah beluran.huuu…pelik Kan pengurusan Sabah ni

    Balas
  6. Saya sudah daftar e kasih,dan telah di kategorikan bukan miskin.sedangkan saya tidak mempunyai rumah dan gaji suami sekarang cuma cukup utk makan,pekerjaan suami saya cuma seorang jaga.Dan saya mempunyai anak yg oku pengelihatan.

    Balas
  7. Saya seorng ahli kir Ekasih selama hampir 20 tahun dan inggin bertanya bolehkh rumah saya dibaiki pulih sbb kebanyakan ada yg ahli kir rumah dibaiki pulih iaitu rumah jenis pprt dan diharap perkara ini diambil perhatin utk tindakan lanjut membaiki pulih rumah Ahli KIR PPRT yg masih ujud didiami.sekia Terima Kasih Ekasih selamanya…

    Balas
  8. saya telah berdaftar dengan eKasih dah hampir 10 tahun.
    syukur Alhamdulillah..telah pernah mendapat bantuan anak bersekolah rm100 seorang,bantuan covid dan lain2 bantuan ringan.
    yg memushkilkan saya disini ialah,
    saya pernah mendapat bantuan untuk bina rumah PPRT melalui cabutan undi eKasih (kira bertuah) yg telah dibina melalui kerjasama mara Tawau,sabah.khas UTK kami sekeluarga yg tinggal di luar bandar(kg Kalabakan).tiba2 ditarik balik atas alasan tiada memiliki tanah bergeran lah kononnya.sedangkan kami telah menetap dirumah bekas (perumahan syarikat saya bekerja dulu ini)telah hampir 18 tahun.

    adakah bantuan bina rumah ini,hanya UTK mereka yg punya tapak atau geran tanah?

    klu sebelum ini d kg berdekatan sini ada pembahagian tanah beberapa ekar seorang dapat diberikan,
    kenapa tanah ‘sekangkang kera’
    UTK tapak rumah kami sekeluarga dgn mudahnya dibatalkan.
    sedangkan kami suami isteri adalah pengundi dan berstatus peribumi yg sedang menyekolahkan anak d sk Kalabakan seramai 5 orang.dan bekas bekerja sebagai penjawat awam (pgh yayasan Sabah) yg diberhentikan 8 tahun lalu atas alasan syarikat tak mampu nak membayar gaji kononnya.

    harapan kami sekeluarga,
    agar pihak yg berkaitan dan pihak atasan dan YB2 yg perihatin agar bisa mendengar rintihan anak bumi Sabah ini..

    Balas
  9. Adakah sy lyak mohon isuri sdngkn nm sy ad dlm rekod ekasih tp msa tu Sy jd AIR,skrg ni dh jd KIR sb sy dh brkahwin.trma kseh .

    Balas
  10. Kenapa saya tidak dikategori sebagai miskin tegar,saya ibu tunggal kepada 4 ank dan pendapatan saya hanya bergantung kepada bantuan bkk jkm rm500 sebulan,saya tidak mempunyai apa apa harta di atas nama saya.

    Balas
  11. Kenapa saya tidak dikategorikan sebagai miskin saya ibu pada 3 orang anak dan walaupun bukan dalam jagaan saya, tapi hidup saya Berada di rantauan ini sangat susah nak hidup dlm pkp mcm ni saya da tak boleh kerja mana mana

    Balas
  12. Saya ibu tunggal,ank 5…sy ade isi borang e kasih,melalui MPKK kampung sy.MPKK yg tlong daftarkan..tp ble sy semak,nama sy takde dlm senarai e kasih.sy nk tahu,MCM mane nk daftar balik e kasih nie?

    Balas
  13. Sy ibu tunggal 4org anak. Sy ketegori ekasih buat masa ni sy tk bekerja. Belanja untuk beli makanan anak sy kerja sambilan di kedai makan seminggu anak sy bagi duit belanja rm50 seminggu. Tk de ke bantuan barang dapur Covid-19.

    Balas
  14. Saya baru ja Chek dlm sistem e kasih dan dlm AIR kategori miskin.saya nak tanya mcmana nak daftar i suri kwsp

    Balas
  15. Saya layak sebagai penerima e kasih. Kenapa hingga hari ini saya blum mndapat bntuan rm100 selama 3 bulan. Pemberian barang di kedai trpilih. Kenapa ya.

    Balas
  16. Suami saya ahli isi rumah ekasih..tetapi kenapa kami tidak layak untuk terima kad KIP perlis..kami mempunyai 4 org anak..Tolong buat semakan bagi ikhlas dn saksama..

    Balas
  17. Assalamualaikum saya ingin bertanya. Saya baru sahaja mohon ekasih….saya nk tahu biasa berapa lama prosesnya untuk laya dapa Ekasih dan klu layak ada surat menyurat datang kerumah yg mengatakan saya layak diterima…

    Balas
  18. Assalamualaikum..saya ingin bertanya,setelah saya periksa nama saya dlm sistem ekasih..nama saya ada tersenarai tpi masalahnya status pendaftarannya di sahkan tidak termasuk dalam kategori miskin..sedangkan saya bukan ada kerja tetap..ada kerja pun ibarat kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..gaji pun dpt dlm rm300 sebulan..itupun tidak menentu..jadi apa yang perlu saya buat untuk memperbetulkan status pendaftaran saya itu..
    SAPLI BIN MATSALI
    KOTA BELUD,SABAH.

    Balas
  19. Saya pelman status dah berkahwin anak 7,4 masih sekolah lagi,dan saya seorang oku fizikal,kerja saya nelayan,saya sudah mohon ekasih,tapi sampai skrg tak ada info mengatakan saya lulus @ tidak saya dah tanya pejabat daerah,di org ckp dlm proses,brpa lama nk tunggu dah nk masuk 2thn,saya pelik dengan pengurusan ekasih,saya cuma minta permohonan rumah,sebab sekarang,saya menumpang rumah makcik,tue sebab saya urus ekasih,sebab ramai cakap kalau nak minta permohonan pprt,kena aply,ekasih,supaya cepat lulus

    Balas
  20. Saya suda daftar e-kasih tapi sampai sekarang belum lulus lagi..suda lama saya memohon e-kasih..tak nak tunggu sampai 3 tahun 4 tahun?

    Balas
  21. Nak tanya,ekasih ada sediakan kursus ke untuk menambah pendapatan Suri rumah.Contoh kursus spa ,urutan dan perniagaan makanan

    Balas

Leave a Comment